Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Antenatal. Mengandung

Menunggumu

Ok, pasti semua sangka aku sudah selamat bersalin. Hahaha... Hakikatnya aku masih lagi membawa perut memboyot ni. Nak buat macam mana. Baby belum mahu keluar lagi. Sedap agaknya duduk dalam perut mama dia. Sudah dua minggu aku menetap di rumah mentua. Kerana mudah dan jarak yang dekat untuk en suami ulang alik dari tempat kerja di Shah Alam ke Sentul. Sekiranya sampai masa untuk aku bersalin, dia sempat untuk ke hospital. Kami memilih Hospital Kuala Lumpur. Alasannya kerana di Hospital Kajang suami tidak dibenarkan menemani isteri waktu bersalin. Aku dan en suami setuju dia akan menemani aku saat lahirnya anak kami nanti. Hari ini seawal jam 7.00 pagi aku, mama dan ayah mentua sudah bertolak ke Klinik Kesihatan Sentul (KK Sentul). Untuk regular check up. Masuk dalam kes tumpang klinik sementara menunggu hari bersalin. Aku sangat teruja bila melihat situasi di Klinik Kesihatan Sentul. Terletak di tingkat 2 bangunan 3 tingkat, berhawa dingin dan paling seronok seawal jam 7.30 ...

Result MGTT

Pagi tadi dpt panggilan daripada klinik kesihatan.. berdebar-debar aku nak cakap dengan nurse tu. Die tanye bile next check up. Bila aku cakap 26/01/2012  (Khamis), nurse tu kate okla. Jumpa 26/01/2012 je. Sebab nak rekod result MGTT aku. Die cakap normal. Tak ada masalah.  Syukur... alhamdulillah... Lega aku... *hari ni hari ulangtahun abah yang ke-59..kitorang pakat hadiahkan handphone touch screen...canggih tak canggih abah aku ni..hahaha*

Check up Minggu ke 29

Lepas en suami sampai blk dari keje shift malam terus suruh dia siap-siap. Teman aku check up lagi. Macam biasa. Tapi kali ni lambat sampai sebab en suami blk lambat. Huuu... Lepas ambil tekanan darah dan berat, ambil darah dan buat ujian urine terus tunggu nak masuk bilik pemerikasaan jururawat. Nasib tak lama no aku dipanggil dan nurse pun cepat aje buat pemeriksaan. Ambil ukur lilit perut, cek detak jantung baby lepas tu kasi ceramah sikit.. Macam biasa. Hehehe.. tak apa aku ambil nasihat nurse tu sebagai kebaikan untuk aku juga dan baby. Hari tu berat naik banyak sangat. Kali ni kurang darah pulak. Hurmm.. kene cari makanan untuk tambah darah. (Hati, ikan cencaru, ikan sardin, bayam, kerang, etc) Lepas tu nurse tukar ubat dan ade ubat tambahan lain. Uhh..banyaknye nak kene makan ubat..  *nak tunggu result minum air gula aritu rasa macam nak tunggu dpt result SPM aje..*