Skip to main content

Teacher!!


Tarikh 16 Mei pasti ditunggu-tunggu setiap guru-guru di seluruh Malaysia kerana inilah hari yang sangat memggembirakan...Hari keraian bagi mereka.. segala penat lelah mereka yang bergelar seorang guru dihargai dan disanjungi oleh semua umat manusia.. Guru/cikgu adalah pendidik yang memegang amanah untuk mendidik anak-anak kita sedari mengenal nombor dan huruf hingga menjadi anak yang berjaya seterusnya menjadi insan berguna..InsyaAllah...

Teringat tahun 2006, aku mencari pekerjaan dan akhirnya ditawarkan pekerjaan sebagai guru tadika. Sungguh, aku amat gembira kerana aku memang sukakan anak kecil. Suka dengan kecomelan dan kemanjaan mereka.

Setiap hari melayan kerenah mereka buat aku terhibur. Kasih sayang seorang anak kecil sangat suci.

Setiap pagi kedengaran salam hormat dari mereka "Assalamualaikum Teacher Laily.." sambil memelukku erat.

 Apabila ditanya bab kasih sayang sesama manusia pasti namaku tidak tertinggal. "sayang teacher juga.." "Teacher jangan marah..teacher comel!!" Ohh syahdunya saat-saat itu. Anak kecil pasti ada degilnya..nakalnya.. ada masa hati mahu marah tetapi apabila melihat telatah mereka hatiku kembali sejuk. Dalam hati, mereka seperti anakku. Suatu hari nanti aku juga mahukan anak-anak yang seperti mereka.. manis..comel dan penuh dengan sifat-sifat manja..

Teacher!! Dia kacau saya!!
Teacher nak air!!
Teacher nak poopoo!!
Teacher saya letih..tak nak tulis dah...
Teacher.. saya color cantik tak??

Ahh!! Itu semua kenangan...

5 tahun dikelilingi anak kecik buat aku rindukan saat-saat itu. Biarpun 3 tahun sudah berlalu kenangan manis aku bersama mereka tetap terpahat diingatan.

Selamat Hari Guru buat insan yang bergelar guru.. semoga tugas anda mendidik bakal menjadikan anak-anak ini menjadi insan yang berguna dan berjaya di dalam hidup mereka.. dan semoga aku menjadi seorang ibu dan guru yang terbaik untuk anakku Putri...Amin....


"Jadilah guru yang menggurui orang lain dan menggurui diri sendiri"


Comments

Popular posts from this blog

HFMD

bibir membengkak bintik-bintik dalam lidah dan sekitar mulut bintik ti tapak tangan She's only 5. Periang, suke menyanyi, menari dan banyak mulut. Dah dua hari dia demam. Tak nak makan.. Minum susu aje. Tu pun susah nak hisap botol sebab sakit mulut. Malam tadi die mengadu sakit mulut. Abg dan kakak ipar aku cek di sekitar mulut dan dalam mulut dia ade bintik-bintik. Terus bawa ke Pusrawi Kajang. Doc sahkan dia terkena HFMD. Ya Allah... masa abg aku call mak bgtahu malam tadi, mak aku dah sedih. Cucu kesayangan dia sakit. Mak ambil Dettol dan pencuci lantai terus mop lantai. Sambil mop sambil sedih.. Huuu...  So dia kene kuarantin di rumah. Sekolah dah diberitahu so harap dorang dapat buat cleaning satu sekolah sebelum bdk lain terkena. Tak sure my niece kene kat skolah atau di rumah..tp pembersihan dan pencucian perlu dilakukan di kedua-dua tempat (rumah & sekolah).  *Kakak cepat sembuh ye..nanti boley maen dengan Putri lagi..* Kopipes : Wikipedi...

Kahwin|Ajim|Jue

Ahad lepas selesai sudah majlis menyambut menantu di rumah maklong aku di Semenyih. Meriah ok!! Selesai sudah kenduri  untuk bulan Januari 2012. tukang sibuk.. maklong & paklong dgn pengantin Lemans' Family

kampung saya..

jalan lengang... jam 3.30 pagi... on the way ke Pantai Dalam - ziarah arwah kak Rozi.. Entry di sini Pertama Kali   Sampai ke Sabak Bernam..sawah padi menghijau sepanjang perjalanan.. ni sawah padi... bkn rumput/lalang taw.. singgah ke rumah wak tua..excited skit..   tu bilik mandi.. encik suami nk g mandi.. hohoho..skodeng skit.. meriah rumah wak dengan bunga-bunga kembang mekar.. pose dari gadis kampung..ok x.. tu bilik termenung ok... sape berani turun mlm2?? hehe.. santai dulu.. nak balk ke rumah wak kinah plak.. park kete bawah rumah.. sejuk mata memandang.. *saya ada kampung..ermm..baru ada kampung jadi terlebih exited..mcm nilah jadinye..*