Skip to main content

Posts

ABAH | Part 1

Tak pernah aku bayang atau mimpi akan secepat ini kami akan berpisah. Semua yang berlaku sekelip mata. Hingga kini, aku masih terasa rasa abah masih di sisi.. Masih terngiang-ngiang suara dia. Terbau-bau haruman dia. Kau bayangkan, tadi elok kau bercakap dengan dia. Sihat orang tua.. Lenguh-lenguh sendi. Keletihan. Tiba-tiba kau hanya merenung jasad yang kaku. Allah.. Allah..Allah.. aku tak percaya. Tak mungkin... Tapi air mata ni mengalir bagai tak mahu berhenti. Hati ni remuk.  Petang 14hb Mac 2021, aku balik dari Sentul, nak hantar buah Sukun, kiriman mama Som. Abah mesti suka. Aku cakap dengan papa Zuwan, pa singgah rumah mak terus. Elok sampai, azan Maghrib. Terus siap-siap solat jemaah dengan abah dan papa Zuwan. Macam biasa, Abah imamkan.  Mak dah siap solat. Jaga budak-budak ni kejap. Selesai Maghrib aku siap nak balik. Esok budak-budak sekolah. Abah lama berteleku di sejadah. tak memandang ke belakang.  Aku kemas-kemas barang, abah panggil. Katanya dia semput. Ma...

Dalam Kenangan | Dr. Rasmani Md Zin

Sabtu 6/6/2020 jam 430 petang, dapat whatsapp dari group family. Paklang pengsan di klinik. Dalam hati aku mesti paklang letih bertugas. Kurang rehat barangkali.  Aku cuba call Nabiha. Panggilan tak berjawab. Aku call pula Arif. Arif jawab panggilan sambil tersedu. Lain macam ni. Dia cakap tunggu doktor cek. Paklang masih  belum sedarkan diri lagi. Allah.. aku dah tak sedap hati. Aku pesan apa-apa nanti update dalam group family Semenyih. Nabiha return call semula. "Kakly..." dia menangis kuat.. Aku sabarkan dia. Pulse paklang dah tak ada. Tunggu official dari doktor". Aku diam. Tak mungkin. Aku berharap doktor akan cuba yang terbaik untuk sedarkan paklang.  Aku call mak . "Mak, paklang pengsan kat klinik. Dah dibawa ke HUKM". Aku cuba ringkaskan info.  Mak dah tak tentu arah. Allah..allah dengar mak mengucap. Aku cakap tunggu berita dari Arif, Mak kata ok. Mak tunggu. Jam 500 petang, Arif update di group family Semenyih. "Assalam, dukacita dimaklu...

Meskipun Kau Tahu

By  Projector Band Sering diriku dihantui bayangmu Sering diriku merasakan kau disini Sampai bila 'ku yang harus diganggu Sampai bila kau yang harus kurindu Mengapa pergi kau hancurkan hati ini Mengapa masih 'ku menunggu Mengapa masih kau disitu Jika untuk menyakitiku Pergi kau jauh dariku Mengapa tidak kau selami Tulus hatiku mencintamu Lemah nadiku melihat dirimu Bersamanya Huo-o-o... Meski kau pun tahu 'ku kekasihmu Sampai hati kau mengkhianati jiwaku Kau hancurkan cinta Kau leburkan semua Kisah-kisah kau dan diriku Meski 'ku bertahan sambut cintamu Kau terangi jiwa ini lembut hatimu Hidup dan matiku hanyalah untukmu Sudah 'ku tahu Tak akan kembali... Hancur hatiku... Untuk selamanya... Meski …

Ramadhan Tahun 2020

Rasa tak sedap badan. Dah bebrapa malam tak dapat tidur lena. Tengah malam terbangun sebab mual rasa nak terjeluek. Lain macam ni.  8 Mei 2020 (Jumaat) , balik dari pejabat terus ke Farmasi. Beli UPT. Hati berdebar-debar.  Pagi 9 Mei 2020 (Sabtu) selepas sahur terus mandi nak solat Subuh sekali. Dengan berdebar buat test gunakan UPT yang dibeli semalam. 5 minit kemudian jenguk semula strip test tu. Kelip-kelip mata tak percaya. Double line.  Macam-macam rasa ada. Kali terakhir ambil perancang bulan April 2019. Aduh.. Dah bersediakah aku.  Selesai Subuh terus terlelap. Nak bertenang sekejap. Bangun pagi tu terus beritahu suami. Suami senyum sampai ke telinga. Usap-usap perutku. Rezeki dari Allah sempena PKP. "baby pkp" Selepas Maghrib dan Isya terus solat terawih. Habis terawih waktu salam suami, dia bisik "terima kasih mama". "Tahniah dah ada baby". Aku hanya senyum.    Pagi 10 Mei 2020 (Ahad) waktu sahur dah rasa senak perut. Rasa macam senggugut. Haih k...

Kenangan PKP - PKB 2020

Tahun 2020 ni pertama kali merasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).  Bermulalah PKP 18.3.2020 hingga PKPB 9 Jun 2020. Pada awal semua mungkin rasa tertekan. Lama-lama semua dah terbiasa. Duduk di rumah dan hanya keluar atas urusan penting.  Waktu bekerja hanya dari rumah. Sesekali sahaja ke pejabat.  Anak-anak dan suami pun dapat luangkan masa bersama.  Ada hikmah semuanya terjadi... 

Ujian 2016

Update : 3 TAHUN BARU AKU POST. (SIMPAN DALAM DRAFT) Ujian buat kami sekeluarga. Baby Muhammad baru 26 hari, kene tahan wad sebab penurunan berat badan. Tambahan badan dia tiba-tiba panas 38'C. Asalnya ada check up untuk scan spine dia. Tapi ke lain jadinya. Sedih mak.. Dah la dalam pantang, kene masuk wad dok spital balik. Menjaga baby Muhammad, kene naikkan berat badan dia balik dan kes dia ada alahan susu lembu, muka dan badan dia naik ruam. Habis satu muka merah. Lapan hari Muhammad di tahan di Wad NICU Hospital Kajang. Selama itulah papa Zuwan datang jaga kami. Pagi petang datang bawa keperluan dan tolong jagakan baby Muhammad waktu melawat. Pelawat selain ibu/bapa tidak dibenarkan masuk. Sebab banyak baby yang tidak sihat, jadi untuk elakkan sebarang jangkitan kuman, pelawat biasa tidak dibenarkan melawat. 8 hari itulah macam-macam yang aku rasa. Sedih, rindu dan segalanya kat anak (kakak Putri & papa Zuwan) Hilang pantang aku bila kene ke hulu ke hilir jaga baby ...

5 Tahun Cinta

Alhamdulillah.. 4.3.2011 - 4.3.2016 Esok adalah hari ulangtahun perkahwinan aku dan Zuwan. Usia cinta kami untuk kali ke 5 ini di samping anak-anak syurga Putri Nurnazurah Qistina, 4thn dan Muhammad Nur Zuhaily, 28 hari. Tiada yang aku pinta, ku panjatkan syukur ke hadrat ilahi kerana cinta ini disemai dengan kasih sayang dan saling menjaga anta kami. Bersama anak-anak yang menambahkan lagi rahmat tuhan dan kebahagiaan dalam hidup kami. Semoga kami bersama hingga ke syurga. Amin... *aku dan Muhammad ditahan wad kerana masalah berat bdn Muhammad yang serius.. Doakan kami.. Amin..

Muhammad Nur Zuhaily Bin Norezuwan

Bersiaran pada sekian kalinya... Alhamdulillah.. Pada Jumaat 5/2/2016 jam 10.25 malam, aku selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.61 kg di Hospital Kajang. Putri dah dapat adik lelaki. Ada masa dia suka, ada masa dia moody. Protes dengan mamanya. Haih.. Hari-hari ada drama swasta, sabar je la mamanye pun. Curi-curi masa hadap handphone, nak juga update kat blog yang hidup segan mati tak mahu ni. Hihihi... Nanti-nanti aku update lg. Mana tau ada yang sesat singgah sini terbaca cerkon aku ni pulak kan.  Tepek sikit gambar anak-anak manja kesayangan ni..

The Last Time...

The Last Time From the moment you hold your baby in your arms, you will never be the same. You might long for the person you were before, When you have freedom and time, And nothing in particular to worry about. You will know tiredness like you never knew it before, And days will run into days that are exactly the same, Full of feedings and burping, Nappy changes and crying, Whining and fighting, Naps or a lack of naps, It might seem like a never-ending cycle. But don't forget … There is a last time for everything. There will come a time when you will feed your baby for the very last time. They will fall asleep on you after a long day And it will be the last time you ever hold your sleeping child. One day you will carry them on your hip then set them down, And never pick them up that way again. You will scrub their hair in the bath one night And from that day on they will want to bathe alone. They will hold your hand to cross the road, ...

Tiada Lagi

08.12.2014 - 08.05.2015 Genap 5 bulan pemergian atok yang disayangi. Hingga kini, aku masih terasa kehilangan atok. Di sudut katil, masih tercari-cari bayang atok berbaring menanti anak cucu pulang balik ke kampung. Masih terngiang-ngiang dia riuh memanggil anak cucu. Sedari kecil kami anak cucu dibesarkan dengan kasih sayang atok. Walaupun dia 'garang', tapi atok tetap manjakan anak cucu dia. Nak apa, minta saja, pasti dia tunaikan. Kaki tua yang sering bengkak, tetap diteruskan mengayuh basikal ke Pekan Semenyih semata mencari apa yang kami mahu. Asal anak cucu gembira dan tetap di depan mata. Ya, hingga ke saat ini, anak cucu atok rindukan atok. Semoga atok ditempatkan dikalangan insan-insan yang beramal soleh. Alfatihah untuk allahyarham Sulaiman Bin Deli.

Cuti-cuti Melaka 2015

18 April 2015, kami bercuti ke Bukit katil, Melaka. Dah bertahun tak pergi bercuti satu keluarga. Hehehe.. Dapatlah satu hari satu malam bersam-sama melepas penat lelah bekerja siang malam. Masa untuk anak beranak pula. Plan tak lama, mak abah bagi je green light , aku dengan kakngah Lucy settle kan semua. Terima kasih angah dan kakngah Lucy belanja kami. Hehehe.. Gembira tengok anak-anak angah, along dan aku bersuka ria. Walaupun riuh cucu-cucu Hj Yusob dan Hjh Maznah buat perangai, tak apa.. Kami tutup mata. Hahahah... Bayou Lagoon Park Resort Bukit Katil Melaka. Bilik selesa, bersih dan sesuai untuk keluarga ramai. Kami ambil apartment 3 bilik. Tambah katil satu. Tambahan bayaran untuk Water Theme Park dan breakfast sahaja. *Cuma kene berhati-hati dan tengok-tengokkan anak-anak. Sebab grill tingkap tiada. Hanya tingkap kaca yang penguncinya dah loose . Bayangkan anda berada di tingkat 8, kalau terbuka tingkap, habis. Breakfast sedap dan cukup rasa.(Bab makan, meman...

Kemaskini

Dah lama aku tingggalkan blog ni. Tak terjenguk sampai naik kusam. Sebenarnya, tak ada cerita terbaru yang menarik untuk aku share. Sejak diserang demam batuk dan selsema tak lupa jugak gastrik yang mengada minta perhatian, aku agak lemau. Cuma aktif di group whatsapp saja. Nak  buka blog lebih selesa guna laptop atau PC. Update dari hand phone tak berapa feel. Lagi 4 hari (31/3/2015) Cik Putri akan sambut ulangtahun kelahiran yang ke 3 tahun. Disebabkan mak pak dia busy, jadi sambutan kali ini tak serupa macam sambutan ulangtahun pertama atau yang ke 2 macam dulu la. Kita sambut ala kadar saja ye Putri. Nanti mama plan kita holiday mandi kolam lagi ye. Tengah discuss dengan makngah Lucy. Ke mana kita.... MELAKA!! Yeay!! Hahahaha.. Yang itu mak ko paling excited. Keh keh keh... Hujung minggu ni kita sambut dengan nenek atok Sentul dulu ye, birthday party in advance. Alah, family mertua saja. Tak jemput orang luar. Adik beradik saja. Dengan atok nenek Kajang kita sambut mi...

CINTA 4 TAHUN

04/03/2011 - 04/03/2015 4 Tahun sudah berlalu.. Yang Pertama (tengah sarat mengandung cik Putri)  Yang ke 2 Tahun pertama sambut bertiga) Yang ke 3 (Hadiah rumah baru) Semoga kami sentiasa dalam lindunganNya.. Semoga kami lebih bahagia..Bahagia hingga ke jannah..

Panorama

Panorama OPPO Find 7

GOLD COAST MORIB

Setelah berbincang dengan En. Zuwan, kami setuju. Pilih 1.2.2015 - 3.2.2015 untuk percutian keluarga kami. En. Zuwan serahkan semua pada aku. Aku search tempat, date availability, tengok price dan En. Zuwan confirmkan, terus email minta proforma invoice dan bayar. Settle!. Ahad pagi, sarapan di Saujana Impian. Balik terus kemas-kemas beg dan gerak ke Morib. Cik Putri kemain teruja bila aku kata nak mandi kolam. "Ma, nak mandi kolam boleh?" "Boleh.." "Ma, nak mandi kolam boleh?" "Boleh.." "Ma, nak mandi kolam boleh?" "Boleh.." "Ma, nak mandi kolam boleh?" "Boleh.."  Masuk sepuluh kali putri tanya mama, mama nangis... Huuuuuu... Perjalanan lancar, kami ikut jalan Putrajaya - Dengkil. Kami tiba di Gold Coast Morib (GCM) jam 12.30 tengahari. Aku terus ke lobby untuk register. Semata tunjuk resit bayaran dan terus sign. Dapat pass bangle  dan breakfast coupon. Check in pukul 3.00 petang. Jadi kami k...