Skip to main content

Perasaan Tanpa Kata


En suami bekerja shift malam. Waktu dia balik pagi td aku masih lagi dalam balutan selimut. Rasa tak sedap badan. Bila en suami kejut aku terus bersiap nak ke ofis. En suami nak bawa ke klinik. Tapi aku menolak sebab Jumaat nanti nak monteng lagi. Haih... Gagahkan juga ke ofis dengan perut yang senak. 

Waktu bersarapan, en suami bercerita waktu dia mahu pulang ke rumah sebaik pulang daripada tempat kerja. Sewaktu tiba di bulatan (Shah Alam seksyen berapa aku tak ingat) ada dua buah motor di hadapannya. Tiba-tiba sebuah moto di hadapan sekali (beri signal ke kiri tetapi terus memintas jalan untuk ke kanan hingga menyebabkan moto di hadapan en suami jatuh tersembam ke atas jalan (batu bata). 

Pakcik tua tersebut tak mampu bangun kerana dihempap oleh motosikalnya. En suami sempat membrek motosikalnya daropada melanggar pakcik tua tersebut. En suami terus mengangkat tangan memberi isyarat supaya kenderaan di belakang tidak melanggar mereka berdua. 

Sebuah lagi motosikal tiba untuk memberi bantuan.  Rupa-rupanya rakan sekerja kepada pakcik tua itu. En suami menawarkan untuk membawa ke klinik, tp rakan kepada pakcik tua menolak dan berkata dia akan membawa pakcik tua tersebut ke klinik di tempat kerja mereka. 

Selepas berpuas hati dengan keadaan pakcik tua itu (luka di kaki tangan dan dagu) En suami meneruskan perjalanan ke rumah dengan perasaan kesal. Dia bercerita dia melihat moto yang memintas pakcik tua tersebut berhenti di tepi jalan dan terus memecut laju meninggalkan pakcik tua tersebut di hempap oleh motosikal. Dimanakah persaan belas dan rasa bersalah pemuda yang memintas itu?? 

Jika berlaku kepada ahli keluarganya, tidakkah dia merasa sedih?? Mereka sama-sama menunggang motosikal dan sama-sama menggunakan jalan raya, bersikap adil saksama dan tolong menolonglah sesama penunggang. Jangan mementingkan diri sendiri hingga membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

*Itu yang aku risaukan keselamatan en suami sewaktu dia pergi & pulang daripada kerja. 
Semoga Allah melindungi suamiku..*





Comments

Popular posts from this blog

ABAH | Part 1

Tak pernah aku bayang atau mimpi akan secepat ini kami akan berpisah. Semua yang berlaku sekelip mata. Hingga kini, aku masih terasa rasa abah masih di sisi.. Masih terngiang-ngiang suara dia. Terbau-bau haruman dia. Kau bayangkan, tadi elok kau bercakap dengan dia. Sihat orang tua.. Lenguh-lenguh sendi. Keletihan. Tiba-tiba kau hanya merenung jasad yang kaku. Allah.. Allah..Allah.. aku tak percaya. Tak mungkin... Tapi air mata ni mengalir bagai tak mahu berhenti. Hati ni remuk.  Petang 14hb Mac 2021, aku balik dari Sentul, nak hantar buah Sukun, kiriman mama Som. Abah mesti suka. Aku cakap dengan papa Zuwan, pa singgah rumah mak terus. Elok sampai, azan Maghrib. Terus siap-siap solat jemaah dengan abah dan papa Zuwan. Macam biasa, Abah imamkan.  Mak dah siap solat. Jaga budak-budak ni kejap. Selesai Maghrib aku siap nak balik. Esok budak-budak sekolah. Abah lama berteleku di sejadah. tak memandang ke belakang.  Aku kemas-kemas barang, abah panggil. Katanya dia semput. Ma...

HFMD

bibir membengkak bintik-bintik dalam lidah dan sekitar mulut bintik ti tapak tangan She's only 5. Periang, suke menyanyi, menari dan banyak mulut. Dah dua hari dia demam. Tak nak makan.. Minum susu aje. Tu pun susah nak hisap botol sebab sakit mulut. Malam tadi die mengadu sakit mulut. Abg dan kakak ipar aku cek di sekitar mulut dan dalam mulut dia ade bintik-bintik. Terus bawa ke Pusrawi Kajang. Doc sahkan dia terkena HFMD. Ya Allah... masa abg aku call mak bgtahu malam tadi, mak aku dah sedih. Cucu kesayangan dia sakit. Mak ambil Dettol dan pencuci lantai terus mop lantai. Sambil mop sambil sedih.. Huuu...  So dia kene kuarantin di rumah. Sekolah dah diberitahu so harap dorang dapat buat cleaning satu sekolah sebelum bdk lain terkena. Tak sure my niece kene kat skolah atau di rumah..tp pembersihan dan pencucian perlu dilakukan di kedua-dua tempat (rumah & sekolah).  *Kakak cepat sembuh ye..nanti boley maen dengan Putri lagi..* Kopipes : Wikipedi...

Ujian 2016

Update : 3 TAHUN BARU AKU POST. (SIMPAN DALAM DRAFT) Ujian buat kami sekeluarga. Baby Muhammad baru 26 hari, kene tahan wad sebab penurunan berat badan. Tambahan badan dia tiba-tiba panas 38'C. Asalnya ada check up untuk scan spine dia. Tapi ke lain jadinya. Sedih mak.. Dah la dalam pantang, kene masuk wad dok spital balik. Menjaga baby Muhammad, kene naikkan berat badan dia balik dan kes dia ada alahan susu lembu, muka dan badan dia naik ruam. Habis satu muka merah. Lapan hari Muhammad di tahan di Wad NICU Hospital Kajang. Selama itulah papa Zuwan datang jaga kami. Pagi petang datang bawa keperluan dan tolong jagakan baby Muhammad waktu melawat. Pelawat selain ibu/bapa tidak dibenarkan masuk. Sebab banyak baby yang tidak sihat, jadi untuk elakkan sebarang jangkitan kuman, pelawat biasa tidak dibenarkan melawat. 8 hari itulah macam-macam yang aku rasa. Sedih, rindu dan segalanya kat anak (kakak Putri & papa Zuwan) Hilang pantang aku bila kene ke hulu ke hilir jaga baby ...