Skip to main content

Happy Monday!


Pagi jam 8.00 kami sampai di KK Kajang. Cik Putri kene cucuk - 12 bulan. Kali ni boleh la nak puji KK Kajang sebab dah bersistematik, terautr dan urusan lebih mudah. Kaunter Ibu & Anak dah asing dengan Kaunter Ibu Mengandung. Tak la serabut tunggu nombor anak sama dengan nombor ibu mengandung. Kalau tak mau berkulat aku kat situ tunggu lama-lama dengan peel cik Putri yang makin banyak akalnya.. 

Jumpa angah & kak lucy. Diorang baru nak bukak buku pink untuk "Afiq Danial"... Kakakakaka!!! 
Ok, aku main taip je... ni semua salah kakak Dhaniyah Aqilah yang siap-siap bagi nama untuk adik dia yang dalam perut mama dia.. Hihihiii... Confident je dapat baby boy... Siap cakap muka baby tu ensem macam papa dia.. Nak jugak!!!

Tunggu tak sampai setengah jam nombor cik Putri naik. Terus masuk jumpa nurse. Nurse tanya boleh berdiri/jalan sendiri tak? Aku angguk kepala. Nurse suruh naikkan cik Putri atas penimbang. Ok 10 kg!!
Patut lengan mama dah keluar muscle!! Jimat tak payah pergi gym...

Lepas tu nurse suruh masuk bilik injection untuk cik Putri. Yang tu aku serah bulat-bulat pada en suami. Tak mampu aku nak pegang cik Putri waktu di kene suntik nanti. Nanti aku yang meraung. Kat luar aku doa supaya cik Putri tak menangis. 

Lima minit kemudian en suami keluar sambil pangku cik Putri yang teresak-esak. Aduhh, pasti sakit kene cucuk... Aku terus peluk dia dan usap dia dengan penuh kasih sayang. Cik Putri peluk aku erat-erat. tak mahu lepas. Dia tersedu-sedu dibahu aku. En suami bagitahu, baru nurse tarik jarum, dia dah melalak siap-siap... Belum pun kene suntik..Hehehe... anak mama..

Balik dari klinik terus sarapan kat kedai. Perut dah kebulur. Sambil suap nasi sambil dukung cik Putri yang lena di bahu. Haih... dia memang gemar landing di bahu aku. Walaupun beralaskan tulang bahu, dia tetap lena. 

Aku dan en suami ambil cuti, jadi ingat nak teman cik Putri di rumah. Tapi bila en suami tanya, lepas ni nak ke mana? Aku terus senyum. Pa, jom naik Genting bawa adik... Nak bawa adik main Indoor Games. En suami senyap. Ingatkan tak setuju. Tiba-tiba dia cakap, makan cepat kita pergi sekarang. Hehehe... Thanks sayang!!

Memandangkan hari bekerja jalan lancar, tak sesak. Kami sampai dengan cepat di atas. Cuma berkali-kali aku pesan pada en suami, berhati-hati sewaktu tiba diselekoh-selekoh tajam naik ke Genting. Memang aku gayat. Seram sejuk kaki sambil break angin. Ok, aku memang penakut pada ketinggian.

Sampai saja di atas, cik Putri terus bangun dari tidur. Dia senyap saja. Entah sebab sejuk atau sebab sakit peha kene inject tadi. Hehehe...


sampai je terus posing...

ok!! she love the horse!!
 
start moody!!

puas pujuk...

my sweety bunny..

moody...

nak mama..nak mama..

again... riding the horse

excited!!

my cutie pie..

ape tu!!

hwaaa!!!

Semuanya untuk anak mama.. Putri Nurnazurah Qistina...


Comments

Popular posts from this blog

ABAH | Part 1

Tak pernah aku bayang atau mimpi akan secepat ini kami akan berpisah. Semua yang berlaku sekelip mata. Hingga kini, aku masih terasa rasa abah masih di sisi.. Masih terngiang-ngiang suara dia. Terbau-bau haruman dia. Kau bayangkan, tadi elok kau bercakap dengan dia. Sihat orang tua.. Lenguh-lenguh sendi. Keletihan. Tiba-tiba kau hanya merenung jasad yang kaku. Allah.. Allah..Allah.. aku tak percaya. Tak mungkin... Tapi air mata ni mengalir bagai tak mahu berhenti. Hati ni remuk.  Petang 14hb Mac 2021, aku balik dari Sentul, nak hantar buah Sukun, kiriman mama Som. Abah mesti suka. Aku cakap dengan papa Zuwan, pa singgah rumah mak terus. Elok sampai, azan Maghrib. Terus siap-siap solat jemaah dengan abah dan papa Zuwan. Macam biasa, Abah imamkan.  Mak dah siap solat. Jaga budak-budak ni kejap. Selesai Maghrib aku siap nak balik. Esok budak-budak sekolah. Abah lama berteleku di sejadah. tak memandang ke belakang.  Aku kemas-kemas barang, abah panggil. Katanya dia semput. Ma...

HFMD

bibir membengkak bintik-bintik dalam lidah dan sekitar mulut bintik ti tapak tangan She's only 5. Periang, suke menyanyi, menari dan banyak mulut. Dah dua hari dia demam. Tak nak makan.. Minum susu aje. Tu pun susah nak hisap botol sebab sakit mulut. Malam tadi die mengadu sakit mulut. Abg dan kakak ipar aku cek di sekitar mulut dan dalam mulut dia ade bintik-bintik. Terus bawa ke Pusrawi Kajang. Doc sahkan dia terkena HFMD. Ya Allah... masa abg aku call mak bgtahu malam tadi, mak aku dah sedih. Cucu kesayangan dia sakit. Mak ambil Dettol dan pencuci lantai terus mop lantai. Sambil mop sambil sedih.. Huuu...  So dia kene kuarantin di rumah. Sekolah dah diberitahu so harap dorang dapat buat cleaning satu sekolah sebelum bdk lain terkena. Tak sure my niece kene kat skolah atau di rumah..tp pembersihan dan pencucian perlu dilakukan di kedua-dua tempat (rumah & sekolah).  *Kakak cepat sembuh ye..nanti boley maen dengan Putri lagi..* Kopipes : Wikipedi...

Ujian 2016

Update : 3 TAHUN BARU AKU POST. (SIMPAN DALAM DRAFT) Ujian buat kami sekeluarga. Baby Muhammad baru 26 hari, kene tahan wad sebab penurunan berat badan. Tambahan badan dia tiba-tiba panas 38'C. Asalnya ada check up untuk scan spine dia. Tapi ke lain jadinya. Sedih mak.. Dah la dalam pantang, kene masuk wad dok spital balik. Menjaga baby Muhammad, kene naikkan berat badan dia balik dan kes dia ada alahan susu lembu, muka dan badan dia naik ruam. Habis satu muka merah. Lapan hari Muhammad di tahan di Wad NICU Hospital Kajang. Selama itulah papa Zuwan datang jaga kami. Pagi petang datang bawa keperluan dan tolong jagakan baby Muhammad waktu melawat. Pelawat selain ibu/bapa tidak dibenarkan masuk. Sebab banyak baby yang tidak sihat, jadi untuk elakkan sebarang jangkitan kuman, pelawat biasa tidak dibenarkan melawat. 8 hari itulah macam-macam yang aku rasa. Sedih, rindu dan segalanya kat anak (kakak Putri & papa Zuwan) Hilang pantang aku bila kene ke hulu ke hilir jaga baby ...