Skip to main content

Khamis yang mendung

Alhamdulliah.. selesai majlis ulangtahun cik Putri Nurnazurah Qistina yang ke 2. Sambut awal sehari (hari Ahad 30/3/2014) memandangkan tarikh ulangtahunnya 31/3/2014 jatuh pda hari Isnin. Kami buat secara kecil-kecilan sahaja. Panggil adik beradik dan saudara mara terdekat.

Menu utama Laksa (mama mentua masak) dan nasi bukhari (kaklong masak). Aku? aku sediakan candy buffet je. Memandangkan aku tak berapa nak sihat, demam, ciriti birit, sakit kepala sampai nak pitam, jadi aku tak banyak bergerak. Masa tulah sakit ni nak datangkan. Tak apalah, untuk Putri mama sanggup bertahan.

Putri paling gembira sambut tetamu yang datang. Err.. sambut hadiah sebenarnya. Hahaha.. Sambut hadiah terus nak buka depan tetamu. Adoiii lah anak..

Gambar semua belum transfer dari hp aku dan en suami.

Minggu ni kami tak b erapa sihat. Cik Putri dengan alergik, en suami dengan sakit mata dan aku masih lagi dengan sakit perut dan sakit kepala. Entah kenapa tak mahu kebah pula.. Datang ke pejabat dengan muka yang pucat. Kepala yg sakit buat aku serabut. Kerja melambak dan otak tak mahu beri kerjasama. Jadilah aku kepeningan tanpa hala tuju. Ok dah mula merepek.. tak boleh nak fikir sangat.. Nak menaip pun dengan tahan urat tengkuk yang sakit.

Semoga kami sekeluarga diberi kesihatan dan sentiasa dalam lindunganNya..





Comments

Popular posts from this blog

HFMD

bibir membengkak bintik-bintik dalam lidah dan sekitar mulut bintik ti tapak tangan She's only 5. Periang, suke menyanyi, menari dan banyak mulut. Dah dua hari dia demam. Tak nak makan.. Minum susu aje. Tu pun susah nak hisap botol sebab sakit mulut. Malam tadi die mengadu sakit mulut. Abg dan kakak ipar aku cek di sekitar mulut dan dalam mulut dia ade bintik-bintik. Terus bawa ke Pusrawi Kajang. Doc sahkan dia terkena HFMD. Ya Allah... masa abg aku call mak bgtahu malam tadi, mak aku dah sedih. Cucu kesayangan dia sakit. Mak ambil Dettol dan pencuci lantai terus mop lantai. Sambil mop sambil sedih.. Huuu...  So dia kene kuarantin di rumah. Sekolah dah diberitahu so harap dorang dapat buat cleaning satu sekolah sebelum bdk lain terkena. Tak sure my niece kene kat skolah atau di rumah..tp pembersihan dan pencucian perlu dilakukan di kedua-dua tempat (rumah & sekolah).  *Kakak cepat sembuh ye..nanti boley maen dengan Putri lagi..* Kopipes : Wikipedi...

Kahwin|Ajim|Jue

Ahad lepas selesai sudah majlis menyambut menantu di rumah maklong aku di Semenyih. Meriah ok!! Selesai sudah kenduri  untuk bulan Januari 2012. tukang sibuk.. maklong & paklong dgn pengantin Lemans' Family

ABAH | Part 1

Tak pernah aku bayang atau mimpi akan secepat ini kami akan berpisah. Semua yang berlaku sekelip mata. Hingga kini, aku masih terasa rasa abah masih di sisi.. Masih terngiang-ngiang suara dia. Terbau-bau haruman dia. Kau bayangkan, tadi elok kau bercakap dengan dia. Sihat orang tua.. Lenguh-lenguh sendi. Keletihan. Tiba-tiba kau hanya merenung jasad yang kaku. Allah.. Allah..Allah.. aku tak percaya. Tak mungkin... Tapi air mata ni mengalir bagai tak mahu berhenti. Hati ni remuk.  Petang 14hb Mac 2021, aku balik dari Sentul, nak hantar buah Sukun, kiriman mama Som. Abah mesti suka. Aku cakap dengan papa Zuwan, pa singgah rumah mak terus. Elok sampai, azan Maghrib. Terus siap-siap solat jemaah dengan abah dan papa Zuwan. Macam biasa, Abah imamkan.  Mak dah siap solat. Jaga budak-budak ni kejap. Selesai Maghrib aku siap nak balik. Esok budak-budak sekolah. Abah lama berteleku di sejadah. tak memandang ke belakang.  Aku kemas-kemas barang, abah panggil. Katanya dia semput. Ma...