Skip to main content

Sabtu & Ahad - Makan saja

 
Dari Sabtu bawa ke Ahad penuh aktiviti memenuhkan perut.. Alhamdulillah..rezeki...
Sabtu open house rumah akak sepupu di Sg. Sekamat. Lepas tu open house kawan en suami di Sijangkang. Balinya tu singgah Sentul. Mama mentua ajak beraya ke rumah sepupu en suami di Taman Equine Seri Kembangan.
 
Ahad ke kenduri kahwin anak bos. Meriah jumpa semua supplier opis!! Huhuhu... Makan sedap weh.. Ok Naik kerja Selasa harus semangat!! Hahaha!!
 
Kemudian terus ke open house blogger memoriesintuition- Puan Nurrul Iman di Puncak Jalil.. 15 kali U-turn nak cari rumah bakal ibu ni.... Haih!! Last jumpa masa dia ziarah aku & cik Putri waktu berpantang dulu. Bila jumpa gelak sakan la jawabnya.. Hihihi.. Aku terdatang awal, jadi tak sempat nak jumpa sorang lagi kawan sekolah. Norshiela. Dedua tgh tunggu due nak bersalin. Aku plak yang nervous.. Teringat waktu tunggu hari lima bulan yang lepas. Macam-mcam perasaan ada.. sabar ye Iman.. Aku doakan semuanya dipermudahkan olehNya.. Amin... Perut dan nampak turun skit, kaki dah bengkak. Sian ko nak layan tetamu macam aku kan.. hihihi...Btw nasi ayam ko sedap.. nak lagi..tapi segan..rasa nak minta tapau je tadi.. huaaaa....
 
 
 
 
di rumah blogger memoriesintuition

lepas mandi - lepak petang

papa bawak jalan-jalan

over excited!!

si shomel mama & papa


Esok, 17 September 2012 Surau An-Naim Taman Bukit Mewah akan mengadakan Jamuan Hari Raya untuk penduduk taman. Hari ni mereka bergotong royong membuat persiapan untuk majlis esok.
 
 

gotong royong naikkan khemah

en suami pose - wat keje ke tew??

abah & pengerusi surau bincang program esok

gotong royong masak

kaum ibu minum petang lepas gotong royong
 
 
owh.. bila masanya perut aku nak slim balik ni.. haih....
 
 


Comments

Popular posts from this blog

ABAH | Part 1

Tak pernah aku bayang atau mimpi akan secepat ini kami akan berpisah. Semua yang berlaku sekelip mata. Hingga kini, aku masih terasa rasa abah masih di sisi.. Masih terngiang-ngiang suara dia. Terbau-bau haruman dia. Kau bayangkan, tadi elok kau bercakap dengan dia. Sihat orang tua.. Lenguh-lenguh sendi. Keletihan. Tiba-tiba kau hanya merenung jasad yang kaku. Allah.. Allah..Allah.. aku tak percaya. Tak mungkin... Tapi air mata ni mengalir bagai tak mahu berhenti. Hati ni remuk.  Petang 14hb Mac 2021, aku balik dari Sentul, nak hantar buah Sukun, kiriman mama Som. Abah mesti suka. Aku cakap dengan papa Zuwan, pa singgah rumah mak terus. Elok sampai, azan Maghrib. Terus siap-siap solat jemaah dengan abah dan papa Zuwan. Macam biasa, Abah imamkan.  Mak dah siap solat. Jaga budak-budak ni kejap. Selesai Maghrib aku siap nak balik. Esok budak-budak sekolah. Abah lama berteleku di sejadah. tak memandang ke belakang.  Aku kemas-kemas barang, abah panggil. Katanya dia semput. Ma...

HFMD

bibir membengkak bintik-bintik dalam lidah dan sekitar mulut bintik ti tapak tangan She's only 5. Periang, suke menyanyi, menari dan banyak mulut. Dah dua hari dia demam. Tak nak makan.. Minum susu aje. Tu pun susah nak hisap botol sebab sakit mulut. Malam tadi die mengadu sakit mulut. Abg dan kakak ipar aku cek di sekitar mulut dan dalam mulut dia ade bintik-bintik. Terus bawa ke Pusrawi Kajang. Doc sahkan dia terkena HFMD. Ya Allah... masa abg aku call mak bgtahu malam tadi, mak aku dah sedih. Cucu kesayangan dia sakit. Mak ambil Dettol dan pencuci lantai terus mop lantai. Sambil mop sambil sedih.. Huuu...  So dia kene kuarantin di rumah. Sekolah dah diberitahu so harap dorang dapat buat cleaning satu sekolah sebelum bdk lain terkena. Tak sure my niece kene kat skolah atau di rumah..tp pembersihan dan pencucian perlu dilakukan di kedua-dua tempat (rumah & sekolah).  *Kakak cepat sembuh ye..nanti boley maen dengan Putri lagi..* Kopipes : Wikipedi...

Ujian 2016

Update : 3 TAHUN BARU AKU POST. (SIMPAN DALAM DRAFT) Ujian buat kami sekeluarga. Baby Muhammad baru 26 hari, kene tahan wad sebab penurunan berat badan. Tambahan badan dia tiba-tiba panas 38'C. Asalnya ada check up untuk scan spine dia. Tapi ke lain jadinya. Sedih mak.. Dah la dalam pantang, kene masuk wad dok spital balik. Menjaga baby Muhammad, kene naikkan berat badan dia balik dan kes dia ada alahan susu lembu, muka dan badan dia naik ruam. Habis satu muka merah. Lapan hari Muhammad di tahan di Wad NICU Hospital Kajang. Selama itulah papa Zuwan datang jaga kami. Pagi petang datang bawa keperluan dan tolong jagakan baby Muhammad waktu melawat. Pelawat selain ibu/bapa tidak dibenarkan masuk. Sebab banyak baby yang tidak sihat, jadi untuk elakkan sebarang jangkitan kuman, pelawat biasa tidak dibenarkan melawat. 8 hari itulah macam-macam yang aku rasa. Sedih, rindu dan segalanya kat anak (kakak Putri & papa Zuwan) Hilang pantang aku bila kene ke hulu ke hilir jaga baby ...