Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Isteri

#2 Rasa Itu..

"Budak Toyota". Tiap kali ke seksyen 15 Shah Alam, aku akan jadi teruja. Entah kenapa, perkenalan yang singkat menjadikan kami mesra seperti sudah bertahun berkenalan. Ketika kereta aku masuk bengkel, kemalangan kecil sewaktu outstation di Banting, dialah yang membantu aku ketika aku dalam kesusahan. Patah kaki kerana tiaad kereta, dialah yang bersusah payah jemput aku ke bengkel dan membantu aku uruskan beberapa hal. Nak harapkan orang yang rapat dengan aku?? Hurmm.. sampai ke sudah tk nampak batang hidung.  Aku tak perlukan seseorang yang berpangkat, kaya dan berharta tapi langsung tidak membantu waktu aku dalam kesusahan. Aku hanya perlukan seseorang yang biasa tetapi waktu aku memerlukan, dia sentiasa ada walaupun aku bukan siapa-siapa bagi dia.  Siapa sangka, orang yang aku sangkakan garang dan sentiasa serius dalm semua perkara akhirnya membuka pintu hati dan cintaku untuk dimiliki olehnya.  Teringat hati berdebar-debar dan lidah kelu untuk berkata-kata sewaktu ...

Rasa Cinta Itu

04/03/2011 - 04/03/2012  Alhamdulillah.. hari ini genap usia perkahwinan kami yang pertama.. Sungguh..aku seperti bermimpi.. Perkenalan yang singkat akhirnya membawa kepada ikatan suci murni ini.. Betapa dialah teman, sahabat, dan suami yang terbaik buat diriku.. Tiada yang dapat kuungkapkan dengan kata-kata..hanya dialah di hati ku.. Akulah isteri yang paling bahagia di alam cinta. Cinta yang disemai akhirnya bakal menjadikan kami papa dan mama yang paling gembira di muka bumi Allah ini.. Semoga hubungan ini dirahmati dan sentiasa dalam lindunganNya. Semoga kami berbahagia hingga ke syurga... *Tiap kali bertentang mata, terasa cahaya cinta sentiasa besinar-sinar*

idaman hati

Sekian lama aku dambakan akhirnya berada dalam dakapan..  Chewah!! Ayat tak nak mengalahkan.. Hahaha...  Rezeki hari Ahad agaknye. Hehehe.. Sedari awal aku dan encik suami dah terpacak kat OU Damansara. Semata nak cari kasut NB dia tula. Akhirnya dgn skali cari dah jumpa Butik NB tu. Boleh nampak cahaya kegembiraan di mata en suami. Pulak tu memang ada saiz die. Lagi laa rasa mcm nak melompat kan.. Hehehe.. Bila encik suami toleh aku anggukkan kepala tanda setuju dia beli kasut idaman dia. Terus ke kaunter buat bayaran dan dengan senang hati kami kaluar dari Butik NB tu dengan senyum lebar.  Lepas tu jalan-jalan nak cari Butik Ibu Hamil. Nampak V-Mum dan terus cari maternity bra. Alhamdulillah jumpa jugak. Walaupun harga dia agak mahal, encik suami suruh beli jugak. Takut tak dapat cari kat tempat lain/tak sempat nak cari dengan keadaan aku yang dh sarat memboyot ni. Sambar sehelai kami terus jalan lagi.  Sampai ke Butik ROMP. Encik suami nak cari seluar jeans u...

Rindu Hari Khamis

email dari en suami.. hikhikhik..

Rindu Padanya

Minggu ni saja dah berapa malam tak boleh tido. Mata yang sememangnya mengantuk tetap tak mahu lelap. Tambahan dengan perut yang sekejap ok..sekejap tak ok.. Kembung perut.. Hurmm... Tengah-tengah malam terjaga tak tahu nak buat apa. Toleh sebelah, en suami tengah tido lena. Siap ade dengkuran halus. Hihihi..  Menatap wajah en suami buat hati aku sejuk. Sakit-sakit pun bila saja tengok muka dia aku rasa macam jatuh cinta buat kali ke lima ratus. Dia comel. Dia handsome. Dia kacak. Segalanya indah bagi aku. Dalam hati aku berdoa supaya kebahagiaan dan kegembiraan kami ini akan kekal hingga ke hujung nyawa.  Dialah suami..dialah teman dan dialah segalanya dalam hidupku. Semoga Allah memberkati dan sentiasa meredhai hubungan kami. Betapa aku cinta pada kamu Kamu buatkan hidupku sentiasa bahagia Senyum dan tawamu buat aku tenang Kau sentiasa disisi Susah senang kita bersama Moga cinta ini akan kita bawa hingga ke syurga Kau tetap kesayanganku Hingga akhir nafasku *luahan...

Teringat

Lagi 3 hari umat Islam akan menyambut Ramadhan dan insyaAllah 1 Ramadhan tahun ini jatuh pada 1 Ogos 2011 -  Isnin. Pasti ramai yang tak sabar, ada yang gementar dan mungkin juga sudah bersiap sedia menyambut kedatangan bulan mulia tersebut.  Bagi aku yang baru saja disahkan bakal menjadi ibu ni pun agak teruja. Tak tahu macam mana rasanya berpuasa dalam keadaan aku yg baru mula nk mabuk-mabuk. Baru dua tiga hari ni aku rasa penat, mengantuk, rasa letih satu badan. Kejang-kejang kaki, jadi macam mana waktu bulan Ramadhan nanti. Emak ada pesan, kalo mampu puasalah. Belajar-belajar. Kalo tak larat sangat baru lah dibolehkan berbuka. Tapi biar betul-betul tak larat. Bukan cobaan..main-main.. Hehehehe... Masa nilah aku teringat waktu bekerja di Jabatan Perangkaan Shah Alam. Masa ni group aku betul-betul semangat buat kerja. Walaupun dalam bulan puasa. Lagi-lagi waktu kerja luar. Langsung tak terasa stress atau keletihan. Kerja masing-masing selesai dengan jayanya.  Bila m...