Skip to main content

Posts

Showing posts with the label kemalangan

Hari Isnin yang sebu..

Semalam, Isnin 13/5/52013. Lepas keluar ofis encik suami msg. Dia ajak teman ke LRT Sg Besi. Nak beli fork spare dari kawan. Kene sampai sana dalam 7.30 malam. So aku dengan cargas balik ke rumah. Siap-siapkan cik Putri dan tunggu encik suami balik. Sebelum jam 7.00 malam kami dah sampai di area Serdang. Jem sebab kereta banyak. Uhh.. aku balik selalu tak pernah tempuh jem macam ni. Kami sampai tepat 7.30 malam. Tunggu punya tunggu, orang yang ditunggu tak sampai-sampai.. Aiyaaa... Bila orang tu call encik suami baru kami tau, kami dah salah tempat.. Hampeh betul. Dah la lapar, cik Putri bergusti dalam kereta. Dia tunggu di LRT Bandar Tasik Selatan... Kami bergegas ke sana. Nasib jem di Bandar Tasik Selatan masih boleh dikawal. Kereta bergerak perlahan. Tak la melekat satu tempat je kan. Stress gak tu... Selesai urusan jual beli, kami terus ke The Mines. Nak cari Farmasi untuk beli Phusiogel Al Cream/Lotion untuk cik Putri. Dari ke Guardian sampai ke Watson tak jual mende tu. ...

Mac! Mac! Mac!

Assalamualaikum semua warga blogger. (mana tahu ada yang sesat masuk sini kan...hihihi) Fuhh... dah lama tak update blog since dah gile berinstagram.. kikiki... sume benda aku nak snap...feeling photog.. lalala~ Bulan 3 aku jadi super mama.. Super busy.. Dengan cik putri tak berapa nak sihat.. Semput+Batuk Kahak+Eczema dia datang serentak. Lepas tu busy sambut birthday mak, kakngah, aqilah & cik putri (coming soon). Bulan Mac ni terlebih pokai.. Nasib semua sponsored by en suami.. Thanks sayang!! Hal kereta kene sondol lagi. Nak claim insuran teksi tu, tapi pihak insuran kata tak boleh. Hurm... kene claim insuran sendiri la nampaknya.. Tu KIV dulu.. Sebab nak spend duit untuk renovate rumah pulak.. Hari minggu kami memenuhi jemputan kenduri kahwin kawan kerja en suami. Lepas tu busy cari barang untuk birthday cik Putri Ahad ni. Yeay!! Tak sabar nak sambut ulangtahun pertama anak mama.. Cik putri dah masuk setahun!! Dalam pada tak sabar, ada cerita sedih aku nak share denga...

Aku redha...

Jumaat 8/02/2013: 2 -3 hari lepas aku rasa tak sihat. Rasa letih yang amat sangat. Letih mengemas di ofis tak habis, ditimpa musibah pulak. Hari Jumaat lebih kurang jam 12.40 tengahari, aku dalam perjalanan balik ke rumah dari ofis. Sambil memandu santai, tiba di Jalan Bukit Kajang tiba-tiba terasa kereta berdentum di bahagian sebelah kiri kereta.  Ya Allah, apa pula yang berlaku ni. Aku cuba tekan minyak untuk ke depan, kereta tak bergerak. Aku cuba ke belakang pun kereta tidak bergerak. Rupanya bahagian kiri kereta melekat dengan sebuah teksi! Aduhh... Aku cuba menghubungi en suami tetapi tidak berangkat. Aku cuba pula hubungi abah, sama tiada jawapan. Akhirnya teksi tersebut ke belakang dan aku berjaya menggerakkan kereta ke depan. Aku segera mengalihkan kereta ke bahu jalan. En. teksi sudah menunggu aku di luar kereta. Dia bising-bising aku telah melanggar teksinya dan menyalahkan aku. Dalam keadaan yang masih lagi trauma dan terkejut akibat pelanggaran itu, ak...