Skip to main content

Seharian di spital...

 13-06-2012 Balik kerja aku tengok dia dah menggigil-gigil.. makan pun tak selera. Siap-siap terus aku bawa en suami ke klinik. Doc check suhu badan en suami..39 c dan dia arahkan aku bawa en suami terus ke hospital. Tanpa melengah, singgah rumah kaklong, minta jaga Putri kejap. 

Aku terus memecut ke Hospital Kajang. Setibanya di hospital, buat pendaftaran/saringan pertama kemudian terus tunggu giliran untuk saringan kedua. MA yang bertugas membuat pemeriksaan fizikal. Kemudian tunggu lagi untuk pemeriksaan oleh doc. (Nasib semuanya berjalan dengan lancar) Lima minit menunggu, nombor naik terus masuk bilik jumpa doc. Aku masuk skali sbb risau keadaan en suami. Doc tanya mcm-mcm..en suami jawab pun blur-blur aje. Lepas tu buat pemeriksaan kesihatan. Doc suspek denggi. Doc suruh bawa ke bahagian x-ray dan cek urine. Lepas tu doc masukkan air dan suruh tunggu result. 

Jam 10.00 malam doc bagitahu result. Alhamdulillah semuanya baik-baik saja.. Jantung, paru-paru dan darah semuanya ok. Cuma platelet darah putih je turun sikit. Doc suruh pantau kalau demam tak kebah juga suruh cepat bawa ke hospital semula. Buat ujian darah semula. Takut demam malaria pulak. Ternganga aku sekejap... 

Syukur en suami dibenarkan balik. Terus singgah kedai tom yam. En suami request mee hoon tom yam. Balik mandi, makan, makan ubat terus tido.. Meleleh air mata bila tengok en suami tido dalam keadaan yang lemah.. Ya Allah..semoga kau lindungi suamiku dari sebarang penyakit merbahaya... Aminnn....

menunggu giliran untuk saringan & jumpa doc..

nk kene cocok... 

kene cocok.. ouchh!!

bacaan gula 6.9

kene drip..
 
ready utk scg scan

ready utk scg scan
 
erkk..kaki pun kene..

keletihan


*besok balik sentul... mama sentul wisaukan anak manja dia..*



Comments

Popular posts from this blog

HFMD

bibir membengkak bintik-bintik dalam lidah dan sekitar mulut bintik ti tapak tangan She's only 5. Periang, suke menyanyi, menari dan banyak mulut. Dah dua hari dia demam. Tak nak makan.. Minum susu aje. Tu pun susah nak hisap botol sebab sakit mulut. Malam tadi die mengadu sakit mulut. Abg dan kakak ipar aku cek di sekitar mulut dan dalam mulut dia ade bintik-bintik. Terus bawa ke Pusrawi Kajang. Doc sahkan dia terkena HFMD. Ya Allah... masa abg aku call mak bgtahu malam tadi, mak aku dah sedih. Cucu kesayangan dia sakit. Mak ambil Dettol dan pencuci lantai terus mop lantai. Sambil mop sambil sedih.. Huuu...  So dia kene kuarantin di rumah. Sekolah dah diberitahu so harap dorang dapat buat cleaning satu sekolah sebelum bdk lain terkena. Tak sure my niece kene kat skolah atau di rumah..tp pembersihan dan pencucian perlu dilakukan di kedua-dua tempat (rumah & sekolah).  *Kakak cepat sembuh ye..nanti boley maen dengan Putri lagi..* Kopipes : Wikipedi...

Kahwin|Ajim|Jue

Ahad lepas selesai sudah majlis menyambut menantu di rumah maklong aku di Semenyih. Meriah ok!! Selesai sudah kenduri  untuk bulan Januari 2012. tukang sibuk.. maklong & paklong dgn pengantin Lemans' Family

ABAH | Part 1

Tak pernah aku bayang atau mimpi akan secepat ini kami akan berpisah. Semua yang berlaku sekelip mata. Hingga kini, aku masih terasa rasa abah masih di sisi.. Masih terngiang-ngiang suara dia. Terbau-bau haruman dia. Kau bayangkan, tadi elok kau bercakap dengan dia. Sihat orang tua.. Lenguh-lenguh sendi. Keletihan. Tiba-tiba kau hanya merenung jasad yang kaku. Allah.. Allah..Allah.. aku tak percaya. Tak mungkin... Tapi air mata ni mengalir bagai tak mahu berhenti. Hati ni remuk.  Petang 14hb Mac 2021, aku balik dari Sentul, nak hantar buah Sukun, kiriman mama Som. Abah mesti suka. Aku cakap dengan papa Zuwan, pa singgah rumah mak terus. Elok sampai, azan Maghrib. Terus siap-siap solat jemaah dengan abah dan papa Zuwan. Macam biasa, Abah imamkan.  Mak dah siap solat. Jaga budak-budak ni kejap. Selesai Maghrib aku siap nak balik. Esok budak-budak sekolah. Abah lama berteleku di sejadah. tak memandang ke belakang.  Aku kemas-kemas barang, abah panggil. Katanya dia semput. Ma...