Skip to main content

Mac! Mac! Mac!


Assalamualaikum semua warga blogger. (mana tahu ada yang sesat masuk sini kan...hihihi) Fuhh... dah lama tak update blog since dah gile berinstagram.. kikiki... sume benda aku nak snap...feeling photog.. lalala~

Bulan 3 aku jadi super mama.. Super busy.. Dengan cik putri tak berapa nak sihat.. Semput+Batuk Kahak+Eczema dia datang serentak. Lepas tu busy sambut birthday mak, kakngah, aqilah & cik putri (coming soon). Bulan Mac ni terlebih pokai.. Nasib semua sponsored by en suami.. Thanks sayang!!

Hal kereta kene sondol lagi. Nak claim insuran teksi tu, tapi pihak insuran kata tak boleh. Hurm... kene claim insuran sendiri la nampaknya.. Tu KIV dulu.. Sebab nak spend duit untuk renovate rumah pulak..

Hari minggu kami memenuhi jemputan kenduri kahwin kawan kerja en suami. Lepas tu busy cari barang untuk birthday cik Putri Ahad ni. Yeay!! Tak sabar nak sambut ulangtahun pertama anak mama.. Cik putri dah masuk setahun!!

Dalam pada tak sabar, ada cerita sedih aku nak share dengan semua.

Cuaca petang di Kajang agak mendung. Semendung hati aku. Mana taknya, en suami bagitahu semalam (Rabu) waktu dia dalam perjalanan ke tempat kerja, Highway Kajang-Putrajaya--Puchong-Shah Alamaada sebuah kereta/Jip Naza Sorento memandu dalam keadaan yang membahayakan. Sudahla laju sambil menghimpit motor en suami dari lane 3 (paling kiri) ke lane 1 (paling kanan). Nasib en suami sempat mengelak dan dapat kawal motor. En suami kejar balik kereta tu dan kereta tu cuba buat break emergency (berhenti secara mengejut) kemudian ada cubaan untuk melanggar motor en suami.



Aku dengar en suami cerita terus berderai air mata. Ya Allah, kenapalah pemandu kereta sekarang ni sangat kejam hati mereka? Sudahlah motor tu kecik menumpang di jalanraya yang sama dengan kereta/kenderaan lain, ruang untuk mereka amat terhad. Terlalu ke kanan, itu untuk lane kereta. Terlalu tengah, kene maintain kelajuan sama dengan kereta. Terlalu ke kiri sangat dah kene himpit pula dengan segala lori /kenderaan besar.

Setiap kali en suami ke tempat kerja (shift pagi / petang) hati aku tak keruan. Benar-benar resah. Bagaimana keadaan dia sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerja. Berhujan berpanas di sepanjang highway. Aku hanya berdoa dan berserah supaya Allah sentiasa menjaga en suami untuk aku dan putri.

*sebak bila en suami berkata "Datang kereta ni dari susur kiri melulu keluar himpit aku hingga ke lorong paling kanan... Sikap mcm ni lah punca sabenarnya kemalangan maut di lebuh raya yg memandu sesuka hati... Lebih2 lagi melibatkan motosikal... Tapi aku xkan diam, sebab tadi aku hmpir dpt kemalangan maut atas sikap pemandu mcm niih..." Semoga en suami sentiasa dalam lindunganNya...




Comments

Popular posts from this blog

HFMD

bibir membengkak bintik-bintik dalam lidah dan sekitar mulut bintik ti tapak tangan She's only 5. Periang, suke menyanyi, menari dan banyak mulut. Dah dua hari dia demam. Tak nak makan.. Minum susu aje. Tu pun susah nak hisap botol sebab sakit mulut. Malam tadi die mengadu sakit mulut. Abg dan kakak ipar aku cek di sekitar mulut dan dalam mulut dia ade bintik-bintik. Terus bawa ke Pusrawi Kajang. Doc sahkan dia terkena HFMD. Ya Allah... masa abg aku call mak bgtahu malam tadi, mak aku dah sedih. Cucu kesayangan dia sakit. Mak ambil Dettol dan pencuci lantai terus mop lantai. Sambil mop sambil sedih.. Huuu...  So dia kene kuarantin di rumah. Sekolah dah diberitahu so harap dorang dapat buat cleaning satu sekolah sebelum bdk lain terkena. Tak sure my niece kene kat skolah atau di rumah..tp pembersihan dan pencucian perlu dilakukan di kedua-dua tempat (rumah & sekolah).  *Kakak cepat sembuh ye..nanti boley maen dengan Putri lagi..* Kopipes : Wikipedi...

Kahwin|Ajim|Jue

Ahad lepas selesai sudah majlis menyambut menantu di rumah maklong aku di Semenyih. Meriah ok!! Selesai sudah kenduri  untuk bulan Januari 2012. tukang sibuk.. maklong & paklong dgn pengantin Lemans' Family

ABAH | Part 1

Tak pernah aku bayang atau mimpi akan secepat ini kami akan berpisah. Semua yang berlaku sekelip mata. Hingga kini, aku masih terasa rasa abah masih di sisi.. Masih terngiang-ngiang suara dia. Terbau-bau haruman dia. Kau bayangkan, tadi elok kau bercakap dengan dia. Sihat orang tua.. Lenguh-lenguh sendi. Keletihan. Tiba-tiba kau hanya merenung jasad yang kaku. Allah.. Allah..Allah.. aku tak percaya. Tak mungkin... Tapi air mata ni mengalir bagai tak mahu berhenti. Hati ni remuk.  Petang 14hb Mac 2021, aku balik dari Sentul, nak hantar buah Sukun, kiriman mama Som. Abah mesti suka. Aku cakap dengan papa Zuwan, pa singgah rumah mak terus. Elok sampai, azan Maghrib. Terus siap-siap solat jemaah dengan abah dan papa Zuwan. Macam biasa, Abah imamkan.  Mak dah siap solat. Jaga budak-budak ni kejap. Selesai Maghrib aku siap nak balik. Esok budak-budak sekolah. Abah lama berteleku di sejadah. tak memandang ke belakang.  Aku kemas-kemas barang, abah panggil. Katanya dia semput. Ma...