Skip to main content

Antenatal Check Up


Semalam seawal 7.15 pagi aku sudah beratur di depan Klinik Kesihatan Kajang. Semata nak dapatkan no yang terawal. Tak sanggup nak tunggu lama macam 2 minggu yang lepas. Alhamdulillah, akhirnya aku dapat no. yang baik. hehehe.. No mula dipanggil di kaunter 4 pada pukul 8.30 pagi dan pukul 9.00 pagi no. aku naik. Huhuhu... macam biasa ambil berat (berat naik 55.75kg) dan tekanan darah. Kemudian ke makmal buat ujian air kencing dan ambil darah untuk bacaan hb. 

Syukur semuanya baik-baik saja. Waktu berjumpa dengan nurse, dia pesan supaya kekalkan bacaan darah (11.00) sebab kalau 10.99 akan jadi pen merah. Agak tak baik untuk aku bersalin nanti. Nurse pesan banyak kali kalau keluar darah atau pecah air ketuban terus ke hospital dengan segera. Selesai semua aku ambil ubat di kaunter farmasi dan terus balik. 

Tiba di rumah aku terus makan nasi dan berbaring. Dalam pukul 12.00 tghari perut aku mula rasa tak selesa. Kejap-kejap dia senak. kejap-kejap dia sakit. Tapi tak kerap. Doc ada bagitahu waktu minggu-minggu terakhir ni aku akan mengalami kontraksi Braxton Hicks.. 

Aku cuba bertenang dan menarik nafas sedalam-dalamnya dan lepaskan dengan rileks. Berpeluh juga waktu menahan sakit tu. Aku terus msg bos bgtahu tak dapat masuk ptg nanti sebab dah mula rasa kontraksi. Aku cuba lelapkan mata dan akhirnya aku terlena. 

Jam 5.00 ptg aku bgn dengan kaki, tgn dan muka yang sembab. Huhuhu... Nurse bgtahu yang keadaan ini adalah biasa bagi ibu-ibu mengandung yang akan bersalin tak lama lagi. Aku masih boleh berjalan tapi dengan langkah yang terhad. Masih berpaut pada dinding atau peralatan sekeliling. Terasa titik fokus pada mata dan perbuatan aku semakin lemah...

*en suami sentiasa disisi memberi kata-kata semangat..terima kasih sayang..*



Comments

Popular posts from this blog

ABAH | Part 1

Tak pernah aku bayang atau mimpi akan secepat ini kami akan berpisah. Semua yang berlaku sekelip mata. Hingga kini, aku masih terasa rasa abah masih di sisi.. Masih terngiang-ngiang suara dia. Terbau-bau haruman dia. Kau bayangkan, tadi elok kau bercakap dengan dia. Sihat orang tua.. Lenguh-lenguh sendi. Keletihan. Tiba-tiba kau hanya merenung jasad yang kaku. Allah.. Allah..Allah.. aku tak percaya. Tak mungkin... Tapi air mata ni mengalir bagai tak mahu berhenti. Hati ni remuk.  Petang 14hb Mac 2021, aku balik dari Sentul, nak hantar buah Sukun, kiriman mama Som. Abah mesti suka. Aku cakap dengan papa Zuwan, pa singgah rumah mak terus. Elok sampai, azan Maghrib. Terus siap-siap solat jemaah dengan abah dan papa Zuwan. Macam biasa, Abah imamkan.  Mak dah siap solat. Jaga budak-budak ni kejap. Selesai Maghrib aku siap nak balik. Esok budak-budak sekolah. Abah lama berteleku di sejadah. tak memandang ke belakang.  Aku kemas-kemas barang, abah panggil. Katanya dia semput. Ma...

HFMD

bibir membengkak bintik-bintik dalam lidah dan sekitar mulut bintik ti tapak tangan She's only 5. Periang, suke menyanyi, menari dan banyak mulut. Dah dua hari dia demam. Tak nak makan.. Minum susu aje. Tu pun susah nak hisap botol sebab sakit mulut. Malam tadi die mengadu sakit mulut. Abg dan kakak ipar aku cek di sekitar mulut dan dalam mulut dia ade bintik-bintik. Terus bawa ke Pusrawi Kajang. Doc sahkan dia terkena HFMD. Ya Allah... masa abg aku call mak bgtahu malam tadi, mak aku dah sedih. Cucu kesayangan dia sakit. Mak ambil Dettol dan pencuci lantai terus mop lantai. Sambil mop sambil sedih.. Huuu...  So dia kene kuarantin di rumah. Sekolah dah diberitahu so harap dorang dapat buat cleaning satu sekolah sebelum bdk lain terkena. Tak sure my niece kene kat skolah atau di rumah..tp pembersihan dan pencucian perlu dilakukan di kedua-dua tempat (rumah & sekolah).  *Kakak cepat sembuh ye..nanti boley maen dengan Putri lagi..* Kopipes : Wikipedi...

Ujian 2016

Update : 3 TAHUN BARU AKU POST. (SIMPAN DALAM DRAFT) Ujian buat kami sekeluarga. Baby Muhammad baru 26 hari, kene tahan wad sebab penurunan berat badan. Tambahan badan dia tiba-tiba panas 38'C. Asalnya ada check up untuk scan spine dia. Tapi ke lain jadinya. Sedih mak.. Dah la dalam pantang, kene masuk wad dok spital balik. Menjaga baby Muhammad, kene naikkan berat badan dia balik dan kes dia ada alahan susu lembu, muka dan badan dia naik ruam. Habis satu muka merah. Lapan hari Muhammad di tahan di Wad NICU Hospital Kajang. Selama itulah papa Zuwan datang jaga kami. Pagi petang datang bawa keperluan dan tolong jagakan baby Muhammad waktu melawat. Pelawat selain ibu/bapa tidak dibenarkan masuk. Sebab banyak baby yang tidak sihat, jadi untuk elakkan sebarang jangkitan kuman, pelawat biasa tidak dibenarkan melawat. 8 hari itulah macam-macam yang aku rasa. Sedih, rindu dan segalanya kat anak (kakak Putri & papa Zuwan) Hilang pantang aku bila kene ke hulu ke hilir jaga baby ...