Skip to main content

Jalan-jalan Johor


Khamis lepas kami sekeluarga (abah, mak, aku, en suami (driver) dan Putri) bertolak dari Kajang jam 6.30 ptg menuju ke Parit Sulong Johor.Aku dan en suami ambil cuti 2 hari (Khamis dan Jumaat) Memenuhi jemputan kahwin sepupu aku. Pakcik minta abah jadi saksi sewaktu akad nikah nanti.  Perjalanan waktu malam memerlukan ketelitian dan penuh hati-hati. Lori treler dan bas melaju di lebuhraya. Amat menakutkan. Beberapa kali kami dihimpit oleh treler dan bas. Hampir-hampir terbabas. Menjerit hingga sakit tekak.. Mengucap panjang aku.. Jam 10.30 malam kami selamat tiba di sana. Syukur Alhamdulillah.. 

Pakcik sewa sebuah rumah tumpangan untuk kami bermalam hingga Sabtu. Selesai berkemas barang-barang yang penuh boot kereta, letak kepala di bantal terus semua dibuai lena.. Putri yang keletihan sepanjang malam di dalam kereta turut lena. Sesekali terbangun untuk menyusu.

Majlis akad nikah dijalankan selepas solat Jumaat.
abah jadi saksi..
selesai akad nikah..
nyenyak tido..
Selesai kenduri hari Sabtu, kami bertolak balik ke Kajang jam 4.00 petang. Singgah di RnR Pagoh. Layan Mee Rebus dan aku beli buah tangan sikit untuk orang Kajang. Nenas, Jambu Madu dan Buah Delima. Enak!!

*seronok jumpa saudara mara di rumah pakcik.. 3 tahun sekali datang..itu pun kalau ada kenduri..hehehe*





Comments

Popular posts from this blog

HFMD

bibir membengkak bintik-bintik dalam lidah dan sekitar mulut bintik ti tapak tangan She's only 5. Periang, suke menyanyi, menari dan banyak mulut. Dah dua hari dia demam. Tak nak makan.. Minum susu aje. Tu pun susah nak hisap botol sebab sakit mulut. Malam tadi die mengadu sakit mulut. Abg dan kakak ipar aku cek di sekitar mulut dan dalam mulut dia ade bintik-bintik. Terus bawa ke Pusrawi Kajang. Doc sahkan dia terkena HFMD. Ya Allah... masa abg aku call mak bgtahu malam tadi, mak aku dah sedih. Cucu kesayangan dia sakit. Mak ambil Dettol dan pencuci lantai terus mop lantai. Sambil mop sambil sedih.. Huuu...  So dia kene kuarantin di rumah. Sekolah dah diberitahu so harap dorang dapat buat cleaning satu sekolah sebelum bdk lain terkena. Tak sure my niece kene kat skolah atau di rumah..tp pembersihan dan pencucian perlu dilakukan di kedua-dua tempat (rumah & sekolah).  *Kakak cepat sembuh ye..nanti boley maen dengan Putri lagi..* Kopipes : Wikipedi...

Kahwin|Ajim|Jue

Ahad lepas selesai sudah majlis menyambut menantu di rumah maklong aku di Semenyih. Meriah ok!! Selesai sudah kenduri  untuk bulan Januari 2012. tukang sibuk.. maklong & paklong dgn pengantin Lemans' Family

kampung saya..

jalan lengang... jam 3.30 pagi... on the way ke Pantai Dalam - ziarah arwah kak Rozi.. Entry di sini Pertama Kali   Sampai ke Sabak Bernam..sawah padi menghijau sepanjang perjalanan.. ni sawah padi... bkn rumput/lalang taw.. singgah ke rumah wak tua..excited skit..   tu bilik mandi.. encik suami nk g mandi.. hohoho..skodeng skit.. meriah rumah wak dengan bunga-bunga kembang mekar.. pose dari gadis kampung..ok x.. tu bilik termenung ok... sape berani turun mlm2?? hehe.. santai dulu.. nak balk ke rumah wak kinah plak.. park kete bawah rumah.. sejuk mata memandang.. *saya ada kampung..ermm..baru ada kampung jadi terlebih exited..mcm nilah jadinye..*