Hari ini seperti biasa aku lewat lagi tiba ke sekolah. Pengawas yang bertugas di depan pinu pagar sekolah amat rapat denganku.Si ratu ponteng yang degil. Siapa tidak kenal. Jadi tidak ada masalah bagiku. Setelah memastikan tiada guru di dalam kelas, aku menyusup masuk melalui pintu belakang kelas. Aku perlu melalui meja Rizlan. Sejak aku masuk ke dalam kelas, dia asyik memerhatikanku. “Apa kenalah budak ni asyik perhati kat aku saje”, rungutku dalam hati. Ahh!! Lantaklah, malas nak layan. Macam biasa, aku dan teman-teman rapatku buat ‘mesyuarat tak rasmi’ dulu. Macam-macam ragam kami. Kutuk orang sana sini. Bila bab cerita lawak, gelak sakanlah kami. Tak ada cover-cover lagi. Kalah pelajar lelaki yang tengah duduk diam. Mata itu memandang lagi bila mendengar tawaku yang serak-serak basah itu. Bila Nesya, temanku menunding jarinya ke arah mata itu yang memandangku lagi, dengan pantas dia mengalihkan pandangan. Aku mula gelisah, kenapa dia asyik memerhatikanku? ...
Cinta Itu Indah...