Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2011

Detik Itu

Aku lihat detak jantungnya.. Aku lihat tgnnya meliuk liuk.. Sungguh aku terpaku & terharu.. Aku menunggu kau dengan penuh kesabaran.. Setiap detik aku rasakan kehadirannya di dalam rahimku.. Sesungguhnya aku bersyukur kepada Mu Yang Maha Esa.. ~ Anugerah yang tak ternilai untuk mama & papa ~ *tak sabar menunggu en suami pulang dari kerja*

Cubaan pertama

Balik dari ofis semalam terus g cari bahan-bahan nak buah cachos & cheese.  (Ada beberapa bahan yang aku x masukkan - sbb x jumpe.. hahaha) So inilah cubaan pertama aku, menjadi!! siap di bakar sedia dinikmati..yummy!! salad epal & pear *xleh layan byk sgt nanti sebu perut..hehehe...*

Jajan Oh Jajan

Lunch tengahari td mak masakkan ikan masak pindang. Urghh..sup die mmg superb.. pedas, masam & masin. I like~ On the way balik ke ofis singgah ke tujuh sebelas beli jajan. Lama tak makan jajan. Sejak dua menjak dh boleh jamah makanan semula aku dh terliur macam. Tapi bukan mengidam ye.. Yang mengidam tu en suami. Tengah-tengah malam mintak ais krim, mintak nestum, mintak air ais krim soda. Aduhhh... aku yg x selera makan, die yg nak makan macam-macam. air mangga,  potato cracker & dark chocolate.. dark chocolate yg sedap!! *besok dh jumaat..wow!!*

irresistable tuesday

*menggubah bunga sampai tangan melecet.. bidan terjun, jd mcm ni laa... *

Kala Hujan

Hujan - @ UKM

Perasaan Tanpa Kata

En suami bekerja shift malam. Waktu dia balik pagi td aku masih lagi dalam balutan selimut. Rasa tak sedap badan. Bila en suami kejut aku terus bersiap nak ke ofis. En suami nak bawa ke klinik. Tapi aku menolak sebab Jumaat nanti nak monteng lagi. Haih... Gagahkan juga ke ofis dengan perut yang senak.  Waktu bersarapan, en suami bercerita waktu dia mahu pulang ke rumah sebaik pulang daripada tempat kerja. Sewaktu tiba di bulatan (Shah Alam seksyen berapa aku tak ingat) ada dua buah motor di hadapannya. Tiba-tiba sebuah moto di hadapan sekali (beri signal ke kiri tetapi terus memintas jalan untuk ke kanan hingga menyebabkan moto di hadapan en suami jatuh tersembam ke atas jalan (batu bata).  Pakcik tua tersebut tak mampu bangun kerana dihempap oleh motosikalnya. En suami sempat membrek motosikalnya daropada melanggar pakcik tua tersebut. En suami terus mengangkat tangan memberi isyarat supaya kenderaan di belakang tidak melanggar mereka berdua.  Sebuah lagi motosikal tiba untuk memb

Selamat Bersalin

Tahniah buat sabahat dan juga blogger Misi Menjadi Mama kerana selamat melahirkan anak perempuan diberi nama Alya Qaisara pukul 3.00 pagi, 21/09/2011. Aku sangat teruja. Sabtu ni aku harap dapatlah melawat si ibu (nak gosip-gosip pasal hal bersalin) dan si anak (nk cubit-cubit). Hehehehe... *Tak sabar nak tunggu Puan Jazwina Kulal meng update blog beliau..*  EDIT : Sabtu lepas aku g melawat Jazwina & baby baru die. Pembetulan nama baby Alya Qaisara Firas.  baby syok td0... aunty laicy nk enterframe jugak.. hehehe... *ambil beberapa tips2 penting daripada orang lepas bersalin. Ok, saya kene bersedia mental dan fizikal daripada sekarang*

MALAS

Cuti 16 September lepas, Jumaat ptg beraya ke Paya Jaras. Malam beropen house di Taman Dato Senu. Sabtu petang beraya di Shah Alam dan Padang Jawa Klang. Sakan beraya terus hari Isnin aku tak berdaya nak ke ofis. Tapi gagahkan juga sebab Jumaat nanti kene cuti lagi untuk sesi minum air gula kat Klinik Kesihatan. Perut plak dari malam tadi rasa tak selesa. Sungguh hari ni tersangatlah malasnye lah aku rasa. M.A.L.A.S

Pemeriksaan Kandungan Kali Pertama

Hari ni aku ke Klinik Kesihatan Kajang seawal jam 7.30 pagi. Semata nak berebut parking dan nombor giliran. Apatah lagi ini adalah pemeriksaan kali pertama aku. Jadi  pasti aku akan kehilangan arah nanti. Di sana aku perlu mendaftar, dapatkan kad ibu hamil yang pertama dan pemeriksaan yang diwajibkan ke atas aku. Untung aku ibu hamil yang pertama mendaftar untuk buku ibu hamil pada hari itu. Jika terlewat, mahu juga aku berbaris panjang seperti mereka yang lain.   Selepas mendaftar, aku perlu mengisi maklumat peribadi di dalam buku ibu hamil atau buku merah. Untung aku bertanya kepada kenalan sebelum datang ke sini kerana nurse meminta aku tunjukkan surat nikah  (untuk mengesahkan tarikh kita berkahwin-untuk perkahwinan pertama- mengandung anak pertama), bil air atau api (untuk mengesahkan alamat tempat tinggal) dan salinan kad pengenalan suami.   Kemudian aku ke bahagian  ambil darah untuk di hantar ke makmal uji. Mujur keputusan ujian tersebut hanya mengambil masa lima m

Bulan & Bintang : What I Love About You

Waktu malam bila kita mendongak ke langit, kita akan nampak bulan & bintang (Kalau hari tak hujan la ye..) Masa tu kalau kita di utara dan dia di selatan, pasti melihat bulan dan bintang yang sama.  What I Love About You I love the way you look at me, Your eyes so bright and blue. I love the way you kiss me, Your lips so soft and smooth. I love the way you make me so happy, And the ways you show you care. I love the way you say, "I Love You," And the way you're always there. I love the way you touch me, Always sending chills down my spine. I love that you are with me, And glad that you are mine. - Crystal Jansen -  *mood jiwang pagi selasa*

kek yang ke 26

Raspberry cake sponsored by en suami.. Terima kasih suamiku..

Raya 2011 @ Sabak Bernam

Jem sebab lampu merah x berfungsi.. Pakcik baju putih duduk bawah pokok bergosip!! Raya kat Sapintas Nak beraya ke Sungai Tengi keluarga datang beraya.. Indah Permai.. Sayup mata memandang.. One happy family.. *Pengalaman pertama yang sukar digambarkan kata-kata.. Beraya bersama suami dan keluarga mertua..*

Raya 2011 @ Semenyih

posing pg raya kat rumah atok.. sambut birthday skali.. the boys.. gosip kuat nih.. *just 1 word.. seronok!!*

Semoga Sentiasa Dalam LindunganNya

Pukul 10.00 malam (Rabu) dapat panggilan telefon dari en suami. Tengah borak-borak tiba-tiba die cakap.. "Ayang...Selamat Hari Jadi". Aku terkedu. 8 September 2011 adalah hari lahir aku yang ke 26 tahun. Selama 26 tahun hidup dah macam-macam yang aku lalui. Pahit manis sedih gembira dan segala-galanya yang membuatkan aku lebih matang dan untuk aku jadikan pedoman dalam kehidupan. Dari sekecil tapak tangan mak hingga besar panjang aku hidup dalam lingkungan mak dan abah. Degil aku, keras kepala aku, rajuk aku semuanya dalam tangan mak & abah.  Lepas berkahwin segala-galanya aku serahkan kepada suami. Kini aku bahagia dengan orang-orang di sekeliling aku. Tiada lagi kesedihan dan kedukaan lalu yang bisa menggugat perjalanan hidup aku. Sesungguhnya, aku amat bersyukur kepadaNya kerana diberi kesempatan bernafas lagi untuk merasai nikmat hidup di dunia yang sementara ini.  *Lepas matikan talian telefon baru aku sedar.. abg!! baru pukul 10.00 malam (7/9/2011-rabu) blm

Kembali bertugas

Selepas seminggu bercuti raya, hari ni aku kembali bertugas seperti biasa. Atas meja melambak dengan DO dan invoice yang perlu di keluarkan dengan segera. Masak aku. Pening kepala makan ketupat rendang segala bagai masih belum reda. Mabuk kepayang pun belum hilang. Haih..  Pengalaman balik beraya ke kampung adalah satu pengalaman baru bagi aku. Rasa ketidakselesaan dan ketidakbiasaan adalah lumrah bagi orang seperti aku. Tapi selepas 2 -3 hari barulah aku dapat menyesuaikan diri. Suasana kampung betul-betul meriah. saudara mara datang menziarahi. Kecoh sekampung. Seronok!! Gambar-gambar akan diupload kemudian. Nak selesaikan kerja-kerja yang tertangguh dahulu.  *masih dalam mood raya*