Skip to main content

jaga tepi kain org...


Menegur dan menasihati itu sama sekali tiada hubung-kait dgn menjaga tepi kain orang. Kerana kebiasaannya, menjaga tepi kain orang adalah apabila kita saja nak bertanya hal peribadi orang yang tidak membawa manfaat manakala mengambil berat dan menasihati pula adalah untuk kebaikan insan tersebut jua.

Kita dianjurkan untuk saling mengambil berat sesama saudara mahupun jiran tetangga namun kita harus tetapkan niat kita bahawa kita hanya menegur atau bertanya untuk kebaikan sahaja, bukan untuk menjadikan ia sebagai bahan umpatan dan sebagainya

Adalah lebih baik sebelum jaga tepi kain orang, kita fikirkan dan cermin diri sendiri dahulu, sebelum mengubah orang lain, ubahlah diri sendiri dahulu dan sebelum memberi ilmu kepada orang lain, berilah ilmu pada diri sendiri supaya kita tak terjelepuk suatu masa nanti.  

Bila jaga tepi kain orang, sekurang – kurangnya kamu prihatin dengan orang disekeliling kamu. Tapi biarlah bertempat, jangan sampai mengumpat. Maka memang layak lah pepatah ini diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat.

Lain pula jika 'jaga tepi kain orang' itu kamu bermaksud dalam hati bahawa kamu ingin tahu tentang dirinya dan membuka keaiban saudara kamu, maka buangkan sifat ingin tahu yang berlebih-lebihan mengenai sifat buruk dan keaiban seseorang itu. Sifat suka mengambil tahu tentang keburukan orang lain seringkali akan disusuli pula dengan tabiat suka menyebarkan keburukan itu kepada orang lain. 

Kata-kata ni aku kopipes dari iluvislam.com 

 Betullah klausa pepatah tu..tp utk perkara yang sepatutnya dijaga... Contohnya jg/tgkkn umah jiran..jaga/tgkkn pasal kes2 moral..Tp semua itu ada batasnya.. Jangan sampai mengaibkan seseorang dan menjadi bahan utk org lain melihat kesalahan seseorang.. Tegurlah secara berhemah ..
(secara personal mungkin lebih membantu..)


*bsk ade jemputan kenduri di Selayang..jemputan khas dari orang kelantan, (daripada cucu angkat abah)*


Comments

Popular posts from this blog

HFMD

bibir membengkak bintik-bintik dalam lidah dan sekitar mulut bintik ti tapak tangan She's only 5. Periang, suke menyanyi, menari dan banyak mulut. Dah dua hari dia demam. Tak nak makan.. Minum susu aje. Tu pun susah nak hisap botol sebab sakit mulut. Malam tadi die mengadu sakit mulut. Abg dan kakak ipar aku cek di sekitar mulut dan dalam mulut dia ade bintik-bintik. Terus bawa ke Pusrawi Kajang. Doc sahkan dia terkena HFMD. Ya Allah... masa abg aku call mak bgtahu malam tadi, mak aku dah sedih. Cucu kesayangan dia sakit. Mak ambil Dettol dan pencuci lantai terus mop lantai. Sambil mop sambil sedih.. Huuu...  So dia kene kuarantin di rumah. Sekolah dah diberitahu so harap dorang dapat buat cleaning satu sekolah sebelum bdk lain terkena. Tak sure my niece kene kat skolah atau di rumah..tp pembersihan dan pencucian perlu dilakukan di kedua-dua tempat (rumah & sekolah).  *Kakak cepat sembuh ye..nanti boley maen dengan Putri lagi..* Kopipes : Wikipedi...

Kahwin|Ajim|Jue

Ahad lepas selesai sudah majlis menyambut menantu di rumah maklong aku di Semenyih. Meriah ok!! Selesai sudah kenduri  untuk bulan Januari 2012. tukang sibuk.. maklong & paklong dgn pengantin Lemans' Family

kampung saya..

jalan lengang... jam 3.30 pagi... on the way ke Pantai Dalam - ziarah arwah kak Rozi.. Entry di sini Pertama Kali   Sampai ke Sabak Bernam..sawah padi menghijau sepanjang perjalanan.. ni sawah padi... bkn rumput/lalang taw.. singgah ke rumah wak tua..excited skit..   tu bilik mandi.. encik suami nk g mandi.. hohoho..skodeng skit.. meriah rumah wak dengan bunga-bunga kembang mekar.. pose dari gadis kampung..ok x.. tu bilik termenung ok... sape berani turun mlm2?? hehe.. santai dulu.. nak balk ke rumah wak kinah plak.. park kete bawah rumah.. sejuk mata memandang.. *saya ada kampung..ermm..baru ada kampung jadi terlebih exited..mcm nilah jadinye..*