Skip to main content

Pertambahan Berat Badan


Pagi ni ade antenatal check up. Macam biase en suami sentiasa di sisi temankan aku. Cuma kali ini nombor aku lambat dipanggil. Hampir pukul 9.00 lbh baru sampai giliran aku. Masa ambil bacaan berat badan di penimbang, nurse tak percaya. Aku disuruh ambil bacaan untuk kali ke-2. Nurse maklumkan berat aku naik mendadak. Aku terdiam. Lepas bacaan berat & tekanan darah direkod, aku ke bahagian ambil darah. Kemudian terus ke lab untuk ambil ujian air kencing dan terus menunggu giliran berjumpa nurse.

Sewaktu pemeriksaan, nurse maklumkan aku kurang darah dan bacaan berat aku naik mendadak. Tak baik untuk aku dan kandungan. Aku terdiam lagi. Nurse nasihatkan supaya aku berdiet dan kurangkan ambil nasi/rori/mee. Mulai minggu ini aku terpaksa diperiksa dua kali seminggu untuk bacaan tekanan darah. Takut aku bakal menghidap darah tinggi / diabetes. Aku dah susah hati. Bab diet ni yang agak sukar bagi aku. Kene kontrol makan. Haih... tapi tak apelah.

Demi baby dalam kandungan, aku harus lakukannya... 

Memandangkan usia kandungan aku sudah lima bulan lebih, pemeriksaan detak jantung baby dilakukan oleh nurse. Aku terpaku dan terkedu apabila mendengar bunyi detak jantung baby. Sangat terharu. Nurse hanya tersenyum memandang aku yang teruja tatkala mendengarnya.


Selepas pemeriksaan daripada nurse aku terus mendapatkan pemeriksaan daripada doc pula. Doc juga memberikan nasihat yang sama supaya aku menjaga pemakanan dan berdiet dari makanan yang mengandungi karbohidrat. 

Selepas itu aku disuruh mendapatkan suntikan untuk kancing gigi dan pemeriksaan gigi. Ok, suntikan tu memang sakit!! Sampai ke petang tangan aku cramp dan berdenyut-denyut. Pemeriksaan gigi aku terpaksa pilih hari lain kerana hari ini klinik gigi penuh!!

*aku lapar nasi...*


Comments

Popular posts from this blog

ABAH | Part 1

Tak pernah aku bayang atau mimpi akan secepat ini kami akan berpisah. Semua yang berlaku sekelip mata. Hingga kini, aku masih terasa rasa abah masih di sisi.. Masih terngiang-ngiang suara dia. Terbau-bau haruman dia. Kau bayangkan, tadi elok kau bercakap dengan dia. Sihat orang tua.. Lenguh-lenguh sendi. Keletihan. Tiba-tiba kau hanya merenung jasad yang kaku. Allah.. Allah..Allah.. aku tak percaya. Tak mungkin... Tapi air mata ni mengalir bagai tak mahu berhenti. Hati ni remuk.  Petang 14hb Mac 2021, aku balik dari Sentul, nak hantar buah Sukun, kiriman mama Som. Abah mesti suka. Aku cakap dengan papa Zuwan, pa singgah rumah mak terus. Elok sampai, azan Maghrib. Terus siap-siap solat jemaah dengan abah dan papa Zuwan. Macam biasa, Abah imamkan.  Mak dah siap solat. Jaga budak-budak ni kejap. Selesai Maghrib aku siap nak balik. Esok budak-budak sekolah. Abah lama berteleku di sejadah. tak memandang ke belakang.  Aku kemas-kemas barang, abah panggil. Katanya dia semput. Ma...

HFMD

bibir membengkak bintik-bintik dalam lidah dan sekitar mulut bintik ti tapak tangan She's only 5. Periang, suke menyanyi, menari dan banyak mulut. Dah dua hari dia demam. Tak nak makan.. Minum susu aje. Tu pun susah nak hisap botol sebab sakit mulut. Malam tadi die mengadu sakit mulut. Abg dan kakak ipar aku cek di sekitar mulut dan dalam mulut dia ade bintik-bintik. Terus bawa ke Pusrawi Kajang. Doc sahkan dia terkena HFMD. Ya Allah... masa abg aku call mak bgtahu malam tadi, mak aku dah sedih. Cucu kesayangan dia sakit. Mak ambil Dettol dan pencuci lantai terus mop lantai. Sambil mop sambil sedih.. Huuu...  So dia kene kuarantin di rumah. Sekolah dah diberitahu so harap dorang dapat buat cleaning satu sekolah sebelum bdk lain terkena. Tak sure my niece kene kat skolah atau di rumah..tp pembersihan dan pencucian perlu dilakukan di kedua-dua tempat (rumah & sekolah).  *Kakak cepat sembuh ye..nanti boley maen dengan Putri lagi..* Kopipes : Wikipedi...

Ujian 2016

Update : 3 TAHUN BARU AKU POST. (SIMPAN DALAM DRAFT) Ujian buat kami sekeluarga. Baby Muhammad baru 26 hari, kene tahan wad sebab penurunan berat badan. Tambahan badan dia tiba-tiba panas 38'C. Asalnya ada check up untuk scan spine dia. Tapi ke lain jadinya. Sedih mak.. Dah la dalam pantang, kene masuk wad dok spital balik. Menjaga baby Muhammad, kene naikkan berat badan dia balik dan kes dia ada alahan susu lembu, muka dan badan dia naik ruam. Habis satu muka merah. Lapan hari Muhammad di tahan di Wad NICU Hospital Kajang. Selama itulah papa Zuwan datang jaga kami. Pagi petang datang bawa keperluan dan tolong jagakan baby Muhammad waktu melawat. Pelawat selain ibu/bapa tidak dibenarkan masuk. Sebab banyak baby yang tidak sihat, jadi untuk elakkan sebarang jangkitan kuman, pelawat biasa tidak dibenarkan melawat. 8 hari itulah macam-macam yang aku rasa. Sedih, rindu dan segalanya kat anak (kakak Putri & papa Zuwan) Hilang pantang aku bila kene ke hulu ke hilir jaga baby ...