Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2014

Kemensah Waterfall

 Ahad 18/1/2014 kami dah pakat adik beradik ipar, aku dan en suami balik dari kenduri kahwin di Kundang rawang, nak mandi sungai. Ralit berborak di kenduri, en suami dengan cargas memandu balik ke Sentul untuk ambil mereka. Kami menuju ke Hulu Kelang ikut Duke Highway. Laluan belakang Zoo Negara ke Air Terjun Kemensah. Ok, 28 tahun, aku baru pertama kali jejak kaki ke sini. Memandangkan jam pukul 4 petang, tidak ramai pengunjung yang ada. Kami memilih sebuat beranda chalet dengan bayaran RM 15.00 sekeluarga. Sampai-sampai terus letak barang dan adik-adik ipar aku terus buat terjun tiruk. Kemaruk nak mandi air sungai. Hahaha... (Parking free sebab penjaga parking 'hilang') Walaupun tempat terpencil, kawasan yang tidak berapa luas, tetapi pemandangan dan suasana air terjun sangat indah dan nyaman. Sejuk saja. Kicau burung dan deruan ai terjun buat aku tenang.    Berbekalkan sedikit makanan (mee goreng Lana dan cucur udang Mama) rasa seronok dapat beriadah bersama k

Kepuasan tidak ternilai.

  World's Leading Pizza Delivery Experts  Sesuai sangat dengan  cogan kata Dominos. Sangat hebat. Kalau dah lapar sangat, pesan Dominos. Dalam masa 30 minit, dah terpacak depan pintu. Sangat efisien. Hujan ribut petir mereka gigih redah. Untuk pastikan pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan mereka. Senyum rider tu hantar order aku. Kalau yang lain tu.... hurmmm... gigih hantar budak kitchen lepas 2 jam pesanan aku. Sampai kene gastrik kau.... Kesedapan pun dah hilang.   Saya pilih Dominos.. Sedap, berbaloi dan kepuasan dijamin.    Pujian ini tidak berbayar. Ikhlas dari hati.     

Seharian..

Sejak tinggal bertiga di rumah baru, rutin harian dah berubah. Sebelum ni semua emak yang tolong tengok-tengokkan. Sekarang semua kene buat sendiri. Mula-mula rasa penat. Biasalah dengan cik Putri yang main membesar dengan bijaknya, macam-macam peel dia buli mama dia. Bangun pagi, siapkan segala perkakas cik Putri. Kemas-kemas apa yang patut. Siap-siap terus angkat cik Putri yang masih tidur masuk kereta. Lena tidur sampai rumah nenek. Hantar rumah ummi (kaklong). Balik kerja ambil cik Putri, waktu petang biasa dia hyper. Dalam kereta, kalau tak menyanyi, dia melalak, melompat-lompat. Kalau boring dia tidur. Sampai rumah kemas-kemas, membasuh, melipat, masak siapkan makan malam. Tunggu en suami balik kerja. Masa untuk melayan cik Putri. Rutin berjalan biasa sehari-hari. Oklah, aku dapat berdikari. Sediakan keperluan en suami dan cik Putri. Kadang demam pun gigih juga nak settlekan kerja rumah sebab tak nak rumah macam tongkang pecah. Tapi kalau dah ada anak kecil, nak melawa p