Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2013

Klik! Klik! Klik!

Instagram & Photogrid for February 2013 lovely rooms shawl by radiusite Phone Clutch by tote-boutique shawl by sugarscarfbyriqa Sedut gas - nebulizer @ Pusrawi Kajang superbike putri

Aku redha...

Jumaat 8/02/2013: 2 -3 hari lepas aku rasa tak sihat. Rasa letih yang amat sangat. Letih mengemas di ofis tak habis, ditimpa musibah pulak. Hari Jumaat lebih kurang jam 12.40 tengahari, aku dalam perjalanan balik ke rumah dari ofis. Sambil memandu santai, tiba di Jalan Bukit Kajang tiba-tiba terasa kereta berdentum di bahagian sebelah kiri kereta.  Ya Allah, apa pula yang berlaku ni. Aku cuba tekan minyak untuk ke depan, kereta tak bergerak. Aku cuba ke belakang pun kereta tidak bergerak. Rupanya bahagian kiri kereta melekat dengan sebuah teksi! Aduhh... Aku cuba menghubungi en suami tetapi tidak berangkat. Aku cuba pula hubungi abah, sama tiada jawapan. Akhirnya teksi tersebut ke belakang dan aku berjaya menggerakkan kereta ke depan. Aku segera mengalihkan kereta ke bahu jalan. En. teksi sudah menunggu aku di luar kereta. Dia bising-bising aku telah melanggar teksinya dan menyalahkan aku. Dalam keadaan yang masih lagi trauma dan terkejut akibat pelanggaran itu, aku te

Terima Kasih Mama

 Air dah masuk. Jadi aku dan en suami dah plan, Sabtu pagi kami ke rumah Sg. Kantan. Cuci-cuci apa yang patut. Ok, baru cuci 2 bilik kat bhgn atas, aku dah terduduk. Pitam mak!! Buat kerja lebih terus nak pitam. Ni bukan cubaan, ni betul-betul... Hahaha... nak buat macam mana, tenaga yang ada dalam badan aku ni guna bateri saiz AAA je.. hiiii... Lepas rehat kejap, aku sambung basuh bilik air. Yang lain en suami uruskan. Dari jam 8.00 pagi sampai 1.30 ptg akhirnya siap. Dengan perut yang kebulur, kami tapau nasi. Balik siap2 makan, kemas barang terus pecut balik Sentul. Hari Ahad tengahari kami ke rumah adik ipar aku. Sambut ulang tahun Mama yang ke 59 tahun. Sampai Flora Damansara, biras aku Lana dah siap hidang makanan. Apa lagi, serbu laa..Perut tengah lapar.. Hiii... Thanks Lana..      Selamat Ulang Tahun yang ke-59 untuk mama, Kalsom Binti Zaid.  Terima kasih kerana melahirkan seorang anak yang baik, Norezuwan Bin Noordin

Rindu

Semalam ulangtahun kelahiran kawan baik aku.. tapi dah lost contact. Lepas kahwin semua dah lain. Yela, nak iruskan hal keluarga. Aku ada terjumpa pic anak dia kat fb, comel. Mcm cik putri.. Hurmm.. aku rindu kawan baik aku tu.. sama gelak ketawa..sama sedih gundah gulana.. Walau di mana dia berada, aku doakan dia sentiasa dalam rahmatNya.. Amin... Yun rindu kamu... '__' Sent from my HTC