Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2012

Menunggumu

Ok, pasti semua sangka aku sudah selamat bersalin. Hahaha... Hakikatnya aku masih lagi membawa perut memboyot ni. Nak buat macam mana. Baby belum mahu keluar lagi. Sedap agaknya duduk dalam perut mama dia. Sudah dua minggu aku menetap di rumah mentua. Kerana mudah dan jarak yang dekat untuk en suami ulang alik dari tempat kerja di Shah Alam ke Sentul. Sekiranya sampai masa untuk aku bersalin, dia sempat untuk ke hospital. Kami memilih Hospital Kuala Lumpur. Alasannya kerana di Hospital Kajang suami tidak dibenarkan menemani isteri waktu bersalin. Aku dan en suami setuju dia akan menemani aku saat lahirnya anak kami nanti. Hari ini seawal jam 7.00 pagi aku, mama dan ayah mentua sudah bertolak ke Klinik Kesihatan Sentul (KK Sentul). Untuk regular check up. Masuk dalam kes tumpang klinik sementara menunggu hari bersalin. Aku sangat teruja bila melihat situasi di Klinik Kesihatan Sentul. Terletak di tingkat 2 bangunan 3 tingkat, berhawa dingin dan paling seronok seawal jam 7.30 pagi nomb

Dalam UjianNya

Jam 12 tengahari, tengah berbaring dengan penuh kemalasan, peluh terbit di dahi dan sedikit demi sedikit seluruh tubuh bermandi peluh. Perut memulas-mulas. Makin lama semakin tak best aku rasa. Aku terus bangunkan en suami yang sedang tido (kerja shift ptg). Ahh sudah!! Nak beranak ke ni?? En suami suruh aku bersiap-siap. Lompat masuk kereta, en suami terus memecut kereta ke Hospital Bersalin HKL. Buat pendaftaran bagai. Cek urine dan tunggu giliran untuk diperiksa oleh doc. Dengan perut yang asyik disentak-sentak aku sabar menuggu. Akhirnya nama ku dipanggil. Doc merekod beberapa maklumat dan merujuk daripada buku merah (pink). - Kene bebel dengan doc HKL sebab maklumat dalam buku merah tak berapa lengkap. Kemudian doc membuat pemeriksaan fizikal dan bab yang paling menakutkan waktu doc memeriksa dan menyeluk di bahagian bawah. Waaa!! Sakit hingga mengalirkan air mata ok... dan aku kene marah sebab angkat punggung waktu dia sedang periksa. Aku terkejut sebenarnya.. Hohoho.. Sebena

Kenangan Itu

Kadang-kadang apabila duduk sendiri teringat zaman-zaman muda remaja dulu. Sentiasa happy. Langsung tidak fikir apa-apa masalah. Enjoy dengan teman-teman. Tapi bila masa kian bergerak, semua sudah dewasa dan masing-masing ada tanggungjawab, semuanya berubah.  Teman-teman yang sentiasa disisi mula menjauhkan diri. Seorang demi seorang. Lebih-lebih lagi sewaktu aku mula berbadan dua. Semua menghilang. Janji teman sejati sehidup semati tidak lagi aku dengar di halwa telinga. Semuanya hilang bagai angin lalu. Entah kenapa aku benar-benar terasa sepi. Sewaktu bergembira bersama, semuanya indah. Sewaktu aku hilang upaya untuk bergembira, semuanya menjauh. Dalam hati tertanya, susah ke berteman dengan orang berbadan dua? Adakah begitu menyusahkan? Mungkin bagi mereka aku ni akan membebankan mereka sewaktu masa-masa mereka bergembira. Aku diperlukan hanya untuk pilihan-pilihan yang terakhir... Bagi aku, cukuplah aku hilang seorang teman yang dulu pernah sama-sama merasa pahit manis hidup ber

Akar Kayu Siti Fatimah

Semalam sewaktu ikut mak ke rumah kawan dia, melawat anaknya yg lepas bersalin minggu lepas, semua kawan-kawan mak teruja tgk perut aku yang memboyot. Muncung ke depan. Semua excited meneka baby boy. Tapi bila aku bagitahu doc kate girl, terus makcik-makcik tu terdiam. Hahaha... tgk la nanti baby boy atau girl yang keluar ye makcik-makcik.. Dalam pada dok borak-borak tu semua pakat suruh mak rendam air akar kayu Siti Fatimah. (Akar kayu tu aku pnh nmpk kat dlm gobok, tapi tak tahu apa kegunaannya..) Dorang semua bagitahu aku dah boleh minum air tu. Nanti kasi senang bersalin. Ala-ala air selusuh katanya. Aku yang tak tahu apa-apa sekadar mengangguk-angguk kepala saja. Hehehe... Balik dari melawat, mak terus amik akar kayu Siti Fatimah tu dan rendam dalam tumbler. Setengah jam akar kayu Siti Fatimah tu bertukar warna kulitnya. Jadi sedikit gelap. Lepas tu mak bagi aku minum. Aku minum seteguk dua lepas tu terus masuk tido. Malam tu aku sakit perut. Rasa senak macam kene gastrik. Lep

Persiapan Menyambut Orang Baru

Haritu en suami ade pesan. "Yang nanti listkan barang-barang nak beli tau".  Aku pandang en suami. "Barang apa?" aku tanya balik sambil kerutkan dahi.  "Barang baby laa sayang..." balas en suami sambil usik-usik perut aku. Hehehe.. Dengan teruja aku cari buku log kosong dan terus senaraikan barang-barang keperluan yang kami akan cari nanti. Eksaited lebih ni.... EDIT: Semua persiapan dah settle..tinggal tunggu masa untuk aku bersalin saja.. Kalau tak minggu ni, minggu depan.. Huhuhu... Barang-barang baby:  1.  Towel- 3 helai (Done) 2.  Selimut - 2 helai (Done) 3.  Diapers (New born) - 1 pack (Done) 4.  Napkin - 1 pack (Done) 5.  Baju lengan panjang / seluar - 3 helai (Done) 6.  Baju lengan pendek  / seluar - 3 helai (Done) 7.  Sarung tgn / kaki - 3 set (Done) 8.  Baby bath/syampoo/bedak/losyen - 1 set (Kcl/Bsr) (Done) 9.  Minyak telon/yuu yii (Done) 10.Botol susu/puting - 1 set (Kcl/Bsr) (Done) 11.Bakul baju - 1 set (Done) 12.Bakul baby - 1 set (Done

#2 Rasa Itu..

"Budak Toyota". Tiap kali ke seksyen 15 Shah Alam, aku akan jadi teruja. Entah kenapa, perkenalan yang singkat menjadikan kami mesra seperti sudah bertahun berkenalan. Ketika kereta aku masuk bengkel, kemalangan kecil sewaktu outstation di Banting, dialah yang membantu aku ketika aku dalam kesusahan. Patah kaki kerana tiaad kereta, dialah yang bersusah payah jemput aku ke bengkel dan membantu aku uruskan beberapa hal. Nak harapkan orang yang rapat dengan aku?? Hurmm.. sampai ke sudah tk nampak batang hidung.  Aku tak perlukan seseorang yang berpangkat, kaya dan berharta tapi langsung tidak membantu waktu aku dalam kesusahan. Aku hanya perlukan seseorang yang biasa tetapi waktu aku memerlukan, dia sentiasa ada walaupun aku bukan siapa-siapa bagi dia.  Siapa sangka, orang yang aku sangkakan garang dan sentiasa serius dalm semua perkara akhirnya membuka pintu hati dan cintaku untuk dimiliki olehnya.  Teringat hati berdebar-debar dan lidah kelu untuk berkata-kata sewaktu dia

Rasa Cinta Itu

04/03/2011 - 04/03/2012  Alhamdulillah.. hari ini genap usia perkahwinan kami yang pertama.. Sungguh..aku seperti bermimpi.. Perkenalan yang singkat akhirnya membawa kepada ikatan suci murni ini.. Betapa dialah teman, sahabat, dan suami yang terbaik buat diriku.. Tiada yang dapat kuungkapkan dengan kata-kata..hanya dialah di hati ku.. Akulah isteri yang paling bahagia di alam cinta. Cinta yang disemai akhirnya bakal menjadikan kami papa dan mama yang paling gembira di muka bumi Allah ini.. Semoga hubungan ini dirahmati dan sentiasa dalam lindunganNya. Semoga kami berbahagia hingga ke syurga... *Tiap kali bertentang mata, terasa cahaya cinta sentiasa besinar-sinar*

Rasa merasa..

Entry petang Jumaat yang mendung. Macam-macam perasaan yang aku rasa sekarang. Seronok sebab besok hari sabtu dan tentulah aku cuti dan aku nak ajak en suami pergi cari mkanan yang best-best. Hurmmm... Cuma pergerakan yang terbatas ni menyukarkan untuk aku berfoya-foya dengan gembiranya.  Tapi besok en suami kene overtime.. Hurmm.. tak best..tak best.. Tak dapat nak berkepit bermanja...  (Waktu mengandung ni aku tak boleh langsung berenggang dengan en suami. Nak berkepit bawah ketiak je manjang. Kenapa agaknye ye..?? Hurmm...) Tapi tadi aku dah siap-siap telefon en suami, petang ni nak pergi makan Mc D.  Dah lama kot tak makan Mc D.. Huu... Nak makan macam-macam ni... *dah buat beberapa perancangan pasal hal nak bersalin untuk seminggu dua ni.. pening-pening.. tapi tak sabar nak tunggu hari Ahad*