eNTRy lame diupdate semula..
15/03/2009
Mengekalkan perhubungan jarak jauh memerlukan kepercayaan yang tidak berbelah-bagi terhadap pasangan kerana apabila curiga digandingkan dengan jarak, ia hanya akan merosakkan hubungan yang terjalin. Momentum dalam berkomunikasi antara pasangan perlu dikekalkan agar perasaan tidak hambar atau pudar apabila masing-masing dipisahkan oleh lokasi dan waktu.
Dalam pada masa yang sama, naluri pencinta jarak jauh harus sensitif dalam merasai kelainan atau perubahan reaksi pasangan terhadap diri anda. Pasangan yang tiada isu tentang jarak dapat mengenalpasti perubahan negatif ini daripada riak muka, perbuatan dan tuturkata. Pasangan yang bercinta jarak jauh, walaupun tidak dapat bersemuka, juga harus mengambil tahu tanda-tanda yang menunjukkan diri anda dalam bahaya. Sensitif kepada rasa naluri tetapi harus bertindak mengikut akal dalam mengekalkan perhubungan.
Kepentingan komunikasi tidak dapat disangkal dan jika pasangan sudah mula kurang mengambil usaha untuk berkomunikasi dengan anda, sesuatu sudah mula mengganggu dirinya. Kalau sebelum ini dia menghantar e-mel 30 kali satu hari, sekarang hanya tiga kali sahaja, dan tiga kali ini pun pendek-pendek belaka, anda sedang berada dalam bahaya.
Perhatikan alunan tulisan dalam emel tersebut, masihkah ada unsur-unsur cinta dan kasih sayang atau sekadar bertanya khabar secara rutinnya. Mungkin jangan terus membuat kesimpulan yang dia sudah punya pasal. Banyak kemungkinan yang boleh menyebabkan pengurangan penghantaran email yang menjunam contohnya seperti sibuk dengan kerja atau aktiviti lain. Yang perlu diambilkira ialah drastiknya pengurangan tahap usaha untuk dia berhubung dengan anda.
Ada sahaja alasannya jika isu ini dibangkitkan. Tak ingatlah, banyak kerja sangatlah, tiada sambungan talian Internetlah, semuanya sekadar untuk memberitahu betapa dia tidak berminat untuk berhubung denganmu. Perhatikan pula kekerapan panggilan telefon yang diterima dari dia. Kalau dahulu 15 kali panggilan diterima dalam sehari, sekarang hanyalah lima atau kurang. Pengurangan sebanyak 60% dalam panggilan telefon mungkin juga disebabkan oleh faktor-faktor seperti kurang kredit atau kurang masa, dan dalam masa yang sama betapa anda sangat berharap agar faktor kurang minat tidak terlibat sama.
Perhatikan nada suara dia apabila talian disambungkan. Hati sendiri tahu menilai samada dia masih berminat untuk berhubung atau melakukannya kerana terpaksa. Satu lagi faktor yang boleh diambil kira dalam membuat penilaian tentang komitmen atau kesetiaan pasangan jarak jauh ini ialah keterujaan dalam berkomunikasi. Tidak kiralah samada faktor ekonomi meleset, era inflasi atau taraf hidup tinggi yang menyebabkan pengurangan dalam panggilan telefon, sms atau e-mel, nada keseronokan ketika berhubung dengan dirimu perlu dinilai.
Biar telefon hanya sekali sehari tetapi sekali itu mengenengahkan yang terbaik dari pasanganmu. Tidak guna berhubung jika suara hambar, topik tawar dan perasaan lega apabila kedua-dua selesai berhubung. Apabila perhubungan telah hambar dan tiada lagi percikan asmara yang dirasai ketika berjauhan, ambillah langkah-langkah untuk memperbaiki perhubungan.
Jangan dibiarkan sehingga rosak perhubungan tidak dapat diperbaiki lagi. Pertama sekali bertanyalah dengan baik mengapa perubahan itu berlaku. Mungkin pasangan anda tidak dapat meluahkan semuanya yang ada di dalam hati tetapi dia akan bercerita apabila kena cara dan masanya. Jangan sesekali terlibat dalam kancah salah-menyalahkan antara satu sama lain kerana ini hanya akan memburukkan lagi keadaan.
Luahkan apa yang tidak disenangi dan cubalah untuk perbaiki hubungan yang ada. Luangkan masa untuk bertemu dan berkongsi perasaan dan rasa cinta agar semuanya segar semula.
ni ape kes ni? bukan amaran tsunami kan???
ReplyDeleteyup..bkn tsunami.tp amaran keras kerajaan cinta.. hahaha...
ReplyDelete