Tak pernah aku bayang atau mimpi akan secepat ini kami akan berpisah. Semua yang berlaku sekelip mata. Hingga kini, aku masih terasa rasa abah masih di sisi.. Masih terngiang-ngiang suara dia. Terbau-bau haruman dia. Kau bayangkan, tadi elok kau bercakap dengan dia. Sihat orang tua.. Lenguh-lenguh sendi. Keletihan. Tiba-tiba kau hanya merenung jasad yang kaku. Allah.. Allah..Allah.. aku tak percaya. Tak mungkin... Tapi air mata ni mengalir bagai tak mahu berhenti. Hati ni remuk. Petang 14hb Mac 2021, aku balik dari Sentul, nak hantar buah Sukun, kiriman mama Som. Abah mesti suka. Aku cakap dengan papa Zuwan, pa singgah rumah mak terus. Elok sampai, azan Maghrib. Terus siap-siap solat jemaah dengan abah dan papa Zuwan. Macam biasa, Abah imamkan. Mak dah siap solat. Jaga budak-budak ni kejap. Selesai Maghrib aku siap nak balik. Esok budak-budak sekolah. Abah lama berteleku di sejadah. tak memandang ke belakang. Aku kemas-kemas barang, abah panggil. Katanya dia semput. Ma...
Cinta Itu Indah...

alahaiii sangat comel!!! =D
ReplyDeleteTak sabar nak baca :)
keep updating dear, jaga diri, jaga kesihatan baik-baik,
selamat berpantang love!! =)
he.. tq aunty ayn.. abg mizan ade kawan dh... hee..
Deletetahniah dpt baby girl...comel sgt...
ReplyDeleteterima kasih cik Awin.. hee..
DeleteCongratz laicy..indahkan menjadi seorang ibu?tidak kira betapa penatnya kita mengandung dia selama 9bulan,betapa sakitnya melahirkan dia..Dan ianya bertambah2 indah bila tgk dia membesar..congratz again 2 u..smoga jadi ibu yg terbaek utk Putri Nurnazurah Qistina..
ReplyDeleteyup.. waktu sakit tu hilang serta merta bila putri lahir.. aku dan zuwan menitis air mata..sebak rasanya.. skrg ni bl tgk je putri aku dan zuwan btl2 bahagia... insyaAllah.. aku akan buat yang terbaik untuk anak kami..
Delete