Skip to main content

Sebulan Sudah





Alhamdulillah, hari ini anak kesayangan mama Putri NurNazurah Qistina Binti Norezuwan berusia sebulan. En suami cuti. Jadi aku tidak keseorangan. Seawal pagi kami sudah berada di KK Kajang untuk pemeriksaan dan mengambil injection untuk baby usia sebulan. Putri tidur nyenyak dan sangat 'behave'. Tapi bila klinik sudah packed, Putri tunjukkan tanda-tanda tidak selesa dan mula meragam. Oh, jangan la adik buat hal waktu-waktu macam ni. Puas nak pujuk nanti.Nurse panggil nama aku untuk pemeriksaan air kencing dan kepekatan darah di makmal. Selesai, nombor giliran dipanggil dan aku terus ke bilik pemeriksaan nurse.

Berat, ketinggian/panjang dan ukur lilit kepala putri di ambil. (4.0kg, 54cm, 37cm) Alhamdulillah, anak mama sihat walafiat. Nurse merekod beberapa maklumat dan menyuruh aku berjumpa dengan doc. Selesai, aku ke bilik doc dan doc berpuas hati dengan rekod kesihatan putri. Doc berikan krim untuk ruam susu yang memenuhi muka dan badan Putri.


Kemudian aku ke bilik suntikan untuk mendapatkan suntikan Dos ke-2 buat Putri. Aku berdebar-debar. Takut Putri kesakitan. Nurse menyuruh aku memegang tangan dan kaki Putri dengan ketat dan kemas. Memang benar, ketika nurse menyuntik peha Putri dan Putri terus menangis sekuat hati, hati aku terus merintih. Aduh,, anak mama kesakitan. Tapi demi kesihatan Putri, mama terpaksa sayang..  Putri menangis tersedu sedan dan aku memujuknya hingga dia melelapkan mata.

Selesai semua kami bertolak menuju ke Kompleks Hentian Kajang. Untuk mengambil mykid Putri yang sudah siap. Wee!! Putri sudah ada mykid!!


Setengah jam menunggu akhirnya urusan mykid Putri selesai. Kami terus menuju ke PKNS Bangi. Aku nak cuci getah cermin mata yang semakin berkulat! Perut sudah lapar. Kami sepakat buat keputusan makan di PapaRich Bangi. Putri buat hal lagi. Cuaca yang panas buat ruam Putri semakin memerah dan kami terpaksa makan dengan kadar segera. Terus masuk kereta dan bukak air cond. Lega! Putri kembali lelapkan mata. Jam 2.00 petang sampai rumah, terus letak Putri atas katil dan dengan aku terus lelap. En suami keluar ke kedai beli ape ntah aku tak pasti. Mengantok sangat...Sorry sayang...Heee....

Bangun tidur ingat nak mandikan Putri, skali en suami bagitahu mama dan ayah mentua aku datang. Nak melawat Putri. Dah rindu kata mereka. Alololo.. atok Din ngan nenek Som sanggup datang dari Sentul sebab rindukan Putri mereka..


*Putri sudah pandai musing-musing badan*



Comments

Popular posts from this blog

ABAH | Part 1

Tak pernah aku bayang atau mimpi akan secepat ini kami akan berpisah. Semua yang berlaku sekelip mata. Hingga kini, aku masih terasa rasa abah masih di sisi.. Masih terngiang-ngiang suara dia. Terbau-bau haruman dia. Kau bayangkan, tadi elok kau bercakap dengan dia. Sihat orang tua.. Lenguh-lenguh sendi. Keletihan. Tiba-tiba kau hanya merenung jasad yang kaku. Allah.. Allah..Allah.. aku tak percaya. Tak mungkin... Tapi air mata ni mengalir bagai tak mahu berhenti. Hati ni remuk.  Petang 14hb Mac 2021, aku balik dari Sentul, nak hantar buah Sukun, kiriman mama Som. Abah mesti suka. Aku cakap dengan papa Zuwan, pa singgah rumah mak terus. Elok sampai, azan Maghrib. Terus siap-siap solat jemaah dengan abah dan papa Zuwan. Macam biasa, Abah imamkan.  Mak dah siap solat. Jaga budak-budak ni kejap. Selesai Maghrib aku siap nak balik. Esok budak-budak sekolah. Abah lama berteleku di sejadah. tak memandang ke belakang.  Aku kemas-kemas barang, abah panggil. Katanya dia semput. Ma...

HFMD

bibir membengkak bintik-bintik dalam lidah dan sekitar mulut bintik ti tapak tangan She's only 5. Periang, suke menyanyi, menari dan banyak mulut. Dah dua hari dia demam. Tak nak makan.. Minum susu aje. Tu pun susah nak hisap botol sebab sakit mulut. Malam tadi die mengadu sakit mulut. Abg dan kakak ipar aku cek di sekitar mulut dan dalam mulut dia ade bintik-bintik. Terus bawa ke Pusrawi Kajang. Doc sahkan dia terkena HFMD. Ya Allah... masa abg aku call mak bgtahu malam tadi, mak aku dah sedih. Cucu kesayangan dia sakit. Mak ambil Dettol dan pencuci lantai terus mop lantai. Sambil mop sambil sedih.. Huuu...  So dia kene kuarantin di rumah. Sekolah dah diberitahu so harap dorang dapat buat cleaning satu sekolah sebelum bdk lain terkena. Tak sure my niece kene kat skolah atau di rumah..tp pembersihan dan pencucian perlu dilakukan di kedua-dua tempat (rumah & sekolah).  *Kakak cepat sembuh ye..nanti boley maen dengan Putri lagi..* Kopipes : Wikipedi...

Ujian 2016

Update : 3 TAHUN BARU AKU POST. (SIMPAN DALAM DRAFT) Ujian buat kami sekeluarga. Baby Muhammad baru 26 hari, kene tahan wad sebab penurunan berat badan. Tambahan badan dia tiba-tiba panas 38'C. Asalnya ada check up untuk scan spine dia. Tapi ke lain jadinya. Sedih mak.. Dah la dalam pantang, kene masuk wad dok spital balik. Menjaga baby Muhammad, kene naikkan berat badan dia balik dan kes dia ada alahan susu lembu, muka dan badan dia naik ruam. Habis satu muka merah. Lapan hari Muhammad di tahan di Wad NICU Hospital Kajang. Selama itulah papa Zuwan datang jaga kami. Pagi petang datang bawa keperluan dan tolong jagakan baby Muhammad waktu melawat. Pelawat selain ibu/bapa tidak dibenarkan masuk. Sebab banyak baby yang tidak sihat, jadi untuk elakkan sebarang jangkitan kuman, pelawat biasa tidak dibenarkan melawat. 8 hari itulah macam-macam yang aku rasa. Sedih, rindu dan segalanya kat anak (kakak Putri & papa Zuwan) Hilang pantang aku bila kene ke hulu ke hilir jaga baby ...