Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Alza

Panik!

Jam menunjukkan pukul 5.00 petang. Bergegas untuk pulang. Nak ambil cik putri di rumah pengasuh dan memasak untuk berbuka nanti. Masuk kereta, hidupkan enjin. Krik..krik..krik.. tiada sebarang bunyi. Ahhh!!! Sudah.. bateri 'kong'. Aku call kakngah suruh ambil di office. Kakngah sampai, try jumper dengan Viva dia. Ohh... syukur..enjin kereta mahu hidup. Terus tolak D dan menghala pulang. Sampai di Jalan Bukit Kajang, jalan jem. Terus enjin mati. Erghhh... tangan menggeletar. Cuba hidupkan enjin. Krik..krik..krik.. Panik seketika. Apa nak buat ni? Bertalu-talu kereta di belakang membunyikan horn. Tiba-tiba teringat tip dan panduan serta nasihat dari blog ondscene.my . Hidupkan lampu Hazard. Terus keluar dari kereta dan buka bonet. Keluarkan penanda segitiga kecemasan. Dengan muka selamba aku berjalan beberapa meter ke belakang kereta dan letakkan di sana. Aku harap pemandu/penunggang kenderaan dapat melihat tanda kecemasan tersebut. Terus aku call kakngah maklumkan aku perluk...

Aku redha...

Jumaat 8/02/2013: 2 -3 hari lepas aku rasa tak sihat. Rasa letih yang amat sangat. Letih mengemas di ofis tak habis, ditimpa musibah pulak. Hari Jumaat lebih kurang jam 12.40 tengahari, aku dalam perjalanan balik ke rumah dari ofis. Sambil memandu santai, tiba di Jalan Bukit Kajang tiba-tiba terasa kereta berdentum di bahagian sebelah kiri kereta.  Ya Allah, apa pula yang berlaku ni. Aku cuba tekan minyak untuk ke depan, kereta tak bergerak. Aku cuba ke belakang pun kereta tidak bergerak. Rupanya bahagian kiri kereta melekat dengan sebuah teksi! Aduhh... Aku cuba menghubungi en suami tetapi tidak berangkat. Aku cuba pula hubungi abah, sama tiada jawapan. Akhirnya teksi tersebut ke belakang dan aku berjaya menggerakkan kereta ke depan. Aku segera mengalihkan kereta ke bahu jalan. En. teksi sudah menunggu aku di luar kereta. Dia bising-bising aku telah melanggar teksinya dan menyalahkan aku. Dalam keadaan yang masih lagi trauma dan terkejut akibat pelanggaran itu, ak...