Skip to main content

Demam Panas


Sabtu pagi en suami msg. Bgtahu dah sampai rumah Sentul. Balik shift malam terus balik sana sebab nk repair moto) Dia cakap dia demam. Tak larat sangat-sangat. Aku dah susah hati. Meleleh air mata. Sensitif betul. Rasa sedih sangat bila suami kita sakit. Aku rasa nak balik Sentul juga pagi tu. En suami pujuk bgtaw dia akan makan ubat dan petang akan balik Kajang balik. Dia suruh aku pergi ikut rombongan menikah abg spupu aku di Sg Kantan petang nanti. 

Lepas selesai kenduri aku terus pecut kereta balik ke Semenyih sekejap sebab atok diserang semput. Sepanjang kenduri semua orang risau sebab atok tinggal sorang-sorang kat rumah. Nasib andak dan mak andak balik dulu dan bawak atok ke klinik. Sedut gas. Lepas tu balik rumah aku tengok en suami dah lelap. Aku kejut suruh bangun makan dulu. Tapau saja di kedai.

Pukul 2.30 pagi aku terjaga bila dengar nafas en suami kuat berdengus. Bila aku jemah dahinya, ya Allah.. panasnya.. En suami demam panas. Dengan leleh air mata aku basahkan towel dan lap-lap badannya. Dia menggigil-gigil kesejukan barangkali. Aku tuamkan towel tadi ke dahinya. Sekejap saja towel kering dek kepanasan yg melampau. Aku basahkan lagi dan tuam beberapa kali. Aku ambilkan segelas air suam dan suruh dia minum. Lepas tu tuam-tuamkan lagi. Panas tak mahu kebah. Aku kerisauan. Meleleh lagi air mataku. Betapa aku sangat takut jika berlaku apa-apa. Aku berdoa dalam hati.

Aku berjaga hingga azan Subuh. Usai solat Subuh, aku suruh dia minum segelas air suam dengan panadol skali. Lepas tu tuamkan balik. Aku suruh dia tido, nanti aku kejutkan. Aku berkemas apa yang patut. Jadi pagi tu aku tak dapat join saudara yang lain rombongan pengantin ke Sg Kantan pagi ni. En suami tak sihat. Kami akan balik ke Sentul sebab dia berkeras nak siapkan juga moto yang dia repair semalam.

Dalam jam 10.00pagi, bila aku jemah dahinya, panas sudah berkurangan. Lega!! Biar rabak mata menjaga orang tersayang kerana rasa cinta yang menggunung..

*semoga papa sentiasa sihat walafiat dan dapat main-main dengan baby dlm perut mama*





Comments

Popular posts from this blog

HFMD

bibir membengkak bintik-bintik dalam lidah dan sekitar mulut bintik ti tapak tangan She's only 5. Periang, suke menyanyi, menari dan banyak mulut. Dah dua hari dia demam. Tak nak makan.. Minum susu aje. Tu pun susah nak hisap botol sebab sakit mulut. Malam tadi die mengadu sakit mulut. Abg dan kakak ipar aku cek di sekitar mulut dan dalam mulut dia ade bintik-bintik. Terus bawa ke Pusrawi Kajang. Doc sahkan dia terkena HFMD. Ya Allah... masa abg aku call mak bgtahu malam tadi, mak aku dah sedih. Cucu kesayangan dia sakit. Mak ambil Dettol dan pencuci lantai terus mop lantai. Sambil mop sambil sedih.. Huuu...  So dia kene kuarantin di rumah. Sekolah dah diberitahu so harap dorang dapat buat cleaning satu sekolah sebelum bdk lain terkena. Tak sure my niece kene kat skolah atau di rumah..tp pembersihan dan pencucian perlu dilakukan di kedua-dua tempat (rumah & sekolah).  *Kakak cepat sembuh ye..nanti boley maen dengan Putri lagi..* Kopipes : Wikipedi...

Kahwin|Ajim|Jue

Ahad lepas selesai sudah majlis menyambut menantu di rumah maklong aku di Semenyih. Meriah ok!! Selesai sudah kenduri  untuk bulan Januari 2012. tukang sibuk.. maklong & paklong dgn pengantin Lemans' Family

kampung saya..

jalan lengang... jam 3.30 pagi... on the way ke Pantai Dalam - ziarah arwah kak Rozi.. Entry di sini Pertama Kali   Sampai ke Sabak Bernam..sawah padi menghijau sepanjang perjalanan.. ni sawah padi... bkn rumput/lalang taw.. singgah ke rumah wak tua..excited skit..   tu bilik mandi.. encik suami nk g mandi.. hohoho..skodeng skit.. meriah rumah wak dengan bunga-bunga kembang mekar.. pose dari gadis kampung..ok x.. tu bilik termenung ok... sape berani turun mlm2?? hehe.. santai dulu.. nak balk ke rumah wak kinah plak.. park kete bawah rumah.. sejuk mata memandang.. *saya ada kampung..ermm..baru ada kampung jadi terlebih exited..mcm nilah jadinye..*