Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2014

Khamis yang mendung

Alhamdulliah.. selesai majlis ulangtahun cik Putri Nurnazurah Qistina yang ke 2. Sambut awal sehari (hari Ahad 30/3/2014) memandangkan tarikh ulangtahunnya 31/3/2014 jatuh pda hari Isnin. Kami buat secara kecil-kecilan sahaja. Panggil adik beradik dan saudara mara terdekat. Menu utama Laksa (mama mentua masak) dan nasi bukhari (kaklong masak). Aku? aku sediakan candy buffet je. Memandangkan aku tak berapa nak sihat, demam, ciriti birit, sakit kepala sampai nak pitam, jadi aku tak banyak bergerak. Masa tulah sakit ni nak datangkan. Tak apalah, untuk Putri mama sanggup bertahan. Putri paling gembira sambut tetamu yang datang. Err.. sambut hadiah sebenarnya. Hahaha.. Sambut hadiah terus nak buka depan tetamu. Adoiii lah anak.. Gambar semua belum transfer dari hp aku dan en suami. Minggu ni kami tak b erapa sihat. Cik Putri dengan alergik, en suami dengan sakit mata dan aku masih lagi dengan sakit perut dan sakit kepala. Entah kenapa tak mahu kebah pula.. Datang ke pejabat dengan m