Skip to main content

Check up lagi


Macam biasa pagi-pagi dah terpacak depan pintu masuk klinik kesihatan. Lepas dapat no giliran duduk-duduk kejap. Lepas tu no dipanggil amik tekanan darah dan berat badan. Lepas tu amik ujian air kencing. Tunggu pemeriksaan daripada nurse. Semua macam biasa. Tapi kali ni, waktu pemeriksaan oleh nurse kene ceramah baik punya. Apa lagi. Pasal kenaikan berat badan laa.. Hadoii... Dok main kira-kira dengan nurse tadi..

Nurse bising.. dalam masa  3 bulan berat aku naik 10kg.. Huaaa... nurse sangat terkejut dan terus memberikan aku satu kuliah free. Terbaik... Lepas dpt nasihat berbakul-bakul, aku tunggu giliran untuk pemeriksaan daripada doktor pulak. Doktor tak banyak cakap, dapat nasihat sikit, lepas tu ye kan aje apa yang nurse catatkan.

Lepas tu g amik suntikan kancing gigi yang ke-2. Sakitnya ya Allah.. nurse ajak borak-borak lepas tu chupp!! Adoii..mak!! Aku menjerit... Sakit.... Naik ke Klinik gigi di  tingkat atas. Tapi dorang tak terima sebab appointment dah penuh. Kene pergi hari lain.. Huuu..sadis..sadis.. Next appt 5/1/2012 - Scan. 6/1/2012 - MGTT (minum air gula). 10/1/2012 - check up. Wahh.. Penuh jadual bulan Januari nanti.

Balik tu ingat nak g scan baby. Kami terus ke Poliklinik UKM. tapi Dr Rizal dan Dr Fazilah tak ada. Nurse suruh datang hari lain. Tak puas hati aku ajak suami ke KPMC di Kajang. Lepas amik nombor tunggu kejap no dipanggil. Aku discan oleh Dr Jamil. Pakar sakit puan. Tak banyak cakap doktor ni. Scan sekejap..dah. Dia bagi print paper tu lepas tu senyap aje. Aku yang teruja tengok scan 3D tu terus lupa nak tanya, apa jantina baby dlm perut ni. Adoiii... Next appt di KPMC Kajang 9/1/2012.


*semoga dipermudahkan segalanya..doakan untuk aku ye kawan-kawan..*



Comments

Popular posts from this blog

ABAH | Part 1

Tak pernah aku bayang atau mimpi akan secepat ini kami akan berpisah. Semua yang berlaku sekelip mata. Hingga kini, aku masih terasa rasa abah masih di sisi.. Masih terngiang-ngiang suara dia. Terbau-bau haruman dia. Kau bayangkan, tadi elok kau bercakap dengan dia. Sihat orang tua.. Lenguh-lenguh sendi. Keletihan. Tiba-tiba kau hanya merenung jasad yang kaku. Allah.. Allah..Allah.. aku tak percaya. Tak mungkin... Tapi air mata ni mengalir bagai tak mahu berhenti. Hati ni remuk.  Petang 14hb Mac 2021, aku balik dari Sentul, nak hantar buah Sukun, kiriman mama Som. Abah mesti suka. Aku cakap dengan papa Zuwan, pa singgah rumah mak terus. Elok sampai, azan Maghrib. Terus siap-siap solat jemaah dengan abah dan papa Zuwan. Macam biasa, Abah imamkan.  Mak dah siap solat. Jaga budak-budak ni kejap. Selesai Maghrib aku siap nak balik. Esok budak-budak sekolah. Abah lama berteleku di sejadah. tak memandang ke belakang.  Aku kemas-kemas barang, abah panggil. Katanya dia semput. Ma...

HFMD

bibir membengkak bintik-bintik dalam lidah dan sekitar mulut bintik ti tapak tangan She's only 5. Periang, suke menyanyi, menari dan banyak mulut. Dah dua hari dia demam. Tak nak makan.. Minum susu aje. Tu pun susah nak hisap botol sebab sakit mulut. Malam tadi die mengadu sakit mulut. Abg dan kakak ipar aku cek di sekitar mulut dan dalam mulut dia ade bintik-bintik. Terus bawa ke Pusrawi Kajang. Doc sahkan dia terkena HFMD. Ya Allah... masa abg aku call mak bgtahu malam tadi, mak aku dah sedih. Cucu kesayangan dia sakit. Mak ambil Dettol dan pencuci lantai terus mop lantai. Sambil mop sambil sedih.. Huuu...  So dia kene kuarantin di rumah. Sekolah dah diberitahu so harap dorang dapat buat cleaning satu sekolah sebelum bdk lain terkena. Tak sure my niece kene kat skolah atau di rumah..tp pembersihan dan pencucian perlu dilakukan di kedua-dua tempat (rumah & sekolah).  *Kakak cepat sembuh ye..nanti boley maen dengan Putri lagi..* Kopipes : Wikipedi...

Ujian 2016

Update : 3 TAHUN BARU AKU POST. (SIMPAN DALAM DRAFT) Ujian buat kami sekeluarga. Baby Muhammad baru 26 hari, kene tahan wad sebab penurunan berat badan. Tambahan badan dia tiba-tiba panas 38'C. Asalnya ada check up untuk scan spine dia. Tapi ke lain jadinya. Sedih mak.. Dah la dalam pantang, kene masuk wad dok spital balik. Menjaga baby Muhammad, kene naikkan berat badan dia balik dan kes dia ada alahan susu lembu, muka dan badan dia naik ruam. Habis satu muka merah. Lapan hari Muhammad di tahan di Wad NICU Hospital Kajang. Selama itulah papa Zuwan datang jaga kami. Pagi petang datang bawa keperluan dan tolong jagakan baby Muhammad waktu melawat. Pelawat selain ibu/bapa tidak dibenarkan masuk. Sebab banyak baby yang tidak sihat, jadi untuk elakkan sebarang jangkitan kuman, pelawat biasa tidak dibenarkan melawat. 8 hari itulah macam-macam yang aku rasa. Sedih, rindu dan segalanya kat anak (kakak Putri & papa Zuwan) Hilang pantang aku bila kene ke hulu ke hilir jaga baby ...