Jumaat 8/02/2013: 2 -3 hari lepas aku rasa tak sihat. Rasa letih yang amat sangat. Letih mengemas di ofis tak habis, ditimpa musibah pulak. Hari Jumaat lebih kurang jam 12.40 tengahari, aku dalam perjalanan balik ke rumah dari ofis. Sambil memandu santai, tiba di Jalan Bukit Kajang tiba-tiba terasa kereta berdentum di bahagian sebelah kiri kereta. Ya Allah, apa pula yang berlaku ni. Aku cuba tekan minyak untuk ke depan, kereta tak bergerak. Aku cuba ke belakang pun kereta tidak bergerak. Rupanya bahagian kiri kereta melekat dengan sebuah teksi! Aduhh... Aku cuba menghubungi en suami tetapi tidak berangkat. Aku cuba pula hubungi abah, sama tiada jawapan. Akhirnya teksi tersebut ke belakang dan aku berjaya menggerakkan kereta ke depan. Aku segera mengalihkan kereta ke bahu jalan. En. teksi sudah menunggu aku di luar kereta. Dia bising-bising aku telah melanggar teksinya dan menyalahkan aku. Dalam keadaan yang masih lagi trauma dan terkejut akibat pelanggaran itu, ak...
Cinta Itu Indah...