Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2012

Sebulan Sudah

Alhamdulillah, hari ini anak kesayangan mama Putri NurNazurah Qistina Binti Norezuwan berusia sebulan. En suami cuti. Jadi aku tidak keseorangan. Seawal pagi kami sudah berada di KK Kajang untuk pemeriksaan dan mengambil injection untuk baby usia sebulan. Putri tidur nyenyak dan sangat 'behave'. Tapi bila klinik sudah packed, Putri tunjukkan tanda-tanda tidak selesa dan mula meragam. Oh, jangan la adik buat hal waktu-waktu macam ni. Puas nak pujuk nanti.Nurse panggil nama aku untuk pemeriksaan air kencing dan kepekatan darah di makmal. Selesai, nombor giliran dipanggil dan aku terus ke bilik pemeriksaan nurse. Berat, ketinggian/panjang dan ukur lilit kepala putri di ambil. (4.0kg, 54cm, 37cm) Alhamdulillah, anak mama sihat walafiat. Nurse merekod beberapa maklumat dan menyuruh aku berjumpa dengan doc. Selesai, aku ke bilik doc dan doc berpuas hati dengan rekod kesihatan putri. Doc berikan krim untuk ruam susu yang memenuhi muka dan badan Putri. Kemudian aku

#4 Putri NurNazurah Qistina

Seminggu berpantang di rumah mentua, akhirnya aku balik berpantang di Kajang. Rindu juga dengan makanan berpantang masakan mama mentua aku. Sedap!! Hehehe.. pagi-pagi mandi air panas, berpilis dan berparam. Mama mentua yang sapu. Korang ade mak mentua jaga sampai macam tu sekali tak?? Hehe..Sayang mama!! Putri pun mama mentua yang jaga siang malam. Sebab aku masih belum kuat dan masih lagi tak reti buat semua tu. Masih lagi belajar.. Bila balik Kajang, jadi rindu pulak dengan mak mentua.. dengan mak sendiri boleh lagi degil-degil.. ye tak.. Huhuhu.. Kat Kajang aku sendiri yang jaga Putri. Mak tolong mandikan dan tengok-tengokkan kejap-kejap. Sebab dua orang anak buah aku pun perlukan perhatian nenek diorang. Manje lebih dorang tu!! Haishhh!! Hari pertama aku kena uruskan semua, aku jadi kalut. Itu tak kene.. ini tak kene.. Rasa macam nak menangis sebab takut aku terkasar atau risau Putri tak selesa. Bukan tak reti, anak-anak buah aku masa dorang kecik, aku yang uruskan. Tap

#3 Putri NurNazurah Qistina

Hari Isnin en suami terus Maju Junction untuk buat pendaftaran kelahiran baby sekaligus daftar nama di Pejabat Pendaftaran Negara. Tapi apakan daya, rupanya Pejabat Pendaftaran tu dah berpindah ke Kompleks Kerajaan Jalan Duta. Kemudian en suami terus ke KK Sentul untuk report kelahiran baby. Selesai semua en suami balik untuk dapatkan alamat di Pejabat Pendaftaran di Jalan Duta. Bila aku google, pejabat pendaftaran terdekat ada di Sri Rampai Setapak. Lepas makan tengahari en suami ke sana untuk mendaftar nama anak kami. Petang jam 6 baru en suami pulang. Dia merungut ade 9 kaunter cuma 4 sahaja yang dibuka. Haishh!! tak apalah, janji nama anak kami sudah didaftar dan sudah mendapat sijil kelahiran untuknya. Tinggal mykid sahaja perlu diambil di Pejabat Pedaftaran di Kajang dalam masa sebulan. PENDAFTARAN BIASA Pemohonan pendaftaran kelahiran biasa bermaksud setiap kelahiran yang berlaku di Malaysia hendaklah didaftarkan dalam tempoh 14 hari dari tarikh kelahiran kanak-kanak ter

2# Putri NurNazurah Qistina

 Putri NurNazurah Qistina selamat dilahirkan pada jam 1110 pagi dengan berat 3.19kg. Selesai prosedur selepas bersalin aku direhatkan sekejap di atas stretcher. Kemudian nurse bawa baby dan suruh aku susukan baby. Alhamdulillah, titisan susu pertama untuk anakku mengalir deras ke dalam mulutnya. Aku yang masih lagi lemah tetap rasa semangat. Kemudian nurse memberitahu bahawa aku sudah sedia untuk ditlak keluar masuk ke wad semula. Baby masih dalam pangkuanku. Aku lihat en suami sudah sedia menuggu di pintu Dewan Bersalin untuk mengiringi aku ke katil wad. Dia tersenyum gembira. Di katil, ramai ibu-ibu hamil yang lain tersenyum dan pasti tidak menyangka aku akan bersalin secepat itu kerana mereka masih lagi menuggu waktu untuk bersalin. (Overdue) Alhamdulillah, Allah S.W.T telah menjanjikan bahagian masing-masing dan aku bernasib baik kerana Dia permudahkan jalan bagiku. En suami terus memangku anak kami dan mengiqamatkannya. Dengan nada yang aku pasti diiringi sendu, aku mell

1# Putri NurNazurah Qistina

Bangun pagi hari Jumaat 30/03/2012 perut memulas-mulas. Gagahkan juga untuk bangun dan naik mandi di tingkat atas. Ingat sakit perut biasa. Tapi waktu nak sarapan tiba-tiba ade rasa macam sesuatu keluar dibawah. Ehh aku terkencing ke??. Ahh sudah! Aku berlari ke bilik air dan melihat ada lendir dan darah. Bergegas aku telefon mama mentua yang berada di kedai dan kami terus ke HKL. Hujan yang turun pada Jumaat pagi membuatkan perjalanan ke HKL tak berapa lancar. Jalan sesak untuk masuk ke kawasan kecemasan wad bersalin HKL. Aku dh menangis-nangis dalam kereta menahan kesakitan. Adik ipar aku yang memandu kereta terus kelam kabut. Sakit yang ku rasakan tak dapat aku ungkapkan dengan kata-kata. Tiba di PAC HKL tanpa mendaftar nurse terus mencapai fail aku yang sudah sedia ada (nurse cam muka aku) dan aku terus diperiksa oleh nurse yang membuat pemeriksaan fizikal. Doktor melakukan pemeriksaan di bahagian bukaan. Masih 1 cm tetapi contraction yang terlalu kuat buatkan doktor mengambil

~Hari Kita~

  hanya gambar ini menjadi pengubat rinduku....  04-04-1999 ~ 04-04-2012 Selamat Ulangtahun ke-13 untuk sahabat-sahabatku.. Semoga kita sahabat selamanya...

~Selamat Bersalin~

Kepada rakan semua saya selamat melahirkan bayi perempuan pada 31/03/2012 (Sabtu) jam 1110 pagi di Hospital Bersalin Kuala Lumpur.  Akan update pengalaman pertama dalam hidup...