Skip to main content

Pagi Jumaat yg sebu..


Ingat hari ni nak sambung puasa, tapi aku terpaksa batalkan sebab perut memulas-mulas. Mungkin seharian berpuasa semalam dan hanya berbuka air teh, perut masuk angin. Khamis malam Jumaat en bos adakan majlis bacaan yaassin dan tahlil di surau kami. Lepas Maghrib terus solat hajat, bacaan yaasin dan solat Isya' kemudian baru aku dapat jamah makanan. 

Bangun pagi perut buat hal. Sejam lebih aku bertapa dalam bilik termenung. Sakit tak usah cakap, menangis-nangis aku kesyahduan.. En suami sempat sapu ubat kat perut dan buat urutan kasih sayang. Lepas tu bersiap-siap nak ke opis. 

Dalam perut tgh sebu, aku dapat panggilan daripada kakak sepupu, Nurulazra (sebelah mak) daripada UKM khabarkan abg sepupu aku, Zailan Ahmad (sebelah abah) eksiden (kereta bertembung kereta) di ILKAB ukm. Makin cramp perut aku. Ya Allah, pagi ini hatiku betul-betul tak tenteram. Lemah segala urat-urat saraf aku. Aku terus buat panggilan ke rumah bgtahu abah dan mak suruh sampaikan ke mak andak (mak abg Zailan supaya segera ke hospital. (Kawan-kawan ukm tak tahu mana nak cari waris utk dihubungi, akak sepupu, isteri kepada abg Zailan masih di UK-sambung belajar) Jadi akak sepupu aku terpaksa minta bantuan aku untuk sampaikan berita kemalangan tu kepada keluarga abg Zailan.


9.30 pagi, mak telefon aku balik bgtahu abg Zailan dah sedar. Mungkin hentakan di kepala atau dada membuatkan dia pengsan. Daripada cerita kawan-kawan di UKM kereta abg Zailan teruk. Tak dapat aku bayangkannya..


*Semoga Allah lindungi kami sekeluarga dari sebarang bencana.. amin..*


Comments

Popular posts from this blog

HFMD

bibir membengkak bintik-bintik dalam lidah dan sekitar mulut bintik ti tapak tangan She's only 5. Periang, suke menyanyi, menari dan banyak mulut. Dah dua hari dia demam. Tak nak makan.. Minum susu aje. Tu pun susah nak hisap botol sebab sakit mulut. Malam tadi die mengadu sakit mulut. Abg dan kakak ipar aku cek di sekitar mulut dan dalam mulut dia ade bintik-bintik. Terus bawa ke Pusrawi Kajang. Doc sahkan dia terkena HFMD. Ya Allah... masa abg aku call mak bgtahu malam tadi, mak aku dah sedih. Cucu kesayangan dia sakit. Mak ambil Dettol dan pencuci lantai terus mop lantai. Sambil mop sambil sedih.. Huuu...  So dia kene kuarantin di rumah. Sekolah dah diberitahu so harap dorang dapat buat cleaning satu sekolah sebelum bdk lain terkena. Tak sure my niece kene kat skolah atau di rumah..tp pembersihan dan pencucian perlu dilakukan di kedua-dua tempat (rumah & sekolah).  *Kakak cepat sembuh ye..nanti boley maen dengan Putri lagi..* Kopipes : Wikipedi...

Kahwin|Ajim|Jue

Ahad lepas selesai sudah majlis menyambut menantu di rumah maklong aku di Semenyih. Meriah ok!! Selesai sudah kenduri  untuk bulan Januari 2012. tukang sibuk.. maklong & paklong dgn pengantin Lemans' Family

ABAH | Part 1

Tak pernah aku bayang atau mimpi akan secepat ini kami akan berpisah. Semua yang berlaku sekelip mata. Hingga kini, aku masih terasa rasa abah masih di sisi.. Masih terngiang-ngiang suara dia. Terbau-bau haruman dia. Kau bayangkan, tadi elok kau bercakap dengan dia. Sihat orang tua.. Lenguh-lenguh sendi. Keletihan. Tiba-tiba kau hanya merenung jasad yang kaku. Allah.. Allah..Allah.. aku tak percaya. Tak mungkin... Tapi air mata ni mengalir bagai tak mahu berhenti. Hati ni remuk.  Petang 14hb Mac 2021, aku balik dari Sentul, nak hantar buah Sukun, kiriman mama Som. Abah mesti suka. Aku cakap dengan papa Zuwan, pa singgah rumah mak terus. Elok sampai, azan Maghrib. Terus siap-siap solat jemaah dengan abah dan papa Zuwan. Macam biasa, Abah imamkan.  Mak dah siap solat. Jaga budak-budak ni kejap. Selesai Maghrib aku siap nak balik. Esok budak-budak sekolah. Abah lama berteleku di sejadah. tak memandang ke belakang.  Aku kemas-kemas barang, abah panggil. Katanya dia semput. Ma...