Skip to main content

Hari Isnin yang sebu..


Semalam, Isnin 13/5/52013. Lepas keluar ofis encik suami msg. Dia ajak teman ke LRT Sg Besi. Nak beli fork spare dari kawan. Kene sampai sana dalam 7.30 malam. So aku dengan cargas balik ke rumah. Siap-siapkan cik Putri dan tunggu encik suami balik. Sebelum jam 7.00 malam kami dah sampai di area Serdang. Jem sebab kereta banyak. Uhh.. aku balik selalu tak pernah tempuh jem macam ni.

Kami sampai tepat 7.30 malam. Tunggu punya tunggu, orang yang ditunggu tak sampai-sampai.. Aiyaaa... Bila orang tu call encik suami baru kami tau, kami dah salah tempat.. Hampeh betul. Dah la lapar, cik Putri bergusti dalam kereta. Dia tunggu di LRT Bandar Tasik Selatan... Kami bergegas ke sana. Nasib jem di Bandar Tasik Selatan masih boleh dikawal. Kereta bergerak perlahan. Tak la melekat satu tempat je kan. Stress gak tu...

Selesai urusan jual beli, kami terus ke The Mines. Nak cari Farmasi untuk beli Phusiogel Al Cream/Lotion untuk cik Putri. Dari ke Guardian sampai ke Watson tak jual mende tu. Adoiii... Letih... Last2 sambar je mana yang sesuai dengan cik Putri. - Eczema Cream.

Kami turun ke Kenny Rogers Roaster untuk dinner malam tu. Tengah menyantap akak sepupu aku call. Minta tolong tengokkan adik dia yang eksiden - Lori sampah langgar belakang kereta dia. Pemandu warga Indonesia, KOSONG... tak ada IC, tak ada Lesen, ada Passport, tapi tak nak tunjuk.. Memandangkan kebetulan aku berada area berdekatan tempat kejadian - Bulatan Lumba Kuda, kami bergegas ke sana. Encik suami pandu kereta macam F1 dah..

Sampai sana dah banyak call boy tengah pujuk2 suh amik insurans/tow track mereka. Encik suami tak banyak cakap terus minta pemandu lori tu ikut kami ke balai polis berdekatan. Tak nak settle luar sebab dia nampak macam nak melarikan diri.



Bincang itu ini, akak sepupu pun sampai. Kami buat keputusan escot lori sampah tu menghala ke Balai Polis Sri Petaling. Tapi sewaktu dalam perjalanan ke balai polis, tiba-tiba lori sampah melencong ke arah lain. Aksi kejar mengejar berlaku. Tak la kejar laju mana..lori sampah je pun, tapi cubaan dia melarikan diri buat kami semua kelam kabut. Ahh sudah... Lori sampah laju menghala ke highway Sungai Besi. Tiba-tiba dia berhenti di tepi laluan lebuh raya. Kami ingat dia tak tahu jalan, jadi kami tunggu di dalam kereta di hadapan lori sampah. Tengah encik suami buka google map, dia meluru keluar daripada kereta menghala ke arah lori sampah di belakang.

Dalam keadaan kelam kabut akak sepupu yang berada di dalam kerata di belakang lori sampah menelefon aku dan menjerit, "panggil wan, tak payah kejar, kita terus ke balai!!!" Aku yang terpinga-pinga terus berlari keluar sambil mendukung cik Putri. Aku lihat encik suami dan tunang adik sepupu keluar daripada bawah jambatan di bawah. Terkejut aku. Ahh...apa pula kali ni. Rupanya dalam kami kelam kabut di tepi highway tu, pemandu lori, seorang kawan lelaki dan seorang wanita nekad terjun ke bawah jambatan. Terjun ke dalam sungai barangkali dari bunyi percikan air yang deras di bawah jambatan.

Encik suami cuba mengejar, tapi mereka hilang dalam pekat malam di bawah jambatan. Akhirnya kami terus ke balai dengan hampa. Berani betul mereka. Nekad terjun untuk melarikan diri.

Tiba di Balai Polis Sri Petaling, adik sepupu dan tunangnya memberikan keterangan dan membuat laporan polis. Jam sudah menganjak ke 10.30 malam. Aku terpaksa minta diri bila cik Putri mula buat hal dalam balai polis. Memekik-mekik dan berlari-lari macam di padang. Haishh..anak dara sapa la tu....

Mereka selesai di balai lebih kurang jam 12.00 malam.

Bangun pagi masing-masing kepala pusing.. Penangan beraksi main kejor-kejor malam tadi.. Aduuhhhh....

Comments

Popular posts from this blog

ABAH | Part 1

Tak pernah aku bayang atau mimpi akan secepat ini kami akan berpisah. Semua yang berlaku sekelip mata. Hingga kini, aku masih terasa rasa abah masih di sisi.. Masih terngiang-ngiang suara dia. Terbau-bau haruman dia. Kau bayangkan, tadi elok kau bercakap dengan dia. Sihat orang tua.. Lenguh-lenguh sendi. Keletihan. Tiba-tiba kau hanya merenung jasad yang kaku. Allah.. Allah..Allah.. aku tak percaya. Tak mungkin... Tapi air mata ni mengalir bagai tak mahu berhenti. Hati ni remuk.  Petang 14hb Mac 2021, aku balik dari Sentul, nak hantar buah Sukun, kiriman mama Som. Abah mesti suka. Aku cakap dengan papa Zuwan, pa singgah rumah mak terus. Elok sampai, azan Maghrib. Terus siap-siap solat jemaah dengan abah dan papa Zuwan. Macam biasa, Abah imamkan.  Mak dah siap solat. Jaga budak-budak ni kejap. Selesai Maghrib aku siap nak balik. Esok budak-budak sekolah. Abah lama berteleku di sejadah. tak memandang ke belakang.  Aku kemas-kemas barang, abah panggil. Katanya dia semput. Ma...

HFMD

bibir membengkak bintik-bintik dalam lidah dan sekitar mulut bintik ti tapak tangan She's only 5. Periang, suke menyanyi, menari dan banyak mulut. Dah dua hari dia demam. Tak nak makan.. Minum susu aje. Tu pun susah nak hisap botol sebab sakit mulut. Malam tadi die mengadu sakit mulut. Abg dan kakak ipar aku cek di sekitar mulut dan dalam mulut dia ade bintik-bintik. Terus bawa ke Pusrawi Kajang. Doc sahkan dia terkena HFMD. Ya Allah... masa abg aku call mak bgtahu malam tadi, mak aku dah sedih. Cucu kesayangan dia sakit. Mak ambil Dettol dan pencuci lantai terus mop lantai. Sambil mop sambil sedih.. Huuu...  So dia kene kuarantin di rumah. Sekolah dah diberitahu so harap dorang dapat buat cleaning satu sekolah sebelum bdk lain terkena. Tak sure my niece kene kat skolah atau di rumah..tp pembersihan dan pencucian perlu dilakukan di kedua-dua tempat (rumah & sekolah).  *Kakak cepat sembuh ye..nanti boley maen dengan Putri lagi..* Kopipes : Wikipedi...

Ujian 2016

Update : 3 TAHUN BARU AKU POST. (SIMPAN DALAM DRAFT) Ujian buat kami sekeluarga. Baby Muhammad baru 26 hari, kene tahan wad sebab penurunan berat badan. Tambahan badan dia tiba-tiba panas 38'C. Asalnya ada check up untuk scan spine dia. Tapi ke lain jadinya. Sedih mak.. Dah la dalam pantang, kene masuk wad dok spital balik. Menjaga baby Muhammad, kene naikkan berat badan dia balik dan kes dia ada alahan susu lembu, muka dan badan dia naik ruam. Habis satu muka merah. Lapan hari Muhammad di tahan di Wad NICU Hospital Kajang. Selama itulah papa Zuwan datang jaga kami. Pagi petang datang bawa keperluan dan tolong jagakan baby Muhammad waktu melawat. Pelawat selain ibu/bapa tidak dibenarkan masuk. Sebab banyak baby yang tidak sihat, jadi untuk elakkan sebarang jangkitan kuman, pelawat biasa tidak dibenarkan melawat. 8 hari itulah macam-macam yang aku rasa. Sedih, rindu dan segalanya kat anak (kakak Putri & papa Zuwan) Hilang pantang aku bila kene ke hulu ke hilir jaga baby ...