Skip to main content

Posts

Showing posts with the label kesihatan

HFMD

bibir membengkak bintik-bintik dalam lidah dan sekitar mulut bintik ti tapak tangan She's only 5. Periang, suke menyanyi, menari dan banyak mulut. Dah dua hari dia demam. Tak nak makan.. Minum susu aje. Tu pun susah nak hisap botol sebab sakit mulut. Malam tadi die mengadu sakit mulut. Abg dan kakak ipar aku cek di sekitar mulut dan dalam mulut dia ade bintik-bintik. Terus bawa ke Pusrawi Kajang. Doc sahkan dia terkena HFMD. Ya Allah... masa abg aku call mak bgtahu malam tadi, mak aku dah sedih. Cucu kesayangan dia sakit. Mak ambil Dettol dan pencuci lantai terus mop lantai. Sambil mop sambil sedih.. Huuu...  So dia kene kuarantin di rumah. Sekolah dah diberitahu so harap dorang dapat buat cleaning satu sekolah sebelum bdk lain terkena. Tak sure my niece kene kat skolah atau di rumah..tp pembersihan dan pencucian perlu dilakukan di kedua-dua tempat (rumah & sekolah).  *Kakak cepat sembuh ye..nanti boley maen dengan Putri lagi..* Kopipes : Wikipedi...

Seharian di spital...

 13-06-2012 Balik kerja aku tengok dia dah menggigil-gigil.. makan pun tak selera. Siap-siap terus aku bawa en suami ke klinik. Doc check suhu badan en suami..39 c dan dia arahkan aku bawa en suami terus ke hospital. Tanpa melengah, singgah rumah kaklong, minta jaga Putri kejap.  Aku terus memecut ke Hospital Kajang. Setibanya di hospital, buat pendaftaran/saringan pertama kemudian terus tunggu giliran untuk saringan kedua. MA yang bertugas membuat pemeriksaan fizikal. Kemudian tunggu lagi untuk pemeriksaan oleh doc. (Nasib semuanya berjalan dengan lancar) Lima minit menunggu, nombor naik terus masuk bilik jumpa doc. Aku masuk skali sbb risau keadaan en suami. Doc tanya mcm-mcm..en suami jawab pun blur-blur aje. Lepas tu buat pemeriksaan kesihatan. Doc suspek denggi. Doc suruh bawa ke bahagian x-ray dan cek urine. Lepas tu doc masukkan air dan suruh tunggu result.  Jam 10.00 malam doc bagitahu result. Alhamdulillah semuanya baik-baik saja.. Jantung, paru-paru dan...

Musim Demam!!

Sudah 2 minggu aku, en suami dan  cik Putri batuk-selsema. Hari ni en suami demam balik. Atok start batuk, lepas tu nenek, lepas tu n suami kendian cik Putri dan aku orang terakhir dijangkitkan. Habis satu rumah terkena virus. Lepas tu sebarkan kat rumah sebelah (Kaklong & Husna pulak yang demam..) Dah berapa malam tak lena tidur. Putri batuk..aku batuk..en suami batuk.. aduhhh.... sendi-sendi makin sakit.. Dada terasa semput.. mcmana la cik Putri rasa kan?? Kene makan supplement laa nampaknya untuk tambahkan kecergasan...   *Semoga kami dilindungi oleh-Nya dari penyakit-penyakit merbahaya...*

Semoga Semuanya Kembali Seperti Dulu....

Pneumonia Classification and external resources Paru-paru berair atau juga dikenali sebagai Pneumonia merujuk kepada semua jenis keadaan di mana air berkumpul dalam paru-paru. Ia berpunca dari pelbagai keadaan. Paru-paru berair merupakan sejenis penyakit radang raru-paru. Biasanya, ia digambarkan sebagai radang parenchyma/alveolar paru-paru dan cecair memenuhi alveolar luar biasa. (alveoli merupakan sak mikroskopik dipenuhi udara dalam paru-paru yang bertanggungjawab bagi menyerap oksigen dalam atmosfera Bumi.) Paru-paru berair boleh berpunca dari pelbagai punca, termasuk jangkitan oleh bakteria, virus, fungi, atau parasit, dan kimia atau kecederaan fizikal kepada paru-paru. Puncanya juga boleh secara tidak rasmi digambarkan sebagai idiopathic —iaitu, tidak diketahui—apabila pinca jangkitan telah disingkirkan. Simptom biasa dikaitkan dengan paru-paru berair termasuk batuk, sakit dada, demam, dan sukar bernafas. Perkakasan diagnosis termasuk sinar-X dan pemeriksaa...

Demam Panas

Sabtu pagi en suami msg. Bgtahu dah sampai rumah Sentul. Balik shift malam terus balik sana sebab nk repair moto) Dia cakap dia demam. Tak larat sangat-sangat. Aku dah susah hati. Meleleh air mata. Sensitif betul. Rasa sedih sangat bila suami kita sakit. Aku rasa nak balik Sentul juga pagi tu. En suami pujuk bgtaw dia akan makan ubat dan petang akan balik Kajang balik. Dia suruh aku pergi ikut rombongan menikah abg spupu aku di Sg Kantan petang nanti.  Lepas selesai kenduri aku terus pecut kereta balik ke Semenyih sekejap sebab atok diserang semput. Sepanjang kenduri semua orang risau sebab atok tinggal sorang-sorang kat rumah. Nasib andak dan mak andak balik dulu dan bawak atok ke klinik. Sedut gas. Lepas tu balik rumah aku tengok en suami dah lelap. Aku kejut suruh bangun makan dulu. Tapau saja di kedai. Pukul 2.30 pagi aku terjaga bila dengar nafas en suami kuat berdengus. Bila aku jemah dahinya, ya Allah.. panasnya.. En suami demam panas. Dengan leleh air mata aku basahkan t...

Pitam..

Hari ni dua kali aku pitam... bukan pengsan ye..  PITAM - Syncope iaitu pitam yang berlaku secara tiba-tiba, biasanya sekejap sahaja tetapi boleh menjadi pengsan - tidak sedarkan diri disebabkan oleh peredaran daran dan oksigen yang tak cukup di otak.  Apabila berbaring, aras kepala perlu berada sama laras dengan aras jantung. Darah akan kembali ke otak dan pesakit akan sedar kembali selepas beberapa minit. Sumber rujukan dari http://drzubaidi.com/blog Pagi lepas makan ubat, aku masuk ke dalam bilik, terus terjelepuk depan katil, encik suami masuk bilik terkejut tgk aku dan terus papah ke katil.  Kali kedua waktu petang. Aku bangun nak keluar bilik. Pegang tombol lepas tu terasa gelap aje. Aku cume dengar bunyi  gedegang!!  Sedar-sedar aku terasa encik suami angkat aku dan papah ke katil. Dia ckp tgh tido terkejut dengar bunyi jatuh, bila die bangun terus melompat dari katil lepas tengok aku terjeluk tepi pintu. Dahi dan siku aku melecet, mungkin terkena p...

3 hari yang sengal

Sejak Ahad pagi aku dah rase semacam.. rase sengal satu badan..sakit tekak..sakit hidung.. semua rase yang x best..ade ke demam yg rase best?? huh!! mama mertua aku buatkan bubur barli.. sedap..tp bile dh demam tekak rase payau aje.. haih... Pagi Isnin pg keje dh rase sengal-sengal badan.. Sakit kepale.. badan panas.. hidung berair.. sakit telinga.. nak buat kerja semuanya serba tak kene... Pagi Selasa badan makin panas..tp gigih juga aku memandu ke ofis.. aku dh mula batuk-batuk dan selsema.. sangat tak selesa.. dah nak masuk tengahari en. bos suruh aku ke klinik dan balik ke rumah lepas aku bersin nambelaskali.. sangat x best!! Lepas makan tengahari, encik suami bawa aku ke klinik (en. suami kerja shift petang) doc kate aku demam, batuk dan selsema jadi otot dan sendi-sendi aku menegang.. Petang lepas ecik suami ke tempat kerja aku terus makan ubat sedos dua dan terus masuk tid0..  Dari pukul 12.00 malam sampai ke azan Subuh mata aku terkebil-kebil.. Aku mengantuk tapi mata t...

Selamat Menjalani Pembedahan

Pukul 12.00 tengahari (Selasa) aku rasa perut yang cramp sejak kelmarin semakin menyucuk-nyucuk. Ahh!! Gastri menjelma lagi. En. Bos bagi kelepasan pulang awal untuk ke klinik. Dengan memandu kereta dalam keadaan yang sakit, aku terus menuju ke klinik di Taman Jasmin Kajang. (Klinik tersebut mempunyai rekod aku) Tapi selepas diperiksa, sakit perut aku bukan kerana gastrik, tetapi kerana appendix ku sudah membengkak. Doktor terus membuat surah sokongan untuk pemeriksaan kecemasan ke atas ku. Aku memilih Hospital Serdang kerana aku ada rekod di sana.  Setibanya di sana, aku terus dirujuk bahagian kecemasan. Ahh!! mana mungkin seserius ini penyakitku. Dari jam 3.00 petang aku menunggu untuk pemeriksaan lanjut daripada doktor yang bertugas. Malangnya bilik rwatan kecemasan hanya satu sahaja dibuka. Suamiku tiba pada pukul 4.30 petang untuk menemaniku.  Tetapi sehingga pukul 8.00 malam nombor rawatan aku masih belum dipanggil. Perut yang makin berdenyut semakin sakit ku rasakan....