Skip to main content

Kajang ke Kota

Dari minggu lepas mak dan makcik-makcikku yang gojes dah rancang nak ke Kota.. Melawat keluarga kat sana. Sebagai supir pemandu yang bertauliah, aku dengan rasa hormatnya membawa penumpang-penumpang VVIP aku ke Kota, Negeri Sembilan. Pukul 2.00 petang bertolak dari Semenyih. Saja ikut jalan lama, baru feel memandu. Kalau ikut highway mesti aku nk memecut lagak kereta F1. Daripada mak bebel kat aku, baik ikut jalan lama, boleh cuci mata lihat keindahan alam ciptaan tuhan. 

Tapi sepanjang perjalanan dah tak ada hutan-hutan dan rumah kampung. Yang ada cuma pembangunan..tanah merah berabuk dan lori treler sepanjang jalan. Huh!! Semak!! Tapi nak buat camne, aku yang pandu jalan lama ni, jadi kenela tadah. 

(Ok, sila tukar channel Negeri Sembilan) Sampai kek ghumah tok ngah dongan uwan Ghombau dalam pukul 3.30 potang. Nasib baik umah tok dongan uwan tu ado laie ciri-ciri suasana kampung jadi meraso laa den balik kampung.. huhuhu... (Ok, penat cakap noghoghi..tukar balik cakap Kajang...hahaha!! apesal aku gelak ni??)

Lepas borak panjang mak pun mula buka cerita, "Nak menjomput haa.. si kocik ni nk kawen, jomput laa datang ehh..". Semua perhati kat aku. Aku tak tahu nak buat muke cemane.... Segan gile kot... hahaha!! Tok ngah ngan uwan senyum-senyum. "Iyolah, nanti kami datang". Aku buat-buat senyum...senyum-senyum siput sedut.. Chess!! Lepas tu ke rumah nek sedara lagi sorg kat Rumah Awam Rembau. Kat sana aku jadi tajuk berita utama lagi.. Muke dah tebal 20 inci.. Bluekk!!

Tepat pukul 5.00 petang kami minta diri beransur pulang ke Kajang. Selesai menjemput kat area Negeri Sembilan.. Nantikan berita hangat musim cinta lagi ye.. huuu....


 *Besok nak melawat bakal adik ipar yang kecederaan buku lali. Nak beli ape ye??*



Comments

Popular posts from this blog

ABAH | Part 1

Tak pernah aku bayang atau mimpi akan secepat ini kami akan berpisah. Semua yang berlaku sekelip mata. Hingga kini, aku masih terasa rasa abah masih di sisi.. Masih terngiang-ngiang suara dia. Terbau-bau haruman dia. Kau bayangkan, tadi elok kau bercakap dengan dia. Sihat orang tua.. Lenguh-lenguh sendi. Keletihan. Tiba-tiba kau hanya merenung jasad yang kaku. Allah.. Allah..Allah.. aku tak percaya. Tak mungkin... Tapi air mata ni mengalir bagai tak mahu berhenti. Hati ni remuk.  Petang 14hb Mac 2021, aku balik dari Sentul, nak hantar buah Sukun, kiriman mama Som. Abah mesti suka. Aku cakap dengan papa Zuwan, pa singgah rumah mak terus. Elok sampai, azan Maghrib. Terus siap-siap solat jemaah dengan abah dan papa Zuwan. Macam biasa, Abah imamkan.  Mak dah siap solat. Jaga budak-budak ni kejap. Selesai Maghrib aku siap nak balik. Esok budak-budak sekolah. Abah lama berteleku di sejadah. tak memandang ke belakang.  Aku kemas-kemas barang, abah panggil. Katanya dia semput. Ma...

HFMD

bibir membengkak bintik-bintik dalam lidah dan sekitar mulut bintik ti tapak tangan She's only 5. Periang, suke menyanyi, menari dan banyak mulut. Dah dua hari dia demam. Tak nak makan.. Minum susu aje. Tu pun susah nak hisap botol sebab sakit mulut. Malam tadi die mengadu sakit mulut. Abg dan kakak ipar aku cek di sekitar mulut dan dalam mulut dia ade bintik-bintik. Terus bawa ke Pusrawi Kajang. Doc sahkan dia terkena HFMD. Ya Allah... masa abg aku call mak bgtahu malam tadi, mak aku dah sedih. Cucu kesayangan dia sakit. Mak ambil Dettol dan pencuci lantai terus mop lantai. Sambil mop sambil sedih.. Huuu...  So dia kene kuarantin di rumah. Sekolah dah diberitahu so harap dorang dapat buat cleaning satu sekolah sebelum bdk lain terkena. Tak sure my niece kene kat skolah atau di rumah..tp pembersihan dan pencucian perlu dilakukan di kedua-dua tempat (rumah & sekolah).  *Kakak cepat sembuh ye..nanti boley maen dengan Putri lagi..* Kopipes : Wikipedi...

Ujian 2016

Update : 3 TAHUN BARU AKU POST. (SIMPAN DALAM DRAFT) Ujian buat kami sekeluarga. Baby Muhammad baru 26 hari, kene tahan wad sebab penurunan berat badan. Tambahan badan dia tiba-tiba panas 38'C. Asalnya ada check up untuk scan spine dia. Tapi ke lain jadinya. Sedih mak.. Dah la dalam pantang, kene masuk wad dok spital balik. Menjaga baby Muhammad, kene naikkan berat badan dia balik dan kes dia ada alahan susu lembu, muka dan badan dia naik ruam. Habis satu muka merah. Lapan hari Muhammad di tahan di Wad NICU Hospital Kajang. Selama itulah papa Zuwan datang jaga kami. Pagi petang datang bawa keperluan dan tolong jagakan baby Muhammad waktu melawat. Pelawat selain ibu/bapa tidak dibenarkan masuk. Sebab banyak baby yang tidak sihat, jadi untuk elakkan sebarang jangkitan kuman, pelawat biasa tidak dibenarkan melawat. 8 hari itulah macam-macam yang aku rasa. Sedih, rindu dan segalanya kat anak (kakak Putri & papa Zuwan) Hilang pantang aku bila kene ke hulu ke hilir jaga baby ...