Skip to main content

Teman Sahabat Kawan | Pergimu Tiada Ganti

Dari Isnin petang balik kerja aku keluar masuk toilet sakit perut. Selasa pagi bangun dah lelong jalannya. En suami msg tunggu dia balik kerja, nak bawa pergi klinik. Doktor bg MC suruh berehat dirumah. Aku dah lembik!!

Pagi ni masuk kerja perut cramp sikit. Tengah kepala jem baru nak start kerja dapat satu message di handphone. Aku baca berulang kali. Tangan gigil... Baca lagi.. Jap2, otak aku tak boleh nak proses. Blur... Aku message kawan aku Mumma Zilla di Facebook. Tapi tangan ligat call balik orang yang hantar message tu. Dua tiga kali aku call tak berangkat. Haishh!!  ni main-main ke apa ni. Badan aku dah mengigil. Aku cuba call lagi, akhirnya dia angkat,

Ilya yang jawab. Dia adik kawan baik aku, Dia sahkan message tadi. Dia yang hantar message tu.
Aku dah nak jatuh terduduk. Lidah aku kelu nak bertanya apa lagi. Kesat lidah aku rasa.  (Read : Aku tak save nombor dia yang ini sebab dia ada banyak nombor masa kat kolej dulu)





Adik dia maklumkan dah dua bulan sakit. Kolestrol tinggi dan meninggal sakit jantung.

Ya Allah, Ya Tuhanku..
Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Kau ampunkanlah dosa sahabatku..
Tempatkanlah dia dikalangan orang2 beriman yang beramal soleh..
Semoga ada kebaikan yang dilakukannya di dunia ini sedikit sebanyak membantunya nanti di sana..
Al fatihah...


Teringat kenangan sewaktu satu rumah di Kolej Lagenda tahun 2003/2004.

Teringat gelak tawa dia.. tangis sendu..

Teringat saat hari pertama orientasi..

Teringat jemaah sama di surau kolej..

Teringat habiskan waktu kelas di kafe kolej..

Teringat saat lari dari kelas..

Teringat saat pergi berjalan ke Pekan Mantin..

Teringat saat pergi ke Bandar Seremban..

Teringat rewang ke Terminal One..

Teringat rewang ke Seremban Parade..

Teringat saat perpisahan satu rumah sebab bawa haluan masing-masing..

We miss you Adeq @ Farah Sheila....




Comments

Popular posts from this blog

ABAH | Part 1

Tak pernah aku bayang atau mimpi akan secepat ini kami akan berpisah. Semua yang berlaku sekelip mata. Hingga kini, aku masih terasa rasa abah masih di sisi.. Masih terngiang-ngiang suara dia. Terbau-bau haruman dia. Kau bayangkan, tadi elok kau bercakap dengan dia. Sihat orang tua.. Lenguh-lenguh sendi. Keletihan. Tiba-tiba kau hanya merenung jasad yang kaku. Allah.. Allah..Allah.. aku tak percaya. Tak mungkin... Tapi air mata ni mengalir bagai tak mahu berhenti. Hati ni remuk.  Petang 14hb Mac 2021, aku balik dari Sentul, nak hantar buah Sukun, kiriman mama Som. Abah mesti suka. Aku cakap dengan papa Zuwan, pa singgah rumah mak terus. Elok sampai, azan Maghrib. Terus siap-siap solat jemaah dengan abah dan papa Zuwan. Macam biasa, Abah imamkan.  Mak dah siap solat. Jaga budak-budak ni kejap. Selesai Maghrib aku siap nak balik. Esok budak-budak sekolah. Abah lama berteleku di sejadah. tak memandang ke belakang.  Aku kemas-kemas barang, abah panggil. Katanya dia semput. Ma...

HFMD

bibir membengkak bintik-bintik dalam lidah dan sekitar mulut bintik ti tapak tangan She's only 5. Periang, suke menyanyi, menari dan banyak mulut. Dah dua hari dia demam. Tak nak makan.. Minum susu aje. Tu pun susah nak hisap botol sebab sakit mulut. Malam tadi die mengadu sakit mulut. Abg dan kakak ipar aku cek di sekitar mulut dan dalam mulut dia ade bintik-bintik. Terus bawa ke Pusrawi Kajang. Doc sahkan dia terkena HFMD. Ya Allah... masa abg aku call mak bgtahu malam tadi, mak aku dah sedih. Cucu kesayangan dia sakit. Mak ambil Dettol dan pencuci lantai terus mop lantai. Sambil mop sambil sedih.. Huuu...  So dia kene kuarantin di rumah. Sekolah dah diberitahu so harap dorang dapat buat cleaning satu sekolah sebelum bdk lain terkena. Tak sure my niece kene kat skolah atau di rumah..tp pembersihan dan pencucian perlu dilakukan di kedua-dua tempat (rumah & sekolah).  *Kakak cepat sembuh ye..nanti boley maen dengan Putri lagi..* Kopipes : Wikipedi...

Ujian 2016

Update : 3 TAHUN BARU AKU POST. (SIMPAN DALAM DRAFT) Ujian buat kami sekeluarga. Baby Muhammad baru 26 hari, kene tahan wad sebab penurunan berat badan. Tambahan badan dia tiba-tiba panas 38'C. Asalnya ada check up untuk scan spine dia. Tapi ke lain jadinya. Sedih mak.. Dah la dalam pantang, kene masuk wad dok spital balik. Menjaga baby Muhammad, kene naikkan berat badan dia balik dan kes dia ada alahan susu lembu, muka dan badan dia naik ruam. Habis satu muka merah. Lapan hari Muhammad di tahan di Wad NICU Hospital Kajang. Selama itulah papa Zuwan datang jaga kami. Pagi petang datang bawa keperluan dan tolong jagakan baby Muhammad waktu melawat. Pelawat selain ibu/bapa tidak dibenarkan masuk. Sebab banyak baby yang tidak sihat, jadi untuk elakkan sebarang jangkitan kuman, pelawat biasa tidak dibenarkan melawat. 8 hari itulah macam-macam yang aku rasa. Sedih, rindu dan segalanya kat anak (kakak Putri & papa Zuwan) Hilang pantang aku bila kene ke hulu ke hilir jaga baby ...