Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Mengandung

Dalam UjianNya

Jam 12 tengahari, tengah berbaring dengan penuh kemalasan, peluh terbit di dahi dan sedikit demi sedikit seluruh tubuh bermandi peluh. Perut memulas-mulas. Makin lama semakin tak best aku rasa. Aku terus bangunkan en suami yang sedang tido (kerja shift ptg). Ahh sudah!! Nak beranak ke ni?? En suami suruh aku bersiap-siap. Lompat masuk kereta, en suami terus memecut kereta ke Hospital Bersalin HKL. Buat pendaftaran bagai. Cek urine dan tunggu giliran untuk diperiksa oleh doc. Dengan perut yang asyik disentak-sentak aku sabar menuggu. Akhirnya nama ku dipanggil. Doc merekod beberapa maklumat dan merujuk daripada buku merah (pink). - Kene bebel dengan doc HKL sebab maklumat dalam buku merah tak berapa lengkap. Kemudian doc membuat pemeriksaan fizikal dan bab yang paling menakutkan waktu doc memeriksa dan menyeluk di bahagian bawah. Waaa!! Sakit hingga mengalirkan air mata ok... dan aku kene marah sebab angkat punggung waktu dia sedang periksa. Aku terkejut sebenarny...

Akar Kayu Siti Fatimah

Semalam sewaktu ikut mak ke rumah kawan dia, melawat anaknya yg lepas bersalin minggu lepas, semua kawan-kawan mak teruja tgk perut aku yang memboyot. Muncung ke depan. Semua excited meneka baby boy. Tapi bila aku bagitahu doc kate girl, terus makcik-makcik tu terdiam. Hahaha... tgk la nanti baby boy atau girl yang keluar ye makcik-makcik.. Dalam pada dok borak-borak tu semua pakat suruh mak rendam air akar kayu Siti Fatimah. (Akar kayu tu aku pnh nmpk kat dlm gobok, tapi tak tahu apa kegunaannya..) Dorang semua bagitahu aku dah boleh minum air tu. Nanti kasi senang bersalin. Ala-ala air selusuh katanya. Aku yang tak tahu apa-apa sekadar mengangguk-angguk kepala saja. Hehehe... Balik dari melawat, mak terus amik akar kayu Siti Fatimah tu dan rendam dalam tumbler. Setengah jam akar kayu Siti Fatimah tu bertukar warna kulitnya. Jadi sedikit gelap. Lepas tu mak bagi aku minum. Aku minum seteguk dua lepas tu terus masuk tido. Malam tu aku sakit perut. Rasa senak macam kene gastrik. Lep...

Persiapan Menyambut Orang Baru

Haritu en suami ade pesan. "Yang nanti listkan barang-barang nak beli tau".  Aku pandang en suami. "Barang apa?" aku tanya balik sambil kerutkan dahi.  "Barang baby laa sayang..." balas en suami sambil usik-usik perut aku. Hehehe.. Dengan teruja aku cari buku log kosong dan terus senaraikan barang-barang keperluan yang kami akan cari nanti. Eksaited lebih ni.... EDIT: Semua persiapan dah settle..tinggal tunggu masa untuk aku bersalin saja.. Kalau tak minggu ni, minggu depan.. Huhuhu... Barang-barang baby:  1.  Towel- 3 helai (Done) 2.  Selimut - 2 helai (Done) 3.  Diapers (New born) - 1 pack (Done) 4.  Napkin - 1 pack (Done) 5.  Baju lengan panjang / seluar - 3 helai (Done) 6.  Baju lengan pendek  / seluar - 3 helai (Done) 7.  Sarung tgn / kaki - 3 set (Done) 8.  Baby bath/syampoo/bedak/losyen - 1 set (Kcl/Bsr) (Done) 9.  Minyak telon/yuu yii (Done) 10.Botol susu/puting - 1 set (Kcl/Bsr) (Done) 11.Bakul baju - 1 set ...

Antenatal Check Up

Semalam seawal 7.15 pagi aku sudah beratur di depan Klinik Kesihatan Kajang. Semata nak dapatkan no yang terawal. Tak sanggup nak tunggu lama macam 2 minggu yang lepas. Alhamdulillah, akhirnya aku dapat no. yang baik. hehehe.. No mula dipanggil di kaunter 4 pada pukul 8.30 pagi dan pukul 9.00 pagi no. aku naik. Huhuhu... macam biasa ambil berat (berat naik 55.75kg) dan tekanan darah. Kemudian ke makmal buat ujian air kencing dan ambil darah untuk bacaan hb.  Syukur semuanya baik-baik saja. Waktu berjumpa dengan nurse, dia pesan supaya kekalkan bacaan darah (11.00) sebab kalau 10.99 akan jadi pen merah. Agak tak baik untuk aku bersalin nanti. Nurse pesan banyak kali kalau keluar darah atau pecah air ketuban terus ke hospital dengan segera. Selesai semua aku ambil ubat di kaunter farmasi dan terus balik.  Tiba di rumah aku terus makan nasi dan berbaring. Dalam pukul 12.00 tghari perut aku mula rasa tak selesa. Kejap-kejap dia senak. kejap-kejap dia sakit. Tapi tak kerap. Doc ...

Tahniah!!

Entri untuk sahabat dan kawan baik aku. Betapa aku gembira bila dia Inbox aku kat fb tanya petua-petua waktu awal preggy. Homaigod!! She's pregnant~ Congratulations Puan Iman. Owner blog memoriesintuition  !! Serius aku happy sangat-sangat.  Jadi mulalah aku membebel; memenuhkan Inbox die dgn nasihat dan petua-petua hasil pengalaman aku 8 bulan yg lepas untuk dia.. Hahaha.. sure ko pening kan.. Aku membebel apa yang boleh dan tak boleh untuk ibu-ibu hamil. Utk kebaikan kau jugak kan..Hee... Kau kene ikut. Lain orang lain badan..lain jugak penerimaannya.. So better jaga baik-baik.. Kata org..nak anak bukan laa semudah ABC.. tiba-tiba kau nak anak, sekelip mata terus blink!! Tada!! Dah ade baby...  So Puan Nurul Iman.. jagalah makan minum.. aktiviti seharian dan jgn terlalu nak aktif sgt.. Especially for early 2-3 months ni.. Sbb kandungan masih lemah. Maybe kite rasa kita kuat..tapi kat dlm siapa tahu kan... Ok, once again.. Congrats for both of u, Iman dan Irwan.. Na...

Semput

Malam tadi pukul 1 pagi, aku terjaga.. Pusing kanan.. Pusing kiri.. Aiihss!!.. Tak boleh jadi, aku bangun tukar posisi tidur. Pun tak jalan.. nafas dah tercungap-cungap. Aku nyorokkan muke kat belakang en suami yang tengah lena. Tetap sama. Aku terus menangis teresak-esak.. En suami bgn pujuk lepas tu sapukan vicks kat dada dan bhgn belakang. Baru aku boleh lelap dalam sedu-sedu.. Bangun pagi tadi perut sengal-sengal. Kaki dan tangan semakin sembab.. Tapi gagahkan juga untuk bangun bersiap untuk ke ofis. Dugaan untuk aku... *Semoga aku diberi kekuatan untuk menempuh segala ujian dari Nya*

Semoga Sihat Selalu

Hari Sabtu lepas sewaktu balik ke Sentul aku dah mula sakit perut.  (aku memandu sendiri, en suami naik moto-nk repair moto)  Perut mengeras dengan sekeras-kerasnya. Dlm hati macam-macam doa aku baca. Aku pujuk baby dalam perut. Tak kan dah sampai masa kot. Sampai saja Sentul, en suami park moto terus bawak aku ke Klinik KITA di Jalan Pasar. (Klinik yang sahkan aku hamil).  Sampai-sampai daftar nama terus nama dipanggil. Nasib belum ada orang lagi. Doc minta buku merah.Mujur aku memang letak dalam kereta, jadi senang untuk doc tu rujuk apa-apa rekod dari Klinik Kesihatan. Aku bagitahu bawah perut aku ni terlalu sakit dan aku sering pitam-pitam. Ikut rekod tekanan darah aku stabil. Mungkin aku terlalu letih dan keadaan ini adalah biasa. Doc mula scan perut aku dan doc tunjukkan jantung baby berdetak dengan baik dan baby dalam keadaan yang sihat. Kemudian satu persatu doc tu terangkan. Tentang kepala, tgn, kaki, perut dan segalanya. Semuanya dalam keadaan baik. Semuanya ...

Semakin hampir

Semalam, surau taman aku ada buat ceramah sempena sambutan Maulidur Rasul. Jadi abah minta tumpang untuk buat kenduri doa selamat untuk aku bakal bersalin nanti. Ramai juga yang hadir. Aku tak dapat nak datang sebab keadaan yang tak berapa nak mengizinkan. Kaki bengkak dan belakang aku dah mula sakit-sakit. Mak suruh duduk di rumah saja. En suami kerja malam. Jadi tinggallah aku seorang di rumah. Serious tak best.  Sedari semalam perut mula buat hal. Kejap sakit. Kejap rasa letih. Perut pun ada rasa letih ye.. aku sekadar urut mana tangan tercapai. Duduk salah.. Berdiri serba tak kena. Akhirnya aku berbaring saja. Itu pun tak berapa nak selesa. Pusing ke kanan..ke kiri.. bangun balik.  Aku terus amik beg baby dan beg aku dan kemas-kemas barang untuk di bawa ke hospital nanti. Mana tahu kot-kot dah nak bersalin nanti senang. Masuk kereta terus pergi ke hospital. Beg dah siap tersedia. Dan semakin hari aku rasakan semakin berdebar. Semakin hampir waktunya buatkan aku gementa...

Mine..

Sent from my Android.

Kontraksi Braxton Hicks (BH)

Ok, ni 1st time dengar dan baru dpt info dari kakak sepupu aku.  (Kes ngadu perut keras kat fb td, die bg link suh bace pasal Kontraksi Braxton Hicks -BH) Apabila kehamilan anda semakin sampai kepenghujungnya, anda akan mula perasan ketegangan pada perut anda. Ia dipanggil kontraksi Braxtons Hick dan salah satu simptom kehamilan yang kerap terjadi kepada wanita hamil. Ia selalunya terjadi 2-3 kali setiap jam dan dalam 1-2 min setiap kali. Braxton Hicks dinamakan sempena pakar perubatan yang mula menjumpainya pada tahun 1972. Ia terjadi seawal 6 minggu kehamilan akan tetapi ramai wanita tidak menyedari kewujudan kontraksi ini kerana ia sangat ringan dan singkat. Apabila kandungan anda semakin berusia, kontraksi ini akan menjadi semakin kerap dan kuat dan kadang-kadang ia menyakitkan. Ia sebenarnya menyediakan ibu hamil kearah kelahiran dengan menolong melembutkan serviks dan menyenangkan ia untuk terbuka semasa proses bersalin. Bagaimana rasanya kontraksi braxton h...

31 minggu

Ok..dah lame tak update perkembangan perut boyot aku ni. Hehehehe.. Khas untuk tatapan en suami yang rajin bukak blog isteri dia yang cumel.. Wahahaha... Alhamdulillah..kandungan aku sudah berusia 31 minggu.. lagi 8 minggu 3 hari saja lagi untuk aku bertarung di medan wad bersalin. Perasaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Teruja, gembira,sayu,sebak,takut semua ada dalam hati dan jiwa aku. Betapa aku terasa ingin benar memeluk dan mendakap bayi di dalam rahim aku ni. (hari-hari die dok bergusti sorang-sorang dlm perut mama dia.. hehehe..) En suami pulak hari-hari usap perut cakap papa tak sabar nk jumpa baby..dan baby akan gerak-gerak tanda bagi respon dekat papa dia...ohh..ini semua buat aku tersentuh... (taching..taching..) pic fr babycenter *minggu depan nak berholiday di PD.. yah0oo..*

Temujanji Hari Khamis

Jam 2.00 petang aku ade appointment dgn doc di Klinik Kesihatan. Doc nak scan perut, nak tahu kedudukan baby dlm perut ni. Hope semuanya OK..  Tiba-tiba rasa gemuruh.. macam x best aje hari ni.. *adik dok baik-baik ye dalam perut mama..*

Dalam Fikiran..

Minggu pertama untuk tahun baru 2012. Mood bekerja memang ada, tapi tak seberapa nak ada sebab badan tak berapa nak sihat sangat. Sudah berapa malam tak dapat nak tido lena. Penangan baby dok menyiku dan menendang.. Sabar sajalah.. anak mama punya pasal.. Dalam fikiran aku sekarang ni cuma ada ..... Persiapan untuk menyambut kelahiran orang baru dalam hidup aku dan en suami sudah kami sediakan. En suami betul-betul teruja dan tak sabar untuk bertemu dengan buah hati dia dalam perut aku ni.. Sekarang aku dah mula nak siapkan diri dari segi persiapan mental dan fizikal dalam menghitung hari untuk melahirkan baby dalam perut ni. Jadi aku ada buat semakan rambang tentang pengalaman bersalin ibu-ibu hamil di google. Rata-rata ada pengalaman yang bagus dan ada juga pengalaman tak berapa nak bagus laa kan. Ikut bahagian masing-masing. Ada bernasib baik.. ada yang kurang bernasib baik.. Seram sejuk rasanya... (pesan mak, mak mentua dan makngah (makcik en suami) banyakkan istighfar..bany...

Kiraan Pergerakan bayi

Hari ni nurse suruh start wat kiraan pergerakan baby. Mula pukul 9.00 pagi.. blm pukul 12.00 tghari dah siap 10 kali gerak.. bagus anak mama ni...  Bermula dari pukul 9.00 pagi, kira pergerakan bayi anda sehingga 10 kali pergerakan. Sekiranya anda tidak merasa 10 kali pergerakan hingga 8.00 malam (dalam masa 12 jam) sila pergi ke hospital DENGAN SEGERA. "dok baik-baik dlm perut mama taw.. Nanti mama makan dan minum yang sihat-sihat untuk baby ye.. Tak mau lasak-lasak sangat.. sian mama.. Sayang anak mama..mmuuaahh!!" *hari-hari dok borak-borak dengan baby..seronok..*

Check up lagi

Macam biasa pagi-pagi dah terpacak depan pintu masuk klinik kesihatan. Lepas dapat no giliran duduk-duduk kejap. Lepas tu no dipanggil amik tekanan darah dan berat badan. Lepas tu amik ujian air kencing. Tunggu pemeriksaan daripada nurse. Semua macam biasa. Tapi kali ni, waktu pemeriksaan oleh nurse kene ceramah baik punya. Apa lagi. Pasal kenaikan berat badan laa.. Hadoii... Dok main kira-kira dengan nurse tadi.. Nurse bising.. dalam masa  3 bulan berat aku naik 10kg.. Huaaa... nurse sangat terkejut dan terus memberikan aku satu kuliah free. Terbaik... Lepas dpt nasihat berbakul-bakul, aku tunggu giliran untuk pemeriksaan daripada doktor pulak. Doktor tak banyak cakap, dapat nasihat sikit, lepas tu ye kan aje apa yang nurse catatkan. Lepas tu g amik suntikan kancing gigi yang ke-2. Sakitnya ya Allah.. nurse ajak borak-borak lepas tu chupp!! Adoii..mak!! Aku menjerit... Sakit.... Naik ke Klinik gigi di  tingkat atas. Tapi dorang tak terima sebab appointment dah penuh. Kene ...

my first milkadeal

Demi terpandang saja buku All About My 1st Year tu aku dah teruja!! Aku cari kat google mana nak dapatkan buku tu, tapi hampa tak jumpa. last-last terpandang adv kat milkadeal   tanpa berlengah terus aku terjebak beli voucher tu. sape nak bagi babe buku macam tu dengan harga yang best.. Highlights Book size: 12" x 10" Printed on high quality papers Contents are more relevant to Malaysian / Asian cultures Plenty of space for your favorite photos and details Includes a page for you to dedicate the book to a designated recipient, making it an ideal baby shower / newborn gift Contents include "When I was in the tummy", "How I got my name", "My family tree", "My 1st festive celebration", and many more Conditions Redemption Period: 28 December 2011 - 31 January 2012 Unlimited Purchase & Redemption per person Nationwide Delivery Available Delivery charges for Peninsular Malaysia: RM8; Sabah & Sarawak: RM12 Bank account det...

Bertukar saiz

Semalam belek-belek baju dalam almari. Nak cari baju yang sesuai untuk kenduri kahwin abg-abg sepupu aku. Awal bulan satu tahun 2012, empat-empat minggu full book ye. Aku tersangatlah busy. Jadi inilah masa nak melaram kan. Konon-konon nak pakai saja baju yang ada. Masih nampak baru, cantik dan vouge gitu. Tapi bila aku sarungkan ke badan...erkkk... apesal tak muat pulak ni.. Puas aku tarik-tarik kain baju tu. Tapi sangkut tang perut. En suami yang dok perhati dari tadi dah pecah perut. Bantai gelakkan aku. Dah macam sarung balut nangka dia kata. Ohh...aku terlupa yang aku sedang berbadan dua..sedang mengembang dengan jayanya..bagai dipam-pam badan ni. Ohh tidak!!!! Baju kesukaan aku... Tak boleh jadi ni, kene jugak cari baju nk melaram masa kenduri nanti. Ingat nak cari je satin dress..nampak elegen sikit.. Heheheh... *minggu ni harap dapat shopping barang-barang keperluan*

Check Up lagi

Pagi Selasa ade check up. Macam biasa amik berat badan - kembali normal. Tekanan darah - normal. Ujian darah dan ujian air kencing - normal. Alhamdulillah..semuanya kembali normal. Nasihat daripada nurse, aku perlu kekalkan keadaan normal ni sehingga 9 bulan akan datang. Huii..tak apa nurse..saya akan cuba sedaya upaya saya demi baby tercinta.. Wahh!!  *Tak sabar nak pergi scan perut.. Nak scan biase atau try 4D scan?? Hurmm.. *

Rabu yang Sebu

24 minggu hamil buat perut aku terasa sebu. Ketat dan semakin memboyot. Nak duduk susah.. nak bgn susah.. bukan merungut.. Just nak share ngan mummy-mummy to be kat luar sana yang kot-kot tersesat masuk blog sawang aku ni kan.. Kalau 3-4 bulan aku dah rasa kejang-kejang kaki waktu malam. Sekarang tak kira masa. Bila-bila die nak kejang, selambe aje kaki aku mengejang tanpa segan silu. Adoii...sakit taw tak...  Tu baru kes kekejangan. Masuk kes nak tido malam lagi haru. Meniarap dh tentu tak boleh. Menelentang pulak boleh sesak nafas jadinya. Sekarang ni, mengiring ke kanan tak boleh..ke kiri pun tak boleh. Aku tengah fikir posture tubuh yang sesuai untuk aku. Lain orang lain peelnye ye.. Dah macam-macam cara aku buat. Letak bantak bawah pinggang..bawah punggung..naikkan kaki atas bantal.. tinggikan bantal kat kepala..tapi semuanya hampa.. akhirnya aku tertidur dalam keletihan.   Bangun pagi je mesti susah nak gerakkan badan. Terpaksa en suami tarikkan tangan aku untuk b...

Jumaat yang gembira

Kenapa setiap kali hari Jumaat saja semua orang berasa sangat gembira. Tahap kegembiraan yang melampau. Sebab besoknya hari Sabtu. Hari cuti. Hehehe.. Hari ni seawal 7.30pg aku dah terpacak dekat Klinik Kesihatan Jln Semenyih tu. Ambil nombor giliran dan 15 minit tunggu, nombor dipanggil terus cek BP-blood pressure. Alhamdulillah. BP maintain. Lepas tu cek air kencing, pun ok juga. Tak ada keton dlm air kencing. Huhuhu... So next check up 29/11/2011 (Selasa) minggu depan. Harap masa jumpe doc nanti dan die tgk report selama 2 minggu ni aku dh free. Tak yah kene pantau lg. Risau jugak sebenarnya kalau duduk dlm zon pemantauan. Macam-macam yang aku fikir.. Ya Allah..semoga dipermudahkan segala urusan ku. Weekend aktiviti aku penuh. Malam Sabtu pergi airport. Nak ambil maklong & paklong pulang dari mengerjakan Haji. Mak dah excited nak jumpe kakak dia. Sebab masa maklong berangkat ke tanah suci 44 hari yang lepas kami tak berkesempatan berjumpa dengan maklong & paklong. Sebab p...