Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Teman

Teman Sahabat Kawan | Pergimu Tiada Ganti

Dari Isnin petang balik kerja aku keluar masuk toilet sakit perut. Selasa pagi bangun dah lelong jalannya. En suami msg tunggu dia balik kerja, nak bawa pergi klinik. Doktor bg MC suruh berehat dirumah. Aku dah lembik!! Pagi ni masuk kerja perut cramp sikit. Tengah kepala jem baru nak start kerja dapat satu message di handphone. Aku baca berulang kali. Tangan gigil... Baca lagi.. Jap2, otak aku tak boleh nak proses. Blur... Aku message kawan aku Mumma Zilla di Facebook. Tapi tangan ligat call balik orang yang hantar message tu. Dua tiga kali aku call tak berangkat. Haishh!!  ni main-main ke apa ni. Badan aku dah mengigil. Aku cuba call lagi, akhirnya dia angkat, Ilya yang jawab. Dia adik kawan baik aku, Dia sahkan message tadi. Dia yang hantar message tu. Aku dah nak jatuh terduduk. Lidah aku kelu nak bertanya apa lagi. Kesat lidah aku rasa.  (Read : Aku tak save nombor dia yang ini sebab dia ada banyak nombor masa kat kolej dulu) Adik dia maklumkan dah dua bulan ...