Skip to main content

Chicken pox


Pukul 3.00 pagi cik Putri bangun. Menangis tak berhenti-henti. badan panas. Suhu mencecah 39C. Aku msg en suami minta balik awal. Cik Putri merengek sampai ke Subuh. Aku menangis. Sedih bila anak kesayanganku kesakitan. Demam, badan miang, sakit mulut. Aku peluk dia.. badan terasa panas. Aku menangis lagi. Aku berzikir sambil mendodoikan cik Putri. Keluar amsuk bilik aku dukung sambil cuba tenangkan dia. 

Kemudian dia terlelap dalam sedu sedan. Bila aku baringkan di atas katil, dia menangis semula. Ya Allah.. kuatkanlah hatiku. Aku dodoikan balik. Akhirnya dia terlelap dalam pelukanku. Aku duduk di kepala katil sambil cik putri tido di dadaku. Tak apalah sayang.. Janji sayang selesa tido atas badan mama..Seharian sayang tak boleh tido. Mama sanggup tido berdiri sekalipun demi anak mama..

Selepas Subuh en suami balik dari kerja, terus bersiap bawa cik Putri ke Pusrawi Kajang. Doc yang merawat cik Putri sahkan dia kene chicken pox. Doc marah bila aku beritahu doc di klinik kelmarin diagnose cik Putri kene 'ruam panas'. Bintik air di seluruh badan cik Putri sudah masuk hari ketiga. Sepatutnya doc di klinik tu tahu. Doc tu cek dalam mulut cik Putri penuh bintik. Patut dia tak mahu menyusu botol.

Doc masukkan ubat dalam punggung sebab panas 39C mencecah 40C dan sapukan Oral Aid dalam mulut cik Putri. Sedih dan hiba hati ni. Semoga anak mama cepat sembuh ya sayang.. Mama tak sanggup tengok sayang kesakitan.


day 1 - diagnose 'ruam panas'
day 3- chicken pox

penuh titik..



Comments

Popular posts from this blog

HFMD

bibir membengkak bintik-bintik dalam lidah dan sekitar mulut bintik ti tapak tangan She's only 5. Periang, suke menyanyi, menari dan banyak mulut. Dah dua hari dia demam. Tak nak makan.. Minum susu aje. Tu pun susah nak hisap botol sebab sakit mulut. Malam tadi die mengadu sakit mulut. Abg dan kakak ipar aku cek di sekitar mulut dan dalam mulut dia ade bintik-bintik. Terus bawa ke Pusrawi Kajang. Doc sahkan dia terkena HFMD. Ya Allah... masa abg aku call mak bgtahu malam tadi, mak aku dah sedih. Cucu kesayangan dia sakit. Mak ambil Dettol dan pencuci lantai terus mop lantai. Sambil mop sambil sedih.. Huuu...  So dia kene kuarantin di rumah. Sekolah dah diberitahu so harap dorang dapat buat cleaning satu sekolah sebelum bdk lain terkena. Tak sure my niece kene kat skolah atau di rumah..tp pembersihan dan pencucian perlu dilakukan di kedua-dua tempat (rumah & sekolah).  *Kakak cepat sembuh ye..nanti boley maen dengan Putri lagi..* Kopipes : Wikipedi...

Kahwin|Ajim|Jue

Ahad lepas selesai sudah majlis menyambut menantu di rumah maklong aku di Semenyih. Meriah ok!! Selesai sudah kenduri  untuk bulan Januari 2012. tukang sibuk.. maklong & paklong dgn pengantin Lemans' Family

kampung saya..

jalan lengang... jam 3.30 pagi... on the way ke Pantai Dalam - ziarah arwah kak Rozi.. Entry di sini Pertama Kali   Sampai ke Sabak Bernam..sawah padi menghijau sepanjang perjalanan.. ni sawah padi... bkn rumput/lalang taw.. singgah ke rumah wak tua..excited skit..   tu bilik mandi.. encik suami nk g mandi.. hohoho..skodeng skit.. meriah rumah wak dengan bunga-bunga kembang mekar.. pose dari gadis kampung..ok x.. tu bilik termenung ok... sape berani turun mlm2?? hehe.. santai dulu.. nak balk ke rumah wak kinah plak.. park kete bawah rumah.. sejuk mata memandang.. *saya ada kampung..ermm..baru ada kampung jadi terlebih exited..mcm nilah jadinye..*