Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2013

# Bakal didiami

  Hadiah Ulangtahun ke 3. InsyaAllah... semoga kami lebih bahagia di sini...

Jantung Hati

Balik dari kerja cik Putri manja dah tunggu depan pintu. Campak handbag terus peluk cium dia. Macam lama sangat tak jumpa. Dia peluk leher tak lepas. Rindu mama sangat-sangat lah tu kan... Malam aku main masak-masak dgn cik Putri.. Putri masak "pish"... Sibuk bagi "tweety" bird dia makan.. nyum..nyum.. mulut dia sibuk mengunyah.. Jam 10.00 malam aku ajak masuk tido bila tengok dia menguap-nguap. Masuk bilik dia panjat katil, pandang kiri kanan cari papa. Papa?? Dia jawab sendiri "papa kije".. lepas nyonyot susu sebotol terus minta susu badan pulak.. Sambil-sambil layan dia nak tido tu, aku baca Bismillahhirrohmannirrhim... Tiba-tiba cik Putri ikut.. "**** llah.. *** mmann ***himmm..." Aku terpegun... Aku terus ucap syabas dan cium dahinya berkali-kali. (Selalunya dia akan tido dalam dakapan aku) Dia membalas pelukan aku.. Aku cuba lagi dengan doa harian lain. Doa makan.. dan betapa syahdu bila dia mengikut bacaan aku.. dengan pelat tutur, dengan

Ragam Aidilfitri

Masih dalam mood raya walaupun tak beraya sangat pun. Yang sakan beraya anak dara sorang tu la. Ziarah rumah saudara mara habis diteroka satu rumah. Adoiii... berkebaya lepas tu manjat kerusi meja.. Haishh.. anak dara siapa lah tu kan... Anak dara en Norezuwan le... Kekekeke... Pagi Syawal bersama kakak Maryam Husna Pagi Syawal di rumah atok Semenyih Dalam perjalanan ke Sabak Bernam Bersama MIL dan Rayyan Iman Langit Sabak Bernam Padi siap dituai dan bekas bendang dibakar Buah hati saya Anak dara berkebaya Bersama Makngah - balik ke KL Langit mendung

Aidilfitri datang lagi

Pejam celik pejam celik dah nak masuk bulan Syawal.. tik tok tik tok dah nak raya..selepas sebulan berpuasa.. (ye ke sebulan) Persiapan raya aku ala kadar aje.. tak la meriah mcm dulu-dulu.. Family 1st.. Lagipun sibuk uruskan hal rumah yang berbulan-bulan tertangguh. Alhamdulillah renovation 100 % settle dah.. tinggal ongkos dari KWSP je belum settle. Document & Lawyer je belum cari. Masa yang ada betul-betul pack!! Terkejar-kejar tak tahu mana nak dahulukan. Hal kereta, nak raya lagi, insuran & roadtax lagi.. Pitam... So raya ni aku dan en suami decide, kami raya secara bersederhana saja.. Mungkin lebih pada cik Putri saja kot. Aku percaya, weekend ni ada dah kawan-kawan yang akan balik ke kampung bagi yang berada di perantauan.. semoga selamat pergi dan kembali.. pasti seronok berkumpul adik beradik & sanak saudara. InsyaAllah, ini raya kami yang kedua untuk kami bertiga.. semoga kami bahagia dalam keberkatan dan dalam lindunganNya sentiasa.. Selamat Menyambut Hari Raya A