Skip to main content

#4 Putri NurNazurah Qistina

Seminggu berpantang di rumah mentua, akhirnya aku balik berpantang di Kajang. Rindu juga dengan makanan berpantang masakan mama mentua aku. Sedap!! Hehehe.. pagi-pagi mandi air panas, berpilis dan berparam. Mama mentua yang sapu. Korang ade mak mentua jaga sampai macam tu sekali tak?? Hehe..Sayang mama!! Putri pun mama mentua yang jaga siang malam. Sebab aku masih belum kuat dan masih lagi tak reti buat semua tu. Masih lagi belajar..

Bila balik Kajang, jadi rindu pulak dengan mak mentua.. dengan mak sendiri boleh lagi degil-degil.. ye tak.. Huhuhu.. Kat Kajang aku sendiri yang jaga Putri. Mak tolong mandikan dan tengok-tengokkan kejap-kejap. Sebab dua orang anak buah aku pun perlukan perhatian nenek diorang. Manje lebih dorang tu!! Haishhh!!
Hari pertama aku kena uruskan semua, aku jadi kalut. Itu tak kene.. ini tak kene.. Rasa macam nak menangis sebab takut aku terkasar atau risau Putri tak selesa. Bukan tak reti, anak-anak buah aku masa dorang kecik, aku yang uruskan. Tapi bila anak sendiri rasa dia lain macam. Ada sekali tu aku hampir menitiskan air mata, mak tegur. Jangan menangis. Nanti bentan!! Aku tak tahu kenapa aku nak menangis, aku terasa betul-betul sedih. Aku cuba kuatkan semangat. Aku harus tempuh semua ni. Aku nak jadi mama yang kuat!! Demi anakku, Putri tersayang. En suami sentiasa membantu dan menyokong. Dia sentiasa ada di sisi waktu aku memerlukan. Dia banyak membantu uruskan Putri. Mak beri tunjuk ajar apa yang perlu aku buat. Syukur aku dikelilingi orang-orang yang sanggup susah dan senang dengan aku. Semakin hari aku sudah semakin kuat dan boleh mengawal keadaan.

Sekarang Putri suka sangat kalau papa dia tidokan. Dia hanya tido kalau menyusu dengan aku. Hahaha.. memang anak papa la Putri ni.. Lagi-lagi semua orang cakap Putri ikut muka papa dia.. Jeles mama taw!!

Putri suke senyum dan ketawa..

*semoga Putri sentiasa sihat dan jadi anak yang baik untuk papa & mama ye sayang*

Comments

  1. kak jie bersalin pun mak mertua yang jaga...kalau ikut pengajian mmg ustazah cakap, menantu perempuan memang tanggungjawap keluarga lelaki.

    Tahniah - seronoknya dapat cium bau baby....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak jie. Itula,org kata bpntg rmh sndr lg sronok, tp sy suka bpntg rmh mentua..dijaga rapi..

      Bau baby mmg best!! Hee...

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dalam Kenangan | Dr. Rasmani Md Zin

Sabtu 6/6/2020 jam 430 petang, dapat whatsapp dari group family. Paklang pengsan di klinik. Dalam hati aku mesti paklang letih bertugas. Kurang rehat barangkali.  Aku cuba call Nabiha. Panggilan tak berjawab. Aku call pula Arif. Arif jawab panggilan sambil tersedu. Lain macam ni. Dia cakap tunggu doktor cek. Paklang masih  belum sedarkan diri lagi. Allah.. aku dah tak sedap hati. Aku pesan apa-apa nanti update dalam group family Semenyih. Nabiha return call semula. "Kakly..." dia menangis kuat.. Aku sabarkan dia. Pulse paklang dah tak ada. Tunggu official dari doktor". Aku diam. Tak mungkin. Aku berharap doktor akan cuba yang terbaik untuk sedarkan paklang.  Aku call mak . "Mak, paklang pengsan kat klinik. Dah dibawa ke HUKM". Aku cuba ringkaskan info.  Mak dah tak tentu arah. Allah..allah dengar mak mengucap. Aku cakap tunggu berita dari Arif, Mak kata ok. Mak tunggu. Jam 500 petang, Arif update di group family Semenyih. "Assalam, dukacita dimaklu...

HFMD

bibir membengkak bintik-bintik dalam lidah dan sekitar mulut bintik ti tapak tangan She's only 5. Periang, suke menyanyi, menari dan banyak mulut. Dah dua hari dia demam. Tak nak makan.. Minum susu aje. Tu pun susah nak hisap botol sebab sakit mulut. Malam tadi die mengadu sakit mulut. Abg dan kakak ipar aku cek di sekitar mulut dan dalam mulut dia ade bintik-bintik. Terus bawa ke Pusrawi Kajang. Doc sahkan dia terkena HFMD. Ya Allah... masa abg aku call mak bgtahu malam tadi, mak aku dah sedih. Cucu kesayangan dia sakit. Mak ambil Dettol dan pencuci lantai terus mop lantai. Sambil mop sambil sedih.. Huuu...  So dia kene kuarantin di rumah. Sekolah dah diberitahu so harap dorang dapat buat cleaning satu sekolah sebelum bdk lain terkena. Tak sure my niece kene kat skolah atau di rumah..tp pembersihan dan pencucian perlu dilakukan di kedua-dua tempat (rumah & sekolah).  *Kakak cepat sembuh ye..nanti boley maen dengan Putri lagi..* Kopipes : Wikipedi...

Pennzoil - Ride It Right Putrajaya

 29/05/2011 Pennzoil Shah Alam telah mengadakan Konvoi Ride It Right sempena Cubprix 2011 di Putrajaya. En. suami dah mencari beberapa name untuk join aktiviti ni. Dalam 40 buah motor telah terlibat dalam konvoi anjuran Pennzoil ini. Bagi SBRC yang dh lame menceburi aktiviti konvoi ni tiada masalah. Untuk yang baru menyertainya, mereka amat teruja!!. Can see on their face.. hehehe..  En. suami ditugaskan sebagai 'marshal'. Oh my, We will be leading this convoy!! Sure, I', so excited. They also!! Tak banyak gambar yang dapat aku klik. Sbb utama ialah keselamatan aku dan encik suami serta mereka yang dibelakang.  Takkan aku suka-suka nak lepaskan tangan untuk klik sana sini. Biar mereka yang mahir melakukannya. Hehehe.. lg pun photo banyak di klik oleh bro Ruzzm Belang. Nice shoot bro!! berkumpul sebelum bertolak.. MILO dulu!! berkonvoi menuju destinasi.. mencari parking.. baru sampai.. panas woo!! nice bike.. dream for riding this bikes.. souve...