Pagi Syawal beraya di kg atok di Semenyih. Petang raya balik ke Sentul. InsyaAllah kami sekeluarga akan pulang berhari raya di kg en suami di Sabak Bernam. Untuk kaum keluarga, jumpa di pagi raya ya dan buat teman-teman sesedih dan seketawa, jangan lupa datang beraya nanti. Juga untuk rakan blogger dikesempatan ini saya ingin menyusun 10 jari memohon maaf sekiranya terkasar bahasa dan salah silap sepanjang perkenalan kita di alam maya. Semoga Syawal kali ini memberi kebahagiaan dan kegembiraan untuk kita sekeluarga...
Tak pernah aku bayang atau mimpi akan secepat ini kami akan berpisah. Semua yang berlaku sekelip mata. Hingga kini, aku masih terasa rasa abah masih di sisi.. Masih terngiang-ngiang suara dia. Terbau-bau haruman dia. Kau bayangkan, tadi elok kau bercakap dengan dia. Sihat orang tua.. Lenguh-lenguh sendi. Keletihan. Tiba-tiba kau hanya merenung jasad yang kaku. Allah.. Allah..Allah.. aku tak percaya. Tak mungkin... Tapi air mata ni mengalir bagai tak mahu berhenti. Hati ni remuk. Petang 14hb Mac 2021, aku balik dari Sentul, nak hantar buah Sukun, kiriman mama Som. Abah mesti suka. Aku cakap dengan papa Zuwan, pa singgah rumah mak terus. Elok sampai, azan Maghrib. Terus siap-siap solat jemaah dengan abah dan papa Zuwan. Macam biasa, Abah imamkan. Mak dah siap solat. Jaga budak-budak ni kejap. Selesai Maghrib aku siap nak balik. Esok budak-budak sekolah. Abah lama berteleku di sejadah. tak memandang ke belakang. Aku kemas-kemas barang, abah panggil. Katanya dia semput. Ma...

Comments
Post a Comment