Skip to main content

Posts

idaman hati

Sekian lama aku dambakan akhirnya berada dalam dakapan..  Chewah!! Ayat tak nak mengalahkan.. Hahaha...  Rezeki hari Ahad agaknye. Hehehe.. Sedari awal aku dan encik suami dah terpacak kat OU Damansara. Semata nak cari kasut NB dia tula. Akhirnya dgn skali cari dah jumpa Butik NB tu. Boleh nampak cahaya kegembiraan di mata en suami. Pulak tu memang ada saiz die. Lagi laa rasa mcm nak melompat kan.. Hehehe.. Bila encik suami toleh aku anggukkan kepala tanda setuju dia beli kasut idaman dia. Terus ke kaunter buat bayaran dan dengan senang hati kami kaluar dari Butik NB tu dengan senyum lebar.  Lepas tu jalan-jalan nak cari Butik Ibu Hamil. Nampak V-Mum dan terus cari maternity bra. Alhamdulillah jumpa jugak. Walaupun harga dia agak mahal, encik suami suruh beli jugak. Takut tak dapat cari kat tempat lain/tak sempat nak cari dengan keadaan aku yang dh sarat memboyot ni. Sambar sehelai kami terus jalan lagi.  Sampai ke Butik ROMP. Encik suami nak cari seluar jeans u...

Check up 31 Minggu

Pagi ni lewat ke klinik untuk check up sebab en suami balik lmbt. Kene OT. Sampai nak dekat pukul 8.00pg. Jadi nombor pun x berapa nak cepat la kan. Huuu..sadis! sadis! Tak banyak kerusi kosong. Jadi en suami terpaksa melepak kat luar sebab kat dalam dah penuh.  Tik..tok..tik..tok.. pukul 9.30 nama aku belum naik lagi. Hadoii..letih kalau mcm ni.. (nyesal datang lambat.. huuu...) Jam 10.00pg akhirnya nama aku dipanggil. Ambil tekanan darah - normal. Berat-mcm biase semakin naik. Lepas tu test urine dan tunggu untuk diperiksa oleh nurse. Tunggu lagi.. 10.30pg nama dipanggil dan aku diperiksa oleh nurse. Ambil ukuran perut &detak jantung baby.  Bila nurse tanya, "semua kelengkapan dan persiapan baby dah siap??"  Aku terus jawab "Dah!!" Teruja ok.. hehehe..  "Nanti kalau dah bersalin jgn lupa bgtahu pihak klinik", nurse tu pesan. Aku anggukkan kepala aje. Hushh!! Rasa macam dah dekat nak bersalin aje bila nurse pesan macam tu. Hehehe... Siap semua nurs...

Kahwin|Ajim|Jue

Ahad lepas selesai sudah majlis menyambut menantu di rumah maklong aku di Semenyih. Meriah ok!! Selesai sudah kenduri  untuk bulan Januari 2012. tukang sibuk.. maklong & paklong dgn pengantin Lemans' Family

Shopping

Semalam hari Selasa (cuti Am - CNY) en suami ajak jalan-jalan ke Bukit Bintang. Huhuhu.. dengan terujanya aku bersiap dan pukul 11 pagi dah terpacak di Berjaya Times Square. Terus ke Sg Wang dan BB Plaza. Ape lagi nak cari kasut NB dia yang terbaru. Skali tak ada size. Kecewa btl en suami. Last-last dia tanya ada apa-apa nak beli tak. Aku terus senyum. Yeay!! Shopping!! Masuk Watson-shopping. Masuk kedai baju - shopping. Masuk FOS-shopping. Hahahah..heaven btl. Sementara masih boleh berfoye2 kan... hahaha... Karang dah masuk episod berpantang, pitam aku... Huhuhu... Persiapan untuk baby dan aku, en suami dah sediakan. Jadi hanya tunggu hari sajalah. Hari-hari aku belek barang baby. Cium-cium kot-kot ada bau baby kan... heheh.. (Napkin, towel, baju, selimut semua mak dah tolong basuhkan.. terima kasih mak) *Isnin & Selasa KL lengang..kereta boleh dikira dengan sempoa.. huhuhu..kan seronok kalo hari-hari mcm ni..*

31 minggu

Ok..dah lame tak update perkembangan perut boyot aku ni. Hehehehe.. Khas untuk tatapan en suami yang rajin bukak blog isteri dia yang cumel.. Wahahaha... Alhamdulillah..kandungan aku sudah berusia 31 minggu.. lagi 8 minggu 3 hari saja lagi untuk aku bertarung di medan wad bersalin. Perasaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Teruja, gembira,sayu,sebak,takut semua ada dalam hati dan jiwa aku. Betapa aku terasa ingin benar memeluk dan mendakap bayi di dalam rahim aku ni. (hari-hari die dok bergusti sorang-sorang dlm perut mama dia.. hehehe..) En suami pulak hari-hari usap perut cakap papa tak sabar nk jumpa baby..dan baby akan gerak-gerak tanda bagi respon dekat papa dia...ohh..ini semua buat aku tersentuh... (taching..taching..) pic fr babycenter *minggu depan nak berholiday di PD.. yah0oo..*

Jumaat Datang Lagi

Ok macam biasa hari Jumaat adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh semua umat manusia.. *Kecuali yg kene working on saturday..i'm feel so sorry..*  Malam ni nak berkampung di rumah maklong. Nak siapkan door gift utk tetamu kenduri menyambut menantu Ahad  nanti. Besok (Sabtu) nak masak-masak untuk makan tengahari pulak. Tapi tak tahu dapat join ke tak sebab nak balik Sentul. En suami nak siapkan moto dia. Lagipun aku belum shopping kasut lagi. Kasut yang ada dah tak tertampung berat badan aku yang semakin membesar dengan jayanya.. hehehe...  Sempena cuti Raya Cina, sure KL akan jam teruk. Ohh..harap-harap aku dapat bershopping dengan aman.. Huhuhu...  *nak makan cheesy ball KFC tu laa..*

Novel Lama

Semalam korek balik novel-novel dalam kotak yang tersimpan aku ade jumpa satu novel " Suara Hati". Ok bertahun-tahun bace buku ni tetap laa air mata aku ni nk meleleh.. Menangis teresak-esak. Sedih..betul-betul menusuk kalbu jalan cerita dia. En suami balik kerja tengok mata aku bengkak-bengkak. Dia terus bantai gelak. Cess!! Keluaran tahun 2002 *betapa aku menyayangi suamiku dunia akhirat...tanpanya duniaku sunyi sepi...*