Skip to main content

Biha | Aidil | 14.05.2011

Dari hari Jummat malam kami berkampung. Membuat persiapan terakhir untuk majlis pernikahan adik sepupu aku di Bandar Baru Bangi. Dah berkampung kat rumah mak lang aku ape lg.. Gosip sane sini laa mcm bertih jagung pun mulut masing-masing.. Hahaha!!

Bilik settle.. pelamin mini settle.. hantaran settle.. ok, sume pun settle.. Tunggu majlis besoknya. Mlm td0 lewat, bsk bgn pg mata masing-masing mcm bola golf.. hihihi...
Last touch up...
Kalau dh bergosip riuh...

me & en suami..
Sweet kan..kan..
Cousins..
The gro0m & the bride..

Selesai majlis pukul 12.00 lebih. Majlis berjalan dengan lancar. Kini nabiha sah bergelar isteri kepada aidil.. Kak Ly & Zuwan doakan semoga korang berbahagia hingan ke akhir hayat... amin~

Lepas makan-makan maklang buat short briefing utk petugas-petugas bidan terjun untuk majlis resepsi pada Ahad di Grand Ballroom Hotel Equatoial Bangi. Macam biasa, aku dan akak sepupu kene jadi orang paling depan.. ape lg.. jadi penyambut tetamu pluss bg go0die bag utk tetamu.. Job paling sinonim dengan kami.

Dari pukul 10.00 pg hingga 3.30 ptg kami berkampung di Equatorial Bangi. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan sempurna. Kami sekeluarga dapat berkumpul dalam majlis-majlis perkahwinan seperti kebiasaannya.. 

*En suami teruja sg jadi usher bhgn main lobby.. Hehehe...tq sayang sbb sudi membantu..*

Comments

Popular posts from this blog

ABAH | Part 1

Tak pernah aku bayang atau mimpi akan secepat ini kami akan berpisah. Semua yang berlaku sekelip mata. Hingga kini, aku masih terasa rasa abah masih di sisi.. Masih terngiang-ngiang suara dia. Terbau-bau haruman dia. Kau bayangkan, tadi elok kau bercakap dengan dia. Sihat orang tua.. Lenguh-lenguh sendi. Keletihan. Tiba-tiba kau hanya merenung jasad yang kaku. Allah.. Allah..Allah.. aku tak percaya. Tak mungkin... Tapi air mata ni mengalir bagai tak mahu berhenti. Hati ni remuk.  Petang 14hb Mac 2021, aku balik dari Sentul, nak hantar buah Sukun, kiriman mama Som. Abah mesti suka. Aku cakap dengan papa Zuwan, pa singgah rumah mak terus. Elok sampai, azan Maghrib. Terus siap-siap solat jemaah dengan abah dan papa Zuwan. Macam biasa, Abah imamkan.  Mak dah siap solat. Jaga budak-budak ni kejap. Selesai Maghrib aku siap nak balik. Esok budak-budak sekolah. Abah lama berteleku di sejadah. tak memandang ke belakang.  Aku kemas-kemas barang, abah panggil. Katanya dia semput. Ma...

HFMD

bibir membengkak bintik-bintik dalam lidah dan sekitar mulut bintik ti tapak tangan She's only 5. Periang, suke menyanyi, menari dan banyak mulut. Dah dua hari dia demam. Tak nak makan.. Minum susu aje. Tu pun susah nak hisap botol sebab sakit mulut. Malam tadi die mengadu sakit mulut. Abg dan kakak ipar aku cek di sekitar mulut dan dalam mulut dia ade bintik-bintik. Terus bawa ke Pusrawi Kajang. Doc sahkan dia terkena HFMD. Ya Allah... masa abg aku call mak bgtahu malam tadi, mak aku dah sedih. Cucu kesayangan dia sakit. Mak ambil Dettol dan pencuci lantai terus mop lantai. Sambil mop sambil sedih.. Huuu...  So dia kene kuarantin di rumah. Sekolah dah diberitahu so harap dorang dapat buat cleaning satu sekolah sebelum bdk lain terkena. Tak sure my niece kene kat skolah atau di rumah..tp pembersihan dan pencucian perlu dilakukan di kedua-dua tempat (rumah & sekolah).  *Kakak cepat sembuh ye..nanti boley maen dengan Putri lagi..* Kopipes : Wikipedi...

Ujian 2016

Update : 3 TAHUN BARU AKU POST. (SIMPAN DALAM DRAFT) Ujian buat kami sekeluarga. Baby Muhammad baru 26 hari, kene tahan wad sebab penurunan berat badan. Tambahan badan dia tiba-tiba panas 38'C. Asalnya ada check up untuk scan spine dia. Tapi ke lain jadinya. Sedih mak.. Dah la dalam pantang, kene masuk wad dok spital balik. Menjaga baby Muhammad, kene naikkan berat badan dia balik dan kes dia ada alahan susu lembu, muka dan badan dia naik ruam. Habis satu muka merah. Lapan hari Muhammad di tahan di Wad NICU Hospital Kajang. Selama itulah papa Zuwan datang jaga kami. Pagi petang datang bawa keperluan dan tolong jagakan baby Muhammad waktu melawat. Pelawat selain ibu/bapa tidak dibenarkan masuk. Sebab banyak baby yang tidak sihat, jadi untuk elakkan sebarang jangkitan kuman, pelawat biasa tidak dibenarkan melawat. 8 hari itulah macam-macam yang aku rasa. Sedih, rindu dan segalanya kat anak (kakak Putri & papa Zuwan) Hilang pantang aku bila kene ke hulu ke hilir jaga baby ...