Skip to main content

Jumaat yang penuh kejutan

Hari ini hari Jumaat. Kol 12.30 aku keluar opis nak balik mkn tghari kt umah.. Sampai tempat parking aku tgk ade anjing besar dok beradu kat bawah kereta. Adehh!! Nape laa die bersantai kat bawah kereta aku plak ni!! Banyak2 kereta kat situ, kereta aku jugak terpilih menang cabutan bertuah jadi katil bertar untuk anjing tu.. Hishh!! Aku bukan takut kat anjing tu..cume segan aje.

. Dalam pada berpeluh kat terik mentari ade satu uncle India ni tegur aku. "Kenapa?? Apa pasal??" Aku terus muncung ke bawah kereta. Sambil buat muka sedeh aku ckp "Ade anjing laa uncle..". "Ooo.. tada apa, nanti saya kasi halau itu anjing", jawab uncle tu sambil sengeh-sengeh.. Aku buat muka innocent je. ngee ^__^. Lepas anjing tu blah aku terus melompat ke dalam kereta. Vroom..vroom terus memecut laju meninggalkan anjing yang terpinga-pinga.. mamai dari bangun tido saja lagaknya...

Sampai kat selekoh Jalan Reko nk ke Highway Semenyih semula aku tgk kereta kat depan semua mengelakkan sesuatu. Sampai giliran aku, aku terus tarik stereng untuk mengelak jugak. Apa taknye, tgh tiba di selekoh, semua kereta nak melaju ade pulak sebuah teksi mengundur ke belakang. Ape sengal nye laa teksi tu. Kalau tak ada sesiapa yang perasan masa nk melipat kat selekoh tu mesti ade yg dah berdentum.. Memang bengong!!

Bila nk susur ke kiri turun ke Jalan Bukit aku tgk ade seorang anggota polis menyorok sebalik jambatan/tiang papan tanda. Dalam kepala hotak aku, " Apahal main cak-cak tgh ari buta ni!!". Skali lepas membelok ke kiri ade 3 orang polis trafik menunggu kat bawah. Cehh!! (Kereta di depan aku, kereta aku dan kereta di belakang aku semuanya berwarna hitam) jadi mungkin antara dua kereta yang tak pakai seat belt (aku sentiasa pakai ye!!) polis yang main cak-cak dh walkie talkie polis yang di bawah bahawasanya ada sebuah kereta hitam yang tak pakai seat belt. Memandangkan semuanya tengah laju turun bukit (tak perasan ada polis di sebelah gerai aunty india jual bunga) jadi polis tu main tahan saja. Aku yang cuba mengelak (tiba-tiba polis tuberlari-lari anak ke tengah jalan untuk menahan, aku yang takut terlanggar polis tu terus mengelak. Ade sebuah lori datang dari arah hadapan mengelak aku yang tiba-tiba ubah haluan demi kerana terkejut dek kelakuan anggota polis yang tidak disangka-sangka itu. Kuss semangat!!

Nak di maki bukan dia dengar pun jadi aku teruskan pemanduan sambil cuba bersabar. Dalam hati je laa dapat sumpah seranah die. Ingat dah berakhir aksi-aksi ngeri. Rupa-rupanya tidak ye kawan-kawan sekalian. 

Sampai depan sekolah, budak-budak melintas dengan berjalan itik lemah gemalainya, dengan buat muka tak bersalah tiba-tiba melintas mcm ko melintas dekat jalan yang tak ada kenderaan langsung. Dah laa orang bagi lintas (dah cukup baik aku bg ko lintas tau tak!!) cuba laa jalan cepat sikit. Ni tidak, ko nk melintas tu sampai kereta belakang dah jem 2-3 buah kereta. 

Haih..kenapalah hari ni aku diuji dengan sedemikian keadaan..semua kes wat aku terkejut aje.. jantung aku ni dah tak mampu nak tanggung detakan jantung yang lebih laju dari biasa...


*Entry membebel yang tak berkesudahan...*


Comments

Popular posts from this blog

HFMD

bibir membengkak bintik-bintik dalam lidah dan sekitar mulut bintik ti tapak tangan She's only 5. Periang, suke menyanyi, menari dan banyak mulut. Dah dua hari dia demam. Tak nak makan.. Minum susu aje. Tu pun susah nak hisap botol sebab sakit mulut. Malam tadi die mengadu sakit mulut. Abg dan kakak ipar aku cek di sekitar mulut dan dalam mulut dia ade bintik-bintik. Terus bawa ke Pusrawi Kajang. Doc sahkan dia terkena HFMD. Ya Allah... masa abg aku call mak bgtahu malam tadi, mak aku dah sedih. Cucu kesayangan dia sakit. Mak ambil Dettol dan pencuci lantai terus mop lantai. Sambil mop sambil sedih.. Huuu...  So dia kene kuarantin di rumah. Sekolah dah diberitahu so harap dorang dapat buat cleaning satu sekolah sebelum bdk lain terkena. Tak sure my niece kene kat skolah atau di rumah..tp pembersihan dan pencucian perlu dilakukan di kedua-dua tempat (rumah & sekolah).  *Kakak cepat sembuh ye..nanti boley maen dengan Putri lagi..* Kopipes : Wikipedi...

Kahwin|Ajim|Jue

Ahad lepas selesai sudah majlis menyambut menantu di rumah maklong aku di Semenyih. Meriah ok!! Selesai sudah kenduri  untuk bulan Januari 2012. tukang sibuk.. maklong & paklong dgn pengantin Lemans' Family

kampung saya..

jalan lengang... jam 3.30 pagi... on the way ke Pantai Dalam - ziarah arwah kak Rozi.. Entry di sini Pertama Kali   Sampai ke Sabak Bernam..sawah padi menghijau sepanjang perjalanan.. ni sawah padi... bkn rumput/lalang taw.. singgah ke rumah wak tua..excited skit..   tu bilik mandi.. encik suami nk g mandi.. hohoho..skodeng skit.. meriah rumah wak dengan bunga-bunga kembang mekar.. pose dari gadis kampung..ok x.. tu bilik termenung ok... sape berani turun mlm2?? hehe.. santai dulu.. nak balk ke rumah wak kinah plak.. park kete bawah rumah.. sejuk mata memandang.. *saya ada kampung..ermm..baru ada kampung jadi terlebih exited..mcm nilah jadinye..*