Skip to main content

Semoga Sihat Selalu


Hari Sabtu lepas sewaktu balik ke Sentul aku dah mula sakit perut. 
(aku memandu sendiri, en suami naik moto-nk repair moto) 
Perut mengeras dengan sekeras-kerasnya. Dlm hati macam-macam doa aku baca. Aku pujuk baby dalam perut. Tak kan dah sampai masa kot. Sampai saja Sentul, en suami park moto terus bawak aku ke Klinik KITA di Jalan Pasar. (Klinik yang sahkan aku hamil). 

Sampai-sampai daftar nama terus nama dipanggil. Nasib belum ada orang lagi. Doc minta buku merah.Mujur aku memang letak dalam kereta, jadi senang untuk doc tu rujuk apa-apa rekod dari Klinik Kesihatan. Aku bagitahu bawah perut aku ni terlalu sakit dan aku sering pitam-pitam. Ikut rekod tekanan darah aku stabil. Mungkin aku terlalu letih dan keadaan ini adalah biasa.

Doc mula scan perut aku dan doc tunjukkan jantung baby berdetak dengan baik dan baby dalam keadaan yang sihat. Kemudian satu persatu doc tu terangkan. Tentang kepala, tgn, kaki, perut dan segalanya. Semuanya dalam keadaan baik. Semuanya sihat saja..Berat baby dalam 2.3 kg.. Minggu terakhir sebelum bersalin berat baby akan menjangkau 3.00kg.

Dalam minggu ke-35, sakit-sakit yang aku alami atau dipanggil Braxton Hicks  adalah normal. Aku akan mengalaminya dalam sekejapan dan sakit itu akan hilang dan keadaan ini akan berlanjutan hingga tiba minggu-minggu untuk aku bersalin. Aku hanya mengganggukkan kepala. Sewaktu doc menekan-nekan perutku, baby mengeras lagi. Doc hanya tergelak. Doc kate, "tgk dia mengeras, sebab saya kacau dia". Doc pesan, "dalam 5 minggu lagi awak akan bersalin. Kalau rasa sakit tu berpanjangan dan semakin sakit, itu tanda nak bersalin. Terus ke hospital ye.."

Doc tanya lagi, "nak gambar tak?". 
Aku jawab, "nak doc" dengan excitednya..  
Tapi doc jawab balik, "mm.. baby dah besar, tak muat satu gambar.." 
Sabar sajalah... Baik tak payah tanya, doc ni nak wat lawak la..

Lepas tu kami balik dan aku terus berbaring hingga tertido. Dua tiga minggu ni aku kerap tido sebab rasa sangat letih. Macam baru lepas berlari Marathon. Huhuhu...

*tak sabar nak tunggu waktu saat-saat nak bersalin..tapi masih ada perasaan takut..*



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

HFMD

bibir membengkak bintik-bintik dalam lidah dan sekitar mulut bintik ti tapak tangan She's only 5. Periang, suke menyanyi, menari dan banyak mulut. Dah dua hari dia demam. Tak nak makan.. Minum susu aje. Tu pun susah nak hisap botol sebab sakit mulut. Malam tadi die mengadu sakit mulut. Abg dan kakak ipar aku cek di sekitar mulut dan dalam mulut dia ade bintik-bintik. Terus bawa ke Pusrawi Kajang. Doc sahkan dia terkena HFMD. Ya Allah... masa abg aku call mak bgtahu malam tadi, mak aku dah sedih. Cucu kesayangan dia sakit. Mak ambil Dettol dan pencuci lantai terus mop lantai. Sambil mop sambil sedih.. Huuu...  So dia kene kuarantin di rumah. Sekolah dah diberitahu so harap dorang dapat buat cleaning satu sekolah sebelum bdk lain terkena. Tak sure my niece kene kat skolah atau di rumah..tp pembersihan dan pencucian perlu dilakukan di kedua-dua tempat (rumah & sekolah).  *Kakak cepat sembuh ye..nanti boley maen dengan Putri lagi..* Kopipes : Wikipedi...

Kahwin|Ajim|Jue

Ahad lepas selesai sudah majlis menyambut menantu di rumah maklong aku di Semenyih. Meriah ok!! Selesai sudah kenduri  untuk bulan Januari 2012. tukang sibuk.. maklong & paklong dgn pengantin Lemans' Family

ABAH | Part 1

Tak pernah aku bayang atau mimpi akan secepat ini kami akan berpisah. Semua yang berlaku sekelip mata. Hingga kini, aku masih terasa rasa abah masih di sisi.. Masih terngiang-ngiang suara dia. Terbau-bau haruman dia. Kau bayangkan, tadi elok kau bercakap dengan dia. Sihat orang tua.. Lenguh-lenguh sendi. Keletihan. Tiba-tiba kau hanya merenung jasad yang kaku. Allah.. Allah..Allah.. aku tak percaya. Tak mungkin... Tapi air mata ni mengalir bagai tak mahu berhenti. Hati ni remuk.  Petang 14hb Mac 2021, aku balik dari Sentul, nak hantar buah Sukun, kiriman mama Som. Abah mesti suka. Aku cakap dengan papa Zuwan, pa singgah rumah mak terus. Elok sampai, azan Maghrib. Terus siap-siap solat jemaah dengan abah dan papa Zuwan. Macam biasa, Abah imamkan.  Mak dah siap solat. Jaga budak-budak ni kejap. Selesai Maghrib aku siap nak balik. Esok budak-budak sekolah. Abah lama berteleku di sejadah. tak memandang ke belakang.  Aku kemas-kemas barang, abah panggil. Katanya dia semput. Ma...