Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2011

i wish...

Alhamdulillah.. hari ini adalah hari Jumaat yang akhir dalam tahun 2012. Lagi sehari akan menyusul 2012. Di fb dan blog ramai yang bagitahu tentang azam masing-masing. Azam yang lepas-lepas dan azam yang akan datang. Termasuk aku,  nak jugak selitkan azam aku. Ada yang dah tercapai dan ada yang bakal tercapai dan ada juga azam yang aku baru nak cipta. Hehehe... Kahwin - Siap.. (seronok kawen ni weh!!) Mengandung - Siap.. (syahdu taw..) Ade baby - Akan datang.. (3 bln je lagi...doakan ye..) HTC - Dlm usaha (tetibe..haha) Rumah sendiri - Dlm usaha.. (rumah mahal-mahal ye sekarang.. fuhh)  Yang pasti aku mahu jadi ibu yang terbaik untuk baby yang bakal aku lahirkan ke dunia ini serta jadi isteri yang solehah buat suami tercinta. Semoga Allah permudahkan segala urusan dan lindungi kami sekeluarga dalam rahmatNya yang terternilai..  *malam ni nak g umah maklang..nk jadi penyibuk untuk kenduri hantar menikah abg sepupu aku besok..*

Baby Shower Gift

Ting Tong!! Wahh.. macam masuk kat kedai-kedai di shopping complex plakkan.. Dengan gumbiranya aku nak wat announcement... nak promote Baby Shower Gift hasil daripada salah sorang rakan blogger aku my everyday diary - puan aynz yang babynye -  mizan si budak comel.. hehehe.. geram... sekarang ade wat bisnis kecil-kecilan katanya.. (tolong kawan-kawan) Comel-comel shower gift tu..sesuai untuk dibuat hadiah sempena hari lahir / nak sambut ulang tahun anak-anak.. so cute... so kepada sesiapa yang berminat bolehlaa g skodeng blog puan aynz..cuci-cuci mata.. mana yang berkenan boleh order.. nak belikan untuk diri sendiri pun boleh.. hehehe.. *ade tak sesiapa nak hadiahkan saya baby shower gift tu?? *

Rindu Hari Khamis

email dari en suami.. hikhikhik..

Bicara Tanpa Kata

Kiraan Pergerakan bayi

Hari ni nurse suruh start wat kiraan pergerakan baby. Mula pukul 9.00 pagi.. blm pukul 12.00 tghari dah siap 10 kali gerak.. bagus anak mama ni...  Bermula dari pukul 9.00 pagi, kira pergerakan bayi anda sehingga 10 kali pergerakan. Sekiranya anda tidak merasa 10 kali pergerakan hingga 8.00 malam (dalam masa 12 jam) sila pergi ke hospital DENGAN SEGERA. "dok baik-baik dlm perut mama taw.. Nanti mama makan dan minum yang sihat-sihat untuk baby ye.. Tak mau lasak-lasak sangat.. sian mama.. Sayang anak mama..mmuuaahh!!" *hari-hari dok borak-borak dengan baby..seronok..*

Check up lagi

Macam biasa pagi-pagi dah terpacak depan pintu masuk klinik kesihatan. Lepas dapat no giliran duduk-duduk kejap. Lepas tu no dipanggil amik tekanan darah dan berat badan. Lepas tu amik ujian air kencing. Tunggu pemeriksaan daripada nurse. Semua macam biasa. Tapi kali ni, waktu pemeriksaan oleh nurse kene ceramah baik punya. Apa lagi. Pasal kenaikan berat badan laa.. Hadoii... Dok main kira-kira dengan nurse tadi.. Nurse bising.. dalam masa  3 bulan berat aku naik 10kg.. Huaaa... nurse sangat terkejut dan terus memberikan aku satu kuliah free. Terbaik... Lepas dpt nasihat berbakul-bakul, aku tunggu giliran untuk pemeriksaan daripada doktor pulak. Doktor tak banyak cakap, dapat nasihat sikit, lepas tu ye kan aje apa yang nurse catatkan. Lepas tu g amik suntikan kancing gigi yang ke-2. Sakitnya ya Allah.. nurse ajak borak-borak lepas tu chupp!! Adoii..mak!! Aku menjerit... Sakit.... Naik ke Klinik gigi di  tingkat atas. Tapi dorang tak terima sebab appointment dah penuh. Kene pergi har

Happy shopping

Semalam cuti umum (forward cuti Krismas - hari Ahad) Jadi aku plan nak jalan-jalan shopping barang baby sikit. Sabtu malam dah pulun baik punye shopping kat Jusco Au Setiawangsa. Terima kasih kepada en suami yang memberikan aku satu perasaan teruja waktu bershopping. Hehehe... Tapi pagi Ahad en suami sibuk nak servis motor dia. Jadi aku terpaksalah suruh adik ipar bawak aku g shopping. Hajat nak ke Ikea. Layankan dulu jalan-jalan cuci mata kat Sg wang lepas tu baru gerak ke Ikea. Memandangkan hari dah petang dan sedari awal agaknya orang beramai-ramai dah serbu Ikea, jadi barang yang tinggal tak berapa nak ada. Huhuhu...  Puas pusing-pusing ade laa beberapa item yang dapat aku sambar. Lagipun aku berdua dengan adik ipar. Mana nak larat memikul barang-barang tu semua. Untung dia ada, terpaksalah dia yang memikul barang-barang yang aku shopping. Time kasih ye Asni layankan mak buyung ni semalam. Hehehe.. *nak shopping awal2 sblm x larat nak berjalan shopping..*

All About My 1st Year Book

Balik makan tengahari, mak bagitahu ade parcel sampai. Huh?? Bile bukak terus aku Yes! Yes!  Cakap banyak tak mau, sila jeles.. hahaha.. Thanks to milkadeal & NZT Saujana Enterprise untuk buku yang sangat awesome ni.. *tak sabar nak tunjuk dekat en suami balik ptg nanti*

Jumaat Datang Lagi

Salam pagi Jumaat. Hari yang indah dan ceria. Sebab hari ini hari Jumaat..besok Sabtu cuti..Ahad cuti dan Isnin pun cuti.. Terasa gumbira hati ini.. Hehehehe.. Malam semalam en suami pesan, balik kerja petang nanti siap-siap kemaskan baju dan barang-barang keperluan. Malam ni nak balik Sentul. Dia ada projek nak servis moto kesayangan dia. Dah berkurun tak servis. Nak kasi cantik balik. Rupe motor dah macam mesin bajak sawah dah aku tengok. Hehehe.. jgn marah ye sayang... =)  Lepas tu Ahad nak balik Semenyih kejap. Ade family gathering. Biasanya hujung tahun kami sanak saudara akan berkumpul beramai-ramai buat makan-makan. Bincang-bincang hal keluarga. Tambahan bulan satu 2012 ni maklong dan maklang nak buat kenduri kawen abg-abg sepupu aku. Huih.. busy-busy.... Lepas tu hari Isnin, en suami janji nak bawak pergi shopping barang-barang baby. Diulangi, shopping ye... Huahuahua... terharunya aku... Teruja dan sangat-sangat tak sabar. Hari ni dengan penuh semangat aku pergi

my first milkadeal

Demi terpandang saja buku All About My 1st Year tu aku dah teruja!! Aku cari kat google mana nak dapatkan buku tu, tapi hampa tak jumpa. last-last terpandang adv kat milkadeal   tanpa berlengah terus aku terjebak beli voucher tu. sape nak bagi babe buku macam tu dengan harga yang best.. Highlights Book size: 12" x 10" Printed on high quality papers Contents are more relevant to Malaysian / Asian cultures Plenty of space for your favorite photos and details Includes a page for you to dedicate the book to a designated recipient, making it an ideal baby shower / newborn gift Contents include "When I was in the tummy", "How I got my name", "My family tree", "My 1st festive celebration", and many more Conditions Redemption Period: 28 December 2011 - 31 January 2012 Unlimited Purchase & Redemption per person Nationwide Delivery Available Delivery charges for Peninsular Malaysia: RM8; Sabah & Sarawak: RM12 Bank account det

Bertukar saiz

Semalam belek-belek baju dalam almari. Nak cari baju yang sesuai untuk kenduri kahwin abg-abg sepupu aku. Awal bulan satu tahun 2012, empat-empat minggu full book ye. Aku tersangatlah busy. Jadi inilah masa nak melaram kan. Konon-konon nak pakai saja baju yang ada. Masih nampak baru, cantik dan vouge gitu. Tapi bila aku sarungkan ke badan...erkkk... apesal tak muat pulak ni.. Puas aku tarik-tarik kain baju tu. Tapi sangkut tang perut. En suami yang dok perhati dari tadi dah pecah perut. Bantai gelakkan aku. Dah macam sarung balut nangka dia kata. Ohh...aku terlupa yang aku sedang berbadan dua..sedang mengembang dengan jayanya..bagai dipam-pam badan ni. Ohh tidak!!!! Baju kesukaan aku... Tak boleh jadi ni, kene jugak cari baju nk melaram masa kenduri nanti. Ingat nak cari je satin dress..nampak elegen sikit.. Heheheh... *minggu ni harap dapat shopping barang-barang keperluan*

Rindu Padanya

Minggu ni saja dah berapa malam tak boleh tido. Mata yang sememangnya mengantuk tetap tak mahu lelap. Tambahan dengan perut yang sekejap ok..sekejap tak ok.. Kembung perut.. Hurmm... Tengah-tengah malam terjaga tak tahu nak buat apa. Toleh sebelah, en suami tengah tido lena. Siap ade dengkuran halus. Hihihi..  Menatap wajah en suami buat hati aku sejuk. Sakit-sakit pun bila saja tengok muka dia aku rasa macam jatuh cinta buat kali ke lima ratus. Dia comel. Dia handsome. Dia kacak. Segalanya indah bagi aku. Dalam hati aku berdoa supaya kebahagiaan dan kegembiraan kami ini akan kekal hingga ke hujung nyawa.  Dialah suami..dialah teman dan dialah segalanya dalam hidupku. Semoga Allah memberkati dan sentiasa meredhai hubungan kami. Betapa aku cinta pada kamu Kamu buatkan hidupku sentiasa bahagia Senyum dan tawamu buat aku tenang Kau sentiasa disisi Susah senang kita bersama Moga cinta ini akan kita bawa hingga ke syurga Kau tetap kesayanganku Hingga akhir nafasku *luahan hati seo

Sakit!!!

Ok, hari Jumaat memang best. Tapi kalau buat kerja kelam kabut terus akan jadi tak best. Tengah aku busy buat kerja, print itu ini, fax sana sini dan siap-siap nak keluar hantar bil tak sedar jari kaki aku dah sangkut kat roda kerusi. Bila aku tolak kerusi (tambahan beban berat aku yang semakin gemok ni) jari kaki tersangkut dan terus masuk dlm lubang roda kerusi. Pergh!!! Sedap gile, rase perisa strawberry!! Ok aku tipu... Tapi rasa dia memang...Sakit!!! Terdiam aku sekejap.  Rasa nak menangis tapi sebab nak cepat punya pasal, perlahan-lahan aku tarik jari kaki keluar dari roda kerusi tu dan dengan kaki yang menggigil-gigil, aku tekap darah dengan tisu dan terus keluar ofis. Sambil jalan hencot-hencot aku bawak kereta dengan berkerut-kerut. Adoiii..memang tak boleh blah.. Sakit gile aku rasa.. Kulit terkopek yang tak tahan.. Dah laa kulit sehalus bayi.. Hahaha..ok..itu aku tak tipu.. dah jadi darah beku pulak.... *jap lagi nak jalan cari hadiah kejap*

Life

"I always knew looking back on the tears would make me laugh , but I never knew looking back on the laughs would make me cry " -unknown-

Friend

The best kind of friend is the kind you can sit on a porch swing with, never say a word, and then walk away.. feeling like it was the best conversation you've ever had -unknown-

Bahagia Hingga ke Syurga Sayang

Tak sabar rasanya nak berhari minggu. Besok dah Jumaat. sabtu ada jemputan majlis perkahwinan sahabat blogger iaitu memoriesintuition   merangkap sahabat baik aku dari sekolah (dari tingkatan 4, kolej hingga sekarang) Tak sabar rasanya nak tengok dia naik pelamin. Teruja sangat-sangat. Masa dia bertunang aku tak dapat nak join sebab aku tengah mabuk kepayang . Jadi bila tiba waktu kenduri kawen aku dah siap-siap cakap dengan en suami yang aku tak sabar nak pergi Serendah. Jadi dia balik kerja shift malam pagi Sabtu tu biar dia tido siap-siap nanti aku yang akan drive die ke sana. Hehehe.. Untuk sahabat aku, Nurrul Iman yang aku sayang, doa aku untuk kau tak akan pernah putus. Kaulah sahabat, kawan dan teman waktu susah senang kita.Tak akan aku lupa, kau sentiasa ada waktu aku memerlukan. Tak kira apa saja yang berlaku, kau tetap disisi aku bg peransang dan semangat saat aku jatuh, pimpin aku berdiri dan harungi arus deras yang pernah cuba nak tenggelamkan aku. Semoga kau tak akan

yg mama harapkan

Tengah baring-baring.. sambil usap-usap perut yang semakin memboyot.. sambil borak-borak dengan baby dalam perut.. adik adalah tanda cinta mama & papa.. mama harap adik jadi anak yang soleh & solehah.. mama harap adik jadi anak yang baik.. mama harap adik jadi manusia yang berguna.. mama harap adik tak susahkan sesiapa bila hidup di atas muka bumi Allah ini.. mama harap adik doakan mama & papa bila kami dah tua atau sudah tiada.. buatlah baik pada sesama manusia.. baik kita orang tak kenang tak apa..janji Allah Maha Mengetahui.. jangan susahkan orang lain untuk jadi senang sebab kita tak akan rasa bahagia & gembira akhirnya.. mama & papa sentiasa ada bersama-sama adik hingga hembus nafas kami yang terakhir.. kasih dan sayang dari mama & papa tak berbelah bahagi untuk adik.. mama harap segalanya baik-baik saja.. *semoga kita sekeluarga sentiasa dalam lindunganNya..amin..*

Check Up lagi

Pagi Selasa ade check up. Macam biasa amik berat badan - kembali normal. Tekanan darah - normal. Ujian darah dan ujian air kencing - normal. Alhamdulillah..semuanya kembali normal. Nasihat daripada nurse, aku perlu kekalkan keadaan normal ni sehingga 9 bulan akan datang. Huii..tak apa nurse..saya akan cuba sedaya upaya saya demi baby tercinta.. Wahh!!  *Tak sabar nak pergi scan perut.. Nak scan biase atau try 4D scan?? Hurmm.. *

Love You Like A Love Song

"Love You Like A Love Song" It's been said and done Every beautiful thought's been already sung And I guess right now here's another one So your melody will play on and on, with the best of 'em You are beautiful, like a dream come alive, incredible A centerfold miracle, lyrical You've saved my life again And I want you to know baby I, I love you like a love song, baby I, I love you like a love song, baby I, I love you like a love song, baby And I keep hitting re-peat-peat-peat-peat-peat-peat I, I love you like a love song, baby I, I love you like a love song, baby I, I love you like a love song, baby And I keep hitting re-peat-peat-peat-peat-peat-peat Constantly, boy you played through my mind like a symphony There's no way to describe what you do to me You just do to me, what you do And it feels like I've been rescued I've been set free I am hypnotized by your destiny You are magical, lyrical, beautiful You are..

Nice to grab!!

Ok, lepas skodeng2 Ikea punye website aku terus teruja nak ajak en suami shopping.. maybee this weekend atau next weekend.. ade beberapa item yang aku nak cari dan ade dlm listing... Price pun agak munasabah.. Jadi harap-harap aku dapat apa yang aku inginkan.. cot matress baby towel baby blanket muslin clothes baby sleeping bag - girl baby sleeping bag - boy Baby storage *tak sabar nak balik petang ni*

Rabu yang Sebu

24 minggu hamil buat perut aku terasa sebu. Ketat dan semakin memboyot. Nak duduk susah.. nak bgn susah.. bukan merungut.. Just nak share ngan mummy-mummy to be kat luar sana yang kot-kot tersesat masuk blog sawang aku ni kan.. Kalau 3-4 bulan aku dah rasa kejang-kejang kaki waktu malam. Sekarang tak kira masa. Bila-bila die nak kejang, selambe aje kaki aku mengejang tanpa segan silu. Adoii...sakit taw tak...  Tu baru kes kekejangan. Masuk kes nak tido malam lagi haru. Meniarap dh tentu tak boleh. Menelentang pulak boleh sesak nafas jadinya. Sekarang ni, mengiring ke kanan tak boleh..ke kiri pun tak boleh. Aku tengah fikir posture tubuh yang sesuai untuk aku. Lain orang lain peelnye ye.. Dah macam-macam cara aku buat. Letak bantak bawah pinggang..bawah punggung..naikkan kaki atas bantal.. tinggikan bantal kat kepala..tapi semuanya hampa.. akhirnya aku tertidur dalam keletihan.   Bangun pagi je mesti susah nak gerakkan badan. Terpaksa en suami tarikkan tangan aku untuk bangun. Lepas

Selasa yang Suram

Selalu hari Isnin adalah hari moody. Tapi bagi aku dari semalam bawak ke hari Selasa aku masih lagi moody. Terasa suram. Tak ceria. Entah kenapa terasa sebak..sedu..sedih dan hiba. Rasa setiap saat aku nak menangis. Untuk apa tangisan tu aku tak tahu. Puas en suami pujuk. Layankan kerenah aku. Waktu dia ada aku boleh tersenyum. Bila dia tak ada dengan aku, aku bermuram durja balik. Aduhh..kenapalah ada perasaan macam ni?? Hari ni hari Selasa, tapi aku ingat hari Jumaat. Pergi kerja, aku berjubah hitam dan tepat 12.30 tghari penuh semangat aku terus balik rumah makan. Sampai rumah aku rasa lain macam. Bila tengok handphone baru perasan hari ni hari Selasa. Ya Allah... kenapa dengan aku ni... Hari ni en suami balik lewat. Dia kata nak singgah Sentul dulu. Nak renew road tax motor legend dia yang dah tertangguh berbulan-bulan tersadai. Mesti balik karang aku duk termenung muram lagi.  Cepatlah hari minggu sebab aku dah tak tahu nak buat apa.. Cuma kepingin berehat. Aku terasa penat ya

SANDING | SHIELA | ZAKI

Hari Ahad aku dan en suami ke Sri Petaling. Menghadirkan diri ke Majlis Persandingan kawan kelas aku masa kat Sekolah Teknik Kajang. Shiela & Zaki suaminya. Adelah jumpa dengan kawan-kawan kelas yang memang dah lama tak jumpe kan. Meriah bertul.. dah lama tak bergurau.. :) pengantin baru tiba shiela & zaki makan beradab nora, iman (bakal pengantin) & aku geng teknik kajang Balik dari kenduri terus balik Sentul. Adik ipar aku suruh amik jeruk asam yang di beli dari Pineng. Ok sedap.. Tak kelat atau masam macam selalu aku rasa. Kira kenelah dengan tekak mak buyung ni. Thanks Asni. Ingat gak kat along. Hehehe.. Otw balik konon nak g cari Burger Bakar (diwar-warkan dekat FB) kat area Wangsa Maju.  Pusing satu seksyen 4 ngan 5 tak jumpa-jumpa. Putus asa aku ajak en suami balik. Lagipun dah nak hujan. Takut Kajang banjir macam Jumaat lepas. Sampai kat Jalan Pahang dah start jem. Kereta tak bergerak langsung nak ke Bulatan Pahang tu. Aku suruh en suami ikut ja

Tragedi Petang Jumaat

Pukul 4.30 smlm (Jumaat) mak telefon aku. Dengan cemas emak bagitahu yang Kajang banjir. Air naik semeter. Mak pesan balik kerja nanti hati-hati. Jangan masuk arah laluan ke Kajang. Sebab kereta banyak sangkut. Aku terus plan balik nanti nak ikut jalan yang mana.  Tiba waktu balik, dari highway silk aku terus amik tol Rm1.00 tak berani nak turun ikut laluan biasa Jalan Bukit. Sebab sure jalan sana jem. Aku turun highway terus masuk ikut jalan Taman Jasmin. Jalan ke arah Semenyih pun aku tengok dah sesak. Syukur, sampai saja dirumah mak dah tunggu aku. Hujan masih lagi turun dengan renyai-renyai. Tidak selebat tadi. Aku terus buka TV, Internet dan segala macam siaran untuk mendapatkan maklumat mengenai banjir di Kajang. Hasilnya beberapa gambar dan video daripada rakan-rakan di Facebook membuatkan aku terkedu. Ya Allah... bencana telah melanda Kajang dalam beberapa saat/minit ketika tiada sesiapa menyedarinya. Biarpun tidak sehebat Tsunami melanda Jepun dan banjir besar di Thailand,

Perbaharui Lesen Memandu

Selasa lepas aku ke pejabat pos nak perbaharui lesen memandu yang akan tamat tempoh pada 1/12/2011. Kebiasaannya aku akan baharui selama 2 tahun. Sebab kalau setahun-setahun ni rasa macam kene pergi banyak kali pulak kat Pejabat Pos Kajang yang susah nak cari parking tu buat aku menyampah. Memandangkan tarikh tamat tempoh  pada lesen memandu sekarang dikuatkuasakan menggunakan tarikh hari lahir kita, jadi aku perlu menambah bayaran untuk  tambahan bulan yang berikut. Bayaran untuk dua tahun sebanyak RM 60-00 dan bayaran tambahan bulan sebanyak RM 15-00 serta cukai pos RM 2-00. Jumlah bayaran RM 77-00. Tak kisahlah berapa janji aku dah settlekan untuk perbaharui lesen aku. Lega!! yeay!! lesen dah renew!! *ahad ni nak pergi kenduri kawen kawan satu kelas masa sekolah teknik kajang. asal kenduri kawen aje aku teruja. nape ehh*