Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Puasa

Aktiviti Hari Minggu

Sabtu lepas sebelum balik Sentul kami anak beranak singgah sopink kat One Utama. Nak cari gaun cik Putri. Lepas tu sopink baju en suami & bj aku. Settle semua terus pecut balik Sentul. Masing-masing kepenatan. Hadoiii... Adik ipar bgtau parcel yang aku order dah sampai. Present untuk dia sempena hari jadi dia hari Ahad semalam. Suka dia dpt skirt oren. Pastu parcel aku sampai jugak ptg tu. Aku order maxi dress. Nak melaram masa raya. Tahun lepas tak dpt melaram sebab perot boyot. Hihihi... baru sampai.. Petang Ahad adik ipar bgtau nak berbuka kat luar. Dah siap-siap booking meja kat Restoran Tupai-Tupai Shah Alam Section 13. Makan Steamboat le... cik Putri & Papa die.. cik Putri & Mama die pulak.. baru sampai di rumah Kajang... sekarang dia suka main lidah.. haishh Minggu ni en suami nak bawak berbuka di Restoran Nelayan Titiwangsa. Reunion kawan Mara dia..  Tahun lepas berbuka di Restoran Arab.. ...

Ramadhan kembali lagi

Lagi 3 hari lagi, kita akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan. Tahun lepas aku tak dapat nak jalani ibadah puasa sebab mabuk teruk. (Ambil ubat atas arahan doc) Kalau tak aku terpaksa di tahan di wad kalo terhidrat dan akan bahayakan kandungan. Tambah aku alami kronik gastrik. Sangat mencabar sewaktu mengandungkan cik Putri. Harap-harap aku mampu jalani ibadah puasa kali ini dengan sebaiknya.. Kene cari supplement untuk bykan susu sebab masih bf kan cik Putri...

Puasa

Hari ke-4 umat Islam berpuasa. Aku sudah baik daripada demam cuma tinggal lagi perut yang sentiasa keras berangin. Doktor kate itu biasa untuk ibu hamil. Sabtu ni aku nak jumpe doktor. (Sepatutnya next scan Sabtu depan) Tapi terpaksa pergi minggu ini sebab doktor nasihat better refer ke hospital. Ape hospital? Tobat laa nakkalau kene masuk air lagi.. Aku sanggup minum air bergelen dari kene cucuk. Sakitnya cucuk mase operate lepas masih lagi terasa-rasa. Inilah Ramadan yang paling mencabar bagi aku. Makan tak tentu hala. Teringin sup ikan. Dah mak masakkan aku hirup 2-3 sudu. Lepas tu perut buat hal. Muntah balik. Suruh mak masak mee goreng, aku bantai sepinggan, lepas tu muntah balik. Teringin nak makan macam-macam, tapi bila ada depan mata, pandang sipi-sipi aje..  *Ya Allah, kuatkanlah semangatku..Tabahkanlah hatiku untuk menempuh dugaan dariMu... Sesungguhnya, Engkaulah Maha Pengasih & Penyayang.. Maha Mengetahui Segalanya.. *

Teringat

Lagi 3 hari umat Islam akan menyambut Ramadhan dan insyaAllah 1 Ramadhan tahun ini jatuh pada 1 Ogos 2011 -  Isnin. Pasti ramai yang tak sabar, ada yang gementar dan mungkin juga sudah bersiap sedia menyambut kedatangan bulan mulia tersebut.  Bagi aku yang baru saja disahkan bakal menjadi ibu ni pun agak teruja. Tak tahu macam mana rasanya berpuasa dalam keadaan aku yg baru mula nk mabuk-mabuk. Baru dua tiga hari ni aku rasa penat, mengantuk, rasa letih satu badan. Kejang-kejang kaki, jadi macam mana waktu bulan Ramadhan nanti. Emak ada pesan, kalo mampu puasalah. Belajar-belajar. Kalo tak larat sangat baru lah dibolehkan berbuka. Tapi biar betul-betul tak larat. Bukan cobaan..main-main.. Hehehehe... Masa nilah aku teringat waktu bekerja di Jabatan Perangkaan Shah Alam. Masa ni group aku betul-betul semangat buat kerja. Walaupun dalam bulan puasa. Lagi-lagi waktu kerja luar. Langsung tak terasa stress atau keletihan. Kerja masing-masing selesai dengan jayanya.  Bila m...

Kasut Raya

Tengah kemas-kemas bilik tiba-tiba nampak satu kotak kasut. Bila aku usha dlm kotak tu ade sandal kaler oren (Ukiran Batik) Hah!! Ni sandal yang en suami belikan masa honeymoon 4 bulan lepas ni.. Cadang nak pakai masa raya nanti.. Huhuhu... Boleh ke aku pakai nanti ehh... Adehhh.. baru nk melaram masa raye nanti... *smlm en suami tanye nak beli maternity dress x.. so sweet... *

Pagi Jumaat yg sebu..

Ingat hari ni nak sambung puasa, tapi aku terpaksa batalkan sebab perut memulas-mulas. Mungkin seharian berpuasa semalam dan hanya berbuka air teh, perut masuk angin. Khamis malam Jumaat en bos adakan majlis bacaan yaassin dan tahlil di surau kami. Lepas Maghrib terus solat hajat, bacaan yaasin dan solat Isya' kemudian baru aku dapat jamah makanan.  Bangun pagi perut buat hal. Sejam lebih aku bertapa dalam bilik termenung. Sakit tak usah cakap, menangis-nangis aku kesyahduan.. En suami sempat sapu ubat kat perut dan buat urutan kasih sayang. Lepas tu bersiap-siap nak ke opis.  Dalam perut tgh sebu, aku dapat panggilan daripada kakak sepupu, Nurulazra (sebelah mak) daripada UKM khabarkan abg sepupu aku, Zailan Ahmad (sebelah abah) eksiden (kereta bertembung kereta) di ILKAB ukm. Makin cramp perut aku. Ya Allah, pagi ini hatiku betul-betul tak tenteram. Lemah segala urat-urat saraf aku. Aku terus buat panggilan ke rumah bgtahu abah dan mak suruh sampaikan ke mak andak (mak ab...