Skip to main content

SANDING | SHIELA | ZAKI


Hari Ahad aku dan en suami ke Sri Petaling. Menghadirkan diri ke Majlis Persandingan kawan kelas aku masa kat Sekolah Teknik Kajang. Shiela & Zaki suaminya. Adelah jumpa dengan kawan-kawan kelas yang memang dah lama tak jumpe kan. Meriah bertul.. dah lama tak bergurau.. :)

pengantin baru tiba
shiela & zaki
makan beradab

nora, iman (bakal pengantin) & aku

geng teknik kajang
Balik dari kenduri terus balik Sentul. Adik ipar aku suruh amik jeruk asam yang di beli dari Pineng. Ok sedap.. Tak kelat atau masam macam selalu aku rasa. Kira kenelah dengan tekak mak buyung ni. Thanks Asni. Ingat gak kat along. Hehehe..

Otw balik konon nak g cari Burger Bakar (diwar-warkan dekat FB) kat area Wangsa Maju.  Pusing satu seksyen 4 ngan 5 tak jumpa-jumpa. Putus asa aku ajak en suami balik. Lagipun dah nak hujan. Takut Kajang banjir macam Jumaat lepas. Sampai kat Jalan Pahang dah start jem. Kereta tak bergerak langsung nak ke Bulatan Pahang tu. Aku suruh en suami ikut jalan dalam Titiwangsa. Ingat nak ikut shortcut, skali ade satu jalan tu tak boleh lalu sebab ade pokok hempap kereta dan khemah besar tumbang. Ayoo... mesti pasal angin kuat tadi. Kami terpaksa ikut jalan lain keluar tepi Istana Budaya juga. Sampai sana, aku tengok beberapa kenderaan berhenti tepi. Rupanya dari Bulatan Pahang nak ke Jalan Tun Razak (Depan Pusat Derma Drh Negara & Istana Budaya) ade pokok besar tumbang tengah-tengah jalan. Tak pasti ade kenderaan atau tak dibawah pokok yang tumbang tu. Aku dan en suami meneruskan perjalanan dengan berhati-hati. Tapi selepas terowong di Jalan Tun Razak tu ade sisa-sisa kesan pokok tumbang di tepi jalan. Kami terus rasa kecut perut. En suami terus memandu dengan penuh konsentrasinya.

Tiba di Kajang aku berharap tak lagi jumpa benda-benda yang menakutkan. Aku penat. Tapi sewaktu sampai depan Sekolah Tinggi Kajang, lane ke arah Semenyih telah dihala ke lane sebelah arah Kajang. (Terpaksa share lane) Rupanya ade sebuah lagi pokok yang tumbang. Ya Allah..aku betul-betul rasa tak sedap hati. Mungkin berlaku ribut sekejap td. 3 kes pokok tumbang aku jumpa dalam satu hari. Aku sempat ambil video piahk Rescue 999 dan pihak polis membersihkan pokok tumabng di Kajang saja. Nak tunjuk kat abah dan mak. Balik selepas maghrib aku makan, online sekejap dan terus berbaring. Hari yang sangat meletihkan.

*Minggu depan ade lagi 3 jemputan kahwin. Harap-harap sempat untuk kami hadirkan diri*


Comments

Popular posts from this blog

HFMD

bibir membengkak bintik-bintik dalam lidah dan sekitar mulut bintik ti tapak tangan She's only 5. Periang, suke menyanyi, menari dan banyak mulut. Dah dua hari dia demam. Tak nak makan.. Minum susu aje. Tu pun susah nak hisap botol sebab sakit mulut. Malam tadi die mengadu sakit mulut. Abg dan kakak ipar aku cek di sekitar mulut dan dalam mulut dia ade bintik-bintik. Terus bawa ke Pusrawi Kajang. Doc sahkan dia terkena HFMD. Ya Allah... masa abg aku call mak bgtahu malam tadi, mak aku dah sedih. Cucu kesayangan dia sakit. Mak ambil Dettol dan pencuci lantai terus mop lantai. Sambil mop sambil sedih.. Huuu...  So dia kene kuarantin di rumah. Sekolah dah diberitahu so harap dorang dapat buat cleaning satu sekolah sebelum bdk lain terkena. Tak sure my niece kene kat skolah atau di rumah..tp pembersihan dan pencucian perlu dilakukan di kedua-dua tempat (rumah & sekolah).  *Kakak cepat sembuh ye..nanti boley maen dengan Putri lagi..* Kopipes : Wikipedi...

Kahwin|Ajim|Jue

Ahad lepas selesai sudah majlis menyambut menantu di rumah maklong aku di Semenyih. Meriah ok!! Selesai sudah kenduri  untuk bulan Januari 2012. tukang sibuk.. maklong & paklong dgn pengantin Lemans' Family

kampung saya..

jalan lengang... jam 3.30 pagi... on the way ke Pantai Dalam - ziarah arwah kak Rozi.. Entry di sini Pertama Kali   Sampai ke Sabak Bernam..sawah padi menghijau sepanjang perjalanan.. ni sawah padi... bkn rumput/lalang taw.. singgah ke rumah wak tua..excited skit..   tu bilik mandi.. encik suami nk g mandi.. hohoho..skodeng skit.. meriah rumah wak dengan bunga-bunga kembang mekar.. pose dari gadis kampung..ok x.. tu bilik termenung ok... sape berani turun mlm2?? hehe.. santai dulu.. nak balk ke rumah wak kinah plak.. park kete bawah rumah.. sejuk mata memandang.. *saya ada kampung..ermm..baru ada kampung jadi terlebih exited..mcm nilah jadinye..*