Skip to main content

Posts

Showing posts with the label anak

Aktiviti 9 bulan

Sudah pandai merangkak.. Sudah pandai memanjat.. Sudah pandai bertatih..  (nk lepas tangan, tak nak pegang tangan ok..)

Chicken pox

Pukul 3.00 pagi cik Putri bangun. Menangis tak berhenti-henti. badan panas. Suhu mencecah 39C. Aku msg en suami minta balik awal. Cik Putri merengek sampai ke Subuh. Aku menangis. Sedih bila anak kesayanganku kesakitan. Demam, badan miang, sakit mulut. Aku peluk dia.. badan terasa panas. Aku menangis lagi. Aku berzikir sambil mendodoikan cik Putri. Keluar amsuk bilik aku dukung sambil cuba tenangkan dia.  Kemudian dia terlelap dalam sedu sedan. Bila aku baringkan di atas katil, dia menangis semula. Ya Allah.. kuatkanlah hatiku. Aku dodoikan balik. Akhirnya dia terlelap dalam pelukanku. Aku duduk di kepala katil sambil cik putri tido di dadaku. Tak apalah sayang.. Janji sayang selesa tido atas badan mama..Seharian sayang tak boleh tido. Mama sanggup tido berdiri sekalipun demi anak mama.. Selepas Subuh en suami balik dari kerja, terus bersiap bawa cik Putri ke Pusrawi Kajang. Doc yang merawat cik Putri sahkan dia kene chicken pox. Doc marah bila aku beritahu doc di klin...

Hair Salon

  Semalam bawa cik Putri ke Klinik. Badan dia naik bintik-bintik air. Aku suspek chicken pox. Tapi bila doc cek, doc kate ruam panas. Aku ye kan aje laa.. Semalam dia merengek aje.. Badan miang-miang kot...     Balik lunch tadi bawak cik Putri nak potong rambut. Actually ni second time bawa cik Putri ke Hair Salon. Rabut dah tutup mata lepas tu rambut belakang panjang mencucuk ke leher. Aunty tukang potong rambut tu kelam kabut nak potong rambut dia. Tertoleh2 dia bila aunty tu gunting/ketam rambut dia.. Memandangkan badan dia tengah banyak 'ruam panas', terpaksalah potong pendek rambut dia.. Huuu... mesti nenek som sedih rambut putri kene potong pendek.. Hee.. tak sabar nak ke bercuti ke Pantai Timur.. Tapi atok sakit... hurmmm...  

My Heart!

 this is for you manja.... 8 months!!

Penenang Jiwa

Cinta Hati Mama & Papa tiada apa yang lebih membahagiakan  mama selain dari dirimu sayangku.. Putri Nurnazurah Qistina..

Si Comel : Izz Iman

Ahad lepas sempat singgah Desa Anggerik di Serendah. Melawat blogger  memoriesintuition . Beliau selamat melahirkan baby perempuan yang sangat comel pada 4/10/2012 jam 2.30 ptg di PPUKM. Syukur alhamdulillah.. Semuanya baik-baik saja. mama & baby girl - Izz Iman sihat. Seronok bila tgk baby yang baru lahir ni. Syhahdu je rasa. Cik Putri kene bawa jauh sikit dari baby Izz. Jap lagi ada yang kene cubit. Dia dah la suke dan geram dgn baby-baby kecik ni. Huhuhu... Dah lama tak dukung baby kecik, rasa lain aja.. Yela.. tgk aje la cik Putri & baby Izz.. Hihihi... Mama Iman with baby Izz Iman Lena baby Izz tido dgn mama Aqish... Tahniah daripada cik Putri sekeluarga untuk Nurrul Iman & Mohd Irwan.. Akhirnya lengkap sebagai sebuah keluarga yang bahagia.. Semoga sentiasa dalam rahmatNya.. Amin... Yeay!! cik Putri dah ada kawan nak main... Tunggu baby Aunty La plak ye..

it just..mmm...

Tak ada yang menarik untuk diceritakan minggu ni...  semuanya suram..semuanya kelabu...  hanya Putri dan en. suami peneman sunyi..  merekalah si jantung hati.. nyawa hidup ku.. setiap hari hanya Putri di fikiran mama.. setiap hari hanya putri di jiwa mama.. gerimis di petang selasa.. buat hati mama berkocak.. semoga kita sentiasa bahagia gembira dalam lindunganNya... mama sayang Putri & Papa.. she's so cute!! she's so adorable!!

#4 Putri NurNazurah Qistina

Seminggu berpantang di rumah mentua, akhirnya aku balik berpantang di Kajang. Rindu juga dengan makanan berpantang masakan mama mentua aku. Sedap!! Hehehe.. pagi-pagi mandi air panas, berpilis dan berparam. Mama mentua yang sapu. Korang ade mak mentua jaga sampai macam tu sekali tak?? Hehe..Sayang mama!! Putri pun mama mentua yang jaga siang malam. Sebab aku masih belum kuat dan masih lagi tak reti buat semua tu. Masih lagi belajar.. Bila balik Kajang, jadi rindu pulak dengan mak mentua.. dengan mak sendiri boleh lagi degil-degil.. ye tak.. Huhuhu.. Kat Kajang aku sendiri yang jaga Putri. Mak tolong mandikan dan tengok-tengokkan kejap-kejap. Sebab dua orang anak buah aku pun perlukan perhatian nenek diorang. Manje lebih dorang tu!! Haishhh!! Hari pertama aku kena uruskan semua, aku jadi kalut. Itu tak kene.. ini tak kene.. Rasa macam nak menangis sebab takut aku terkasar atau risau Putri tak selesa. Bukan tak reti, anak-anak buah aku masa dorang kecik, aku yang uruskan....

#3 Putri NurNazurah Qistina

Hari Isnin en suami terus Maju Junction untuk buat pendaftaran kelahiran baby sekaligus daftar nama di Pejabat Pendaftaran Negara. Tapi apakan daya, rupanya Pejabat Pendaftaran tu dah berpindah ke Kompleks Kerajaan Jalan Duta. Kemudian en suami terus ke KK Sentul untuk report kelahiran baby. Selesai semua en suami balik untuk dapatkan alamat di Pejabat Pendaftaran di Jalan Duta. Bila aku google, pejabat pendaftaran terdekat ada di Sri Rampai Setapak. Lepas makan tengahari en suami ke sana untuk mendaftar nama anak kami. Petang jam 6 baru en suami pulang. Dia merungut ade 9 kaunter cuma 4 sahaja yang dibuka. Haishh!! tak apalah, janji nama anak kami sudah didaftar dan sudah mendapat sijil kelahiran untuknya. Tinggal mykid sahaja perlu diambil di Pejabat Pedaftaran di Kajang dalam masa sebulan. PENDAFTARAN BIASA Pemohonan pendaftaran kelahiran biasa bermaksud setiap kelahiran yang berlaku di Malaysia hendaklah didaftarkan dalam tempoh 14 hari dari tarikh kelahiran k...

2# Putri NurNazurah Qistina

 Putri NurNazurah Qistina selamat dilahirkan pada jam 1110 pagi dengan berat 3.19kg. Selesai prosedur selepas bersalin aku direhatkan sekejap di atas stretcher. Kemudian nurse bawa baby dan suruh aku susukan baby. Alhamdulillah, titisan susu pertama untuk anakku mengalir deras ke dalam mulutnya. Aku yang masih lagi lemah tetap rasa semangat. Kemudian nurse memberitahu bahawa aku sudah sedia untuk ditlak keluar masuk ke wad semula. Baby masih dalam pangkuanku. Aku lihat en suami sudah sedia menuggu di pintu Dewan Bersalin untuk mengiringi aku ke katil wad. Dia tersenyum gembira. Di katil, ramai ibu-ibu hamil yang lain tersenyum dan pasti tidak menyangka aku akan bersalin secepat itu kerana mereka masih lagi menuggu waktu untuk bersalin. (Overdue) Alhamdulillah, Allah S.W.T telah menjanjikan bahagian masing-masing dan aku bernasib baik kerana Dia permudahkan jalan bagiku. En suami terus memangku anak kami dan mengiqamatkannya. Dengan nada yang aku pasti diiringi sendu, aku ...

1# Putri NurNazurah Qistina

Bangun pagi hari Jumaat 30/03/2012 perut memulas-mulas. Gagahkan juga untuk bangun dan naik mandi di tingkat atas. Ingat sakit perut biasa. Tapi waktu nak sarapan tiba-tiba ade rasa macam sesuatu keluar dibawah. Ehh aku terkencing ke??. Ahh sudah! Aku berlari ke bilik air dan melihat ada lendir dan darah. Bergegas aku telefon mama mentua yang berada di kedai dan kami terus ke HKL. Hujan yang turun pada Jumaat pagi membuatkan perjalanan ke HKL tak berapa lancar. Jalan sesak untuk masuk ke kawasan kecemasan wad bersalin HKL. Aku dh menangis-nangis dalam kereta menahan kesakitan. Adik ipar aku yang memandu kereta terus kelam kabut. Sakit yang ku rasakan tak dapat aku ungkapkan dengan kata-kata. Tiba di PAC HKL tanpa mendaftar nurse terus mencapai fail aku yang sudah sedia ada (nurse cam muka aku) dan aku terus diperiksa oleh nurse yang membuat pemeriksaan fizikal. Doktor melakukan pemeriksaan di bahagian bukaan. Masih 1 cm tetapi contraction yang terlalu kuat b...

~Selamat Bersalin~

Kepada rakan semua saya selamat melahirkan bayi perempuan pada 31/03/2012 (Sabtu) jam 1110 pagi di Hospital Bersalin Kuala Lumpur.  Akan update pengalaman pertama dalam hidup...

Tahniah!!

Entri untuk sahabat dan kawan baik aku. Betapa aku gembira bila dia Inbox aku kat fb tanya petua-petua waktu awal preggy. Homaigod!! She's pregnant~ Congratulations Puan Iman. Owner blog memoriesintuition  !! Serius aku happy sangat-sangat.  Jadi mulalah aku membebel; memenuhkan Inbox die dgn nasihat dan petua-petua hasil pengalaman aku 8 bulan yg lepas untuk dia.. Hahaha.. sure ko pening kan.. Aku membebel apa yang boleh dan tak boleh untuk ibu-ibu hamil. Utk kebaikan kau jugak kan..Hee... Kau kene ikut. Lain orang lain badan..lain jugak penerimaannya.. So better jaga baik-baik.. Kata org..nak anak bukan laa semudah ABC.. tiba-tiba kau nak anak, sekelip mata terus blink!! Tada!! Dah ade baby...  So Puan Nurul Iman.. jagalah makan minum.. aktiviti seharian dan jgn terlalu nak aktif sgt.. Especially for early 2-3 months ni.. Sbb kandungan masih lemah. Maybe kite rasa kita kuat..tapi kat dlm siapa tahu kan... Ok, once again.. Congrats for both of u, Iman dan Irwan.. Na...

Baby's stuff

Sent from my Android.

Temujanji Hari Khamis

Jam 2.00 petang aku ade appointment dgn doc di Klinik Kesihatan. Doc nak scan perut, nak tahu kedudukan baby dlm perut ni. Hope semuanya OK..  Tiba-tiba rasa gemuruh.. macam x best aje hari ni.. *adik dok baik-baik ye dalam perut mama..*

Dalam Fikiran..

Minggu pertama untuk tahun baru 2012. Mood bekerja memang ada, tapi tak seberapa nak ada sebab badan tak berapa nak sihat sangat. Sudah berapa malam tak dapat nak tido lena. Penangan baby dok menyiku dan menendang.. Sabar sajalah.. anak mama punya pasal.. Dalam fikiran aku sekarang ni cuma ada ..... Persiapan untuk menyambut kelahiran orang baru dalam hidup aku dan en suami sudah kami sediakan. En suami betul-betul teruja dan tak sabar untuk bertemu dengan buah hati dia dalam perut aku ni.. Sekarang aku dah mula nak siapkan diri dari segi persiapan mental dan fizikal dalam menghitung hari untuk melahirkan baby dalam perut ni. Jadi aku ada buat semakan rambang tentang pengalaman bersalin ibu-ibu hamil di google. Rata-rata ada pengalaman yang bagus dan ada juga pengalaman tak berapa nak bagus laa kan. Ikut bahagian masing-masing. Ada bernasib baik.. ada yang kurang bernasib baik.. Seram sejuk rasanya... (pesan mak, mak mentua dan makngah (makcik en suami) banyakkan istighfar..bany...

Bicara Tanpa Kata

Kiraan Pergerakan bayi

Hari ni nurse suruh start wat kiraan pergerakan baby. Mula pukul 9.00 pagi.. blm pukul 12.00 tghari dah siap 10 kali gerak.. bagus anak mama ni...  Bermula dari pukul 9.00 pagi, kira pergerakan bayi anda sehingga 10 kali pergerakan. Sekiranya anda tidak merasa 10 kali pergerakan hingga 8.00 malam (dalam masa 12 jam) sila pergi ke hospital DENGAN SEGERA. "dok baik-baik dlm perut mama taw.. Nanti mama makan dan minum yang sihat-sihat untuk baby ye.. Tak mau lasak-lasak sangat.. sian mama.. Sayang anak mama..mmuuaahh!!" *hari-hari dok borak-borak dengan baby..seronok..*

Happy shopping

Semalam cuti umum (forward cuti Krismas - hari Ahad) Jadi aku plan nak jalan-jalan shopping barang baby sikit. Sabtu malam dah pulun baik punye shopping kat Jusco Au Setiawangsa. Terima kasih kepada en suami yang memberikan aku satu perasaan teruja waktu bershopping. Hehehe... Tapi pagi Ahad en suami sibuk nak servis motor dia. Jadi aku terpaksalah suruh adik ipar bawak aku g shopping. Hajat nak ke Ikea. Layankan dulu jalan-jalan cuci mata kat Sg wang lepas tu baru gerak ke Ikea. Memandangkan hari dah petang dan sedari awal agaknya orang beramai-ramai dah serbu Ikea, jadi barang yang tinggal tak berapa nak ada. Huhuhu...  Puas pusing-pusing ade laa beberapa item yang dapat aku sambar. Lagipun aku berdua dengan adik ipar. Mana nak larat memikul barang-barang tu semua. Untung dia ada, terpaksalah dia yang memikul barang-barang yang aku shopping. Time kasih ye Asni layankan mak buyung ni semalam. Hehehe.. *nak shopping awal2 sblm x larat nak berjalan shopping..*

All About My 1st Year Book

Balik makan tengahari, mak bagitahu ade parcel sampai. Huh?? Bile bukak terus aku Yes! Yes!  Cakap banyak tak mau, sila jeles.. hahaha.. Thanks to milkadeal & NZT Saujana Enterprise untuk buku yang sangat awesome ni.. *tak sabar nak tunjuk dekat en suami balik ptg nanti*