Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Kenduri

OooOOooO ~ Balik kampung

Sabtu petang aku dan family MIL balik ke Sabak Bernam. Ada jemputan kenduri kahwin. Sampai sana lebih kurang nak masuk Maghrib. Kali terakhir balik Raya 2012. Lama tu..   Balik singgah gerai tepi jalan. Beli mangga dan Mentarang segar dan Mentarang bakar. Sedap. Rasa macam kupang juga. Cuma bentuk siputnya yang panjang dan isi dia sikit saja. Lepas hajat nak makan Mentarang bakar. Cuma teringin nak makan Cendol Bakar drive thru tu!! Masa dalam perjalanan ke Sabak Bernam aku tengok line penuh. Masa balik pun penuh. Masa bila tak penuh ye... Betul-betul nak rasa ni... Bila-bila senang nak ajak en suami ke sana la.. Semata nak rasa Cendol Bakar.. Hihihi...

Amin | Lana 101112

Seawal jam 7.30 pagi aku & PIL bertolak ke Putrajaya.. Sempena Majlis Pernikahan adik ipar aku Amin dan pasangannya Lana. Jam 8.00 pagi sampai. Terus ke mamak seksyen 7. Pekena roti canai & maggi goreng dulu. Lapar kauu!! Kemudian terus ke Masjid Sultan Zainal Abidin Putrajaya (Masjid Besi) Akhirnya dengan sekali lafaz, dengan rasminya Amin menjadi suami kepada Lana. Syukur alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar semuanya. upacara majlis sarung cincin   my heart!! cranky! my pwincess!! mmuuaahh!! our new family member.. sleepy~ ZZZzzzzz..... Ahad pulak, ada 4 wedding harus dihadiri...  Fiqa & Faiz | Faisol & Pasangan | Nurul & Pasangan | Iwan & Pasangan  Konyang!!! Lepas kenduri keempat terus balik jenguk atok di Semenyih. Atok tak berapa sihat. Jumaat lepas atok masuk Hospital Kajang. Mengalami kesukaran nak kencing. Lepas tu kelenjar bengkak. Sampai malam dorang menungg...

Aqiqah & Majlis Kesyukuran Untuk Anakanda

Syukur alhamdulillah... Majlis Aqiqah & Kesyukuran anakanda ku Putri Nurnazurah  Qistina telah selesai.. berjalan dengan baik.. Terima kasih kepada kaum keluarga & sahabat handai yang sudi hadir memeriahkan majlis.. Selesai tugas mama & papa Aqiqahkan untuk Putri.. bunting utk Putri.. Putri & Makngah Putri & Atok Din Sentul Putri & Mama.. Papa mane?? hehehe... Jaz.. kawan blog sheisjaz yang sudi hadir... Thanks babe.. akhirnya Putri tertido kepenatan... *bangga mama org puji anak mama comel dan cantik dlm majlis tu..*

Sibuk

Seminggu ni agak sibuk nak uruskan kenduri pada hari Ahad nanti? Ehh.. kan dah kahwin.. kenduri apa lagi?? Hehehe... kenduri untuk  anak dara mama laa ...Cik Putri Nurnazurah Qistina.. InsyaAllah..Ahad 10.06.2012 akan diadakan Majlis Aqiqah dan Kesyukuran. Semoga semuanya berjalan dengan lancar... Teman-teman dan saudara mara dijemput hadir untuk lagi memeriahkan majlis untuk si kecil manja mama & papa ni... Listkan lauk pauk nak di masak...Goodie bag untuk tetamu.. harap-harap anak manja mama tu nanti tak meragam.. dah 2-3 hari batuk selsema.. semalam bawak ke klinik, doc bekalkan ubat batuk. Hurmm.. pagi tadi batuk dia makin kuat dan bunyi kahak sekali... sian anak mama... en suami dh susah hati.. anak manja dia x berapa nak sihat.. =( *Putri nak tumbuh gigi dah??*

Kahwin|Ajim|Jue

Ahad lepas selesai sudah majlis menyambut menantu di rumah maklong aku di Semenyih. Meriah ok!! Selesai sudah kenduri  untuk bulan Januari 2012. tukang sibuk.. maklong & paklong dgn pengantin Lemans' Family

Wedding lagi

Ahad lepas (semalam) kami sekeluarga berkampung di Hotel Equatorial Bangi sempena majlis persandingan abg sepupu aku. Meriah dan part paling best aku dapat makan macam-macam. Hehehe.. tak sedar diri betul mak buyung ni.. (en suami perli..) Semua dah ada tugasan masing-masing. Tugasan aku senang saja. Duduk dan welcome tetamu yang hadir dan serahkan guest book utk diorang sign. Wish pada pengantin atau sekadar mengisi kehadiran mereka. Arahan daripada keluarga pengantin. Hehehe.. Senang kan kerja aku. Bila lenguh sebab duduk aje, aku jalan-jalan la kejap cari makanan dan lepak-lepak dengan saudara mara. Tepat jam 4.00 petang kami siap-siap berkemas dan berangkat pulang. Penat dan gembira kerana terima ahli keluarga baru dan untuk abg sepupu aku,  Noreman Ariff serta isteri Noraini Moktar  "Selamat Pengantin Baru dan semoga berbahagia selalu" Guest Book sementara tunggu tetamu datang, gosip-gosip dulu.. xde keje btl pengantin lama ni.. hahahaha... family besar s...

Bahagia Hingga ke Syurga Sayang

Tak sabar rasanya nak berhari minggu. Besok dah Jumaat. sabtu ada jemputan majlis perkahwinan sahabat blogger iaitu memoriesintuition   merangkap sahabat baik aku dari sekolah (dari tingkatan 4, kolej hingga sekarang) Tak sabar rasanya nak tengok dia naik pelamin. Teruja sangat-sangat. Masa dia bertunang aku tak dapat nak join sebab aku tengah mabuk kepayang . Jadi bila tiba waktu kenduri kawen aku dah siap-siap cakap dengan en suami yang aku tak sabar nak pergi Serendah. Jadi dia balik kerja shift malam pagi Sabtu tu biar dia tido siap-siap nanti aku yang akan drive die ke sana. Hehehe.. Untuk sahabat aku, Nurrul Iman yang aku sayang, doa aku untuk kau tak akan pernah putus. Kaulah sahabat, kawan dan teman waktu susah senang kita.Tak akan aku lupa, kau sentiasa ada waktu aku memerlukan. Tak kira apa saja yang berlaku, kau tetap disisi aku bg peransang dan semangat saat aku jatuh, pimpin aku berdiri dan harungi arus deras yang pernah cuba nak tenggelamkan aku. Semoga kau tak a...

SANDING | SHIELA | ZAKI

Hari Ahad aku dan en suami ke Sri Petaling. Menghadirkan diri ke Majlis Persandingan kawan kelas aku masa kat Sekolah Teknik Kajang. Shiela & Zaki suaminya. Adelah jumpa dengan kawan-kawan kelas yang memang dah lama tak jumpe kan. Meriah bertul.. dah lama tak bergurau.. :) pengantin baru tiba shiela & zaki makan beradab nora, iman (bakal pengantin) & aku geng teknik kajang Balik dari kenduri terus balik Sentul. Adik ipar aku suruh amik jeruk asam yang di beli dari Pineng. Ok sedap.. Tak kelat atau masam macam selalu aku rasa. Kira kenelah dengan tekak mak buyung ni. Thanks Asni. Ingat gak kat along. Hehehe.. Otw balik konon nak g cari Burger Bakar (diwar-warkan dekat FB) kat area Wangsa Maju.  Pusing satu seksyen 4 ngan 5 tak jumpa-jumpa. Putus asa aku ajak en suami balik. Lagipun dah nak hujan. Takut Kajang banjir macam Jumaat lepas. Sampai kat Jalan Pahang dah start jem. Kereta tak bergerak langsung nak ke Bulatan Pahang tu. Aku suruh en suami iku...

My Best Friend Wedding - #1

29/10/2011 - Selesai sudah majlis pernikahan sahabat baikku, Nasha & Faisal - Surau Sg Jelok Kajang. Sebak dan terharu  aku bila akhirnya Nasha sah menjadi isteri buat Ecal. Berkawan, bercinta, bertunang dan akhirnya mengikat tali pernikahan, semua kenangan mereka ada dalam memori aku. Sebagai sahabat, aku sangat gembira melihat mereka bahagia. Semoga kebahagiaan itu sentiasa milik mereka.. Amin.... majlis nikah Nasha | Faisal Kawan-kawan yang sibuk bergambar.. pengantin lama & baru Selesai akad nikah bergambar di pelamin merah *semoga jadi isteri yang taat & solehah buat suami*

Support Race Moto GP 2011

Hari Jumaat en suami ade free practice, acara qualifying dan  round-1 untuk Support Race Moto GP. Disebabkan aku bekerja, jadi en suami pergi sendiri. Sabtu pagi aku menemani en suami ke Sepang untuk MSS Bikes (Category Bikers SOL Cup - 4 stroke). Aku masuk pakai pass Crew Paddock. Lepak dari pagi sampai laa ke petang. Kol 5.30pm baru sen suami bersiap nak masuk berlumba. (gigih jd pak pacak kat bawah khemah tu..) Sebelum bermulanya perlumbaan, semua pelumba mengambil gambar kenang-kenangan. Jam dah berganjak ke 6.30pm, acara tak mula lagi. Langit dah mendung. Sikit lagi rintik hujan nak turun. Aku dah gelisah depan paddock/khemah tu. Pukul berapa la nak habis main. Karang hujan, jalan basah susah laa utk pelumba-pelumba nak merembat moto masing-masing. Jalan licin. Tepat jam 6.40pm, acara pun bermula. Dari sebalik podium terdengar moto-moto pelumba menderum-derum tak sabar nak berlepas. Aku menunggu penuh sabar di selekoh. Teruja melihat en suami membawa moto Yamaha LC bi...

Ody|Xery|28.05.2011

 Semalam, Jumaat 27.05.11 ody & xery selamat diijab qabulkan. Akhirnya, bertahun menyulam sayang, mereka bersatu dengan ikatan suci murni.. Hari ini, majlis perkahwinan diadakan di Kg. Delek Klang. Teruja sejak pg, aku bersemangat nak hadir ke kenduri Ody & Xery. Can't wait 2 see the bride & the gro0m!!     bergambar sebelum berarak.. pengantin lama dan baru.. makan beradab sopan..hehehe.. acara memotong kek.. ex unit harga yg slumber.. we again.. mcm biase..aku ade di mana-mana.. ^__^ V *sehingga hari ini, aku masih dalam mo0d org kawen.. >_< V.. heheh...*