Skip to main content

Berbagi kasih


Salam Maal Hijrah untuk semua muslimin dan muslimat seluruh Malaysia. Hari ni hari cuti. Jadi aku hanya bermalas-malas dirumah. Hanya berehat ditemani en suami yang bekerja shift malam. 
Boleh bermanja-manjaan.. Hihihihi...

Bulan Disember banyak betul jemputan perkahwinan kawan-kawan dan saudara mara. Penuh jadual hari minggu aku. Kadang tak tahu mana satu jemputan yang ingin dipenuhi. Orang dah menjemputkan.Jadi wajiblah dihadirkan diri melainkan ada keuzuran. Masa inilah kita nk bersua muka dan beramah mesra dengan kawan-kawan dan saudara-mara yang hadir.

Kalau dulu aku hanya bersendiri, ke kenduri bersama kawan-kawan atau hanya bersama keluarga. Tapi sekarang selepas berumah tangga, keadaan sudah berubah. Aku sudah ada dua keluarga dan kawan pun bertambah. Kenalan en suami adalah kenalan aku juga. Jadi kami harus bijak membahagi masa dalam membuat perancangan lebih-lebih lagi jika ada dua atau tiga emputan majlis dalam satu-satu masa. 

Ikutkan hati hanya nak pilih yang dekat..yang kenal rapat atau mana yang sempat. Tetapi memandangkan semua jemputan adalah kawan rapat, kami sedaya upaya mencuba untuk penuhi juga walaupun mungkin tak dapat nak puaskan hati semua pihak. Janji datangkan.. Hehehe...

Inilah lumrah hidup apabila sudah berdua. Dulu lain..sekarang lain.. Masa 24 jam yang ada kadangkala tak mencukupi untuk memenuhi segala perancangan yang telah diatur.

Hari Sabtu lepas aku berjalan ke Manjaku Seksyen 9 B.B.Bangi. Saja nak tengok-tengok barang. Ikut hanti nak sambar semua. Geram! Teruja! En suami tanya nak beli apa. Aku hanya tersenyum. Tangan terus mencapai sehelai towel baby. Ohh..terasa nak menitis air mata, Inilah barang pertama yang aku belikan untuk baby dalam perut boyot ni. Balik rumah terus aku tunjukkan pada mak. Mak hanya tersenyum. Pasti mak pun teruja seperti aku.


*Mood nak cari barang baby dah semakin membuak-buak..*



Comments

  1. hehee ain slalu singgah manjaku kat kajang lepas balik keje.. besttt..ade diskaun! manjaku kat seksyen 9 blm jengah lagi.. will, soon.. 1 day! ;)

    ReplyDelete
  2. manjaku kajang jem.. susah nk parking.. tu yg singgah manjaku s9.. heheh..singgah jgn x singgah.. x saba nk cr brg2 baby..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

ABAH | Part 1

Tak pernah aku bayang atau mimpi akan secepat ini kami akan berpisah. Semua yang berlaku sekelip mata. Hingga kini, aku masih terasa rasa abah masih di sisi.. Masih terngiang-ngiang suara dia. Terbau-bau haruman dia. Kau bayangkan, tadi elok kau bercakap dengan dia. Sihat orang tua.. Lenguh-lenguh sendi. Keletihan. Tiba-tiba kau hanya merenung jasad yang kaku. Allah.. Allah..Allah.. aku tak percaya. Tak mungkin... Tapi air mata ni mengalir bagai tak mahu berhenti. Hati ni remuk.  Petang 14hb Mac 2021, aku balik dari Sentul, nak hantar buah Sukun, kiriman mama Som. Abah mesti suka. Aku cakap dengan papa Zuwan, pa singgah rumah mak terus. Elok sampai, azan Maghrib. Terus siap-siap solat jemaah dengan abah dan papa Zuwan. Macam biasa, Abah imamkan.  Mak dah siap solat. Jaga budak-budak ni kejap. Selesai Maghrib aku siap nak balik. Esok budak-budak sekolah. Abah lama berteleku di sejadah. tak memandang ke belakang.  Aku kemas-kemas barang, abah panggil. Katanya dia semput. Ma...

HFMD

bibir membengkak bintik-bintik dalam lidah dan sekitar mulut bintik ti tapak tangan She's only 5. Periang, suke menyanyi, menari dan banyak mulut. Dah dua hari dia demam. Tak nak makan.. Minum susu aje. Tu pun susah nak hisap botol sebab sakit mulut. Malam tadi die mengadu sakit mulut. Abg dan kakak ipar aku cek di sekitar mulut dan dalam mulut dia ade bintik-bintik. Terus bawa ke Pusrawi Kajang. Doc sahkan dia terkena HFMD. Ya Allah... masa abg aku call mak bgtahu malam tadi, mak aku dah sedih. Cucu kesayangan dia sakit. Mak ambil Dettol dan pencuci lantai terus mop lantai. Sambil mop sambil sedih.. Huuu...  So dia kene kuarantin di rumah. Sekolah dah diberitahu so harap dorang dapat buat cleaning satu sekolah sebelum bdk lain terkena. Tak sure my niece kene kat skolah atau di rumah..tp pembersihan dan pencucian perlu dilakukan di kedua-dua tempat (rumah & sekolah).  *Kakak cepat sembuh ye..nanti boley maen dengan Putri lagi..* Kopipes : Wikipedi...

Ujian 2016

Update : 3 TAHUN BARU AKU POST. (SIMPAN DALAM DRAFT) Ujian buat kami sekeluarga. Baby Muhammad baru 26 hari, kene tahan wad sebab penurunan berat badan. Tambahan badan dia tiba-tiba panas 38'C. Asalnya ada check up untuk scan spine dia. Tapi ke lain jadinya. Sedih mak.. Dah la dalam pantang, kene masuk wad dok spital balik. Menjaga baby Muhammad, kene naikkan berat badan dia balik dan kes dia ada alahan susu lembu, muka dan badan dia naik ruam. Habis satu muka merah. Lapan hari Muhammad di tahan di Wad NICU Hospital Kajang. Selama itulah papa Zuwan datang jaga kami. Pagi petang datang bawa keperluan dan tolong jagakan baby Muhammad waktu melawat. Pelawat selain ibu/bapa tidak dibenarkan masuk. Sebab banyak baby yang tidak sihat, jadi untuk elakkan sebarang jangkitan kuman, pelawat biasa tidak dibenarkan melawat. 8 hari itulah macam-macam yang aku rasa. Sedih, rindu dan segalanya kat anak (kakak Putri & papa Zuwan) Hilang pantang aku bila kene ke hulu ke hilir jaga baby ...